CEO Xiaomi Sahkan Tiada Pengecas Disertakan Bersama Mi 11
CEO Xiaomi Sahkan Tiada Pengecas Disertakan Bersama Mi 11

CEO Xiaomi Sahkan Tiada Pengecas Disertakan Bersama Mi 11

Setelah jenama Apple tidak menyertakan palam pengecas bersama-sama kotak pembelian iPhone 12, Xiaomi kini turut mengikuti jejak yang sama.

Terkini melalui CEO Xiaomi sendiri iaitu Lei Jun, mengesahkan tiada palam pengecas yang akan diletakkan dalam kotak Xiaomi Mi 11 nanti.

Baca Juga : Huawei Ikut Jejak Apple Tidak Sertakan Charger Dalam Kotak

Tidak hairan perkara ini berklaku kerana ia turut menggunakan alasan sama seperti Apple iaitu mahu menjaga persekitaran dan juga merupakan amalan yang baik yang dapat digunakan oleh industri.

Melalui kiriman Lei Jun di Weibo, beliau turut memperlihatkan kotak Mi 11 yang lebih nipis disebabkan ketiadaan pengecas. Beliau turut menambah “Adakah ada cara yang lain lebih bagus untuk menjaga persekitaran Bumi?”.

Ini bermakna mereka secara terang-terang setuju dan menyokong dengan apa yang Apple lakukan pada pengenalan iPhone 12 mereka.

Xiaomi mengatakan mereka akan berkongsi lanjut berkenaan hal ini pada hari Isnin ini, selari pelancaran Xiaomi Mi 11 pada
28 Disember nanti di China. Lei Jun juga mohon kepada orang ramai agar terus menyokong jenama berkenaan.

Baca Juga : Siri Samsung Galaxy S21 tidak disertakan pengecasan?

(Visited 3 times, 1 visits today)

COMMENTS