Chef Ammar nasi arab kecewa dituduh jual dengan harga 'Tel Aviv'
Chef Ammar nasi arab kecewa dituduh jual dengan harga ‘Tel Aviv’

Chef Ammar nasi arab kecewa dituduh jual dengan harga ‘Tel Aviv’

Chef Ammar nasi arab kecewa dituduh jual dengan harga ‘Tel Aviv’. Nasi Arab merupakan antara juadah berbuka yang menjadi kegemaran rakyat di negara ini dan pastinya antara nasi arab yang menjadi pilihan adalah nasi arab lamb shank yang dimasak oleh Chef Selebriti terkenal Chef Ammar.

Nasi arab lamb shank Chef Ammar menjadi kegilaan ramai penggemar nasi arab apabila sanggup beratur seawal jam 4 petang bagi memastikan mereka dapat membeli juadah istimewa dari chef berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ChefAmmar Ali (@chefammarali)

Keenakan nasi arab dari Chef Ammar viral sebelum ini apabila dikatakan mempunyai rasa asli dari timur tengah. Namun, Ramadan kali ini nasi arab Chef Ammar sekali lagi menjadi viral. Hal ini kerana Chef Ammar dituduh menjual makanannya dengan harga yang mahal berbeza dengan harga sebelum ini seperti yang dilaporkan dalam portal HotStuff Malaysia.

Menerusi siaran langsung di TikTok, Chef Ammar memberi penjelasan kenapa harga nasi arab beliau mungkin mahal berbanding peniaga lain. Beliau mempertahankan harga yang dikenakan kerana mendakwa, bahan-bahan yang digunakan adalah berkualiti tinggi.

@momomqms Chef ammar #nasiarabchefammar #koyak #silaturrahim #puasa #beritatiktok #kasihsayang #fyp #fypシ #respect #malaysiatiktok ♬ original sound – Mr.Momo

Beliau juga memastikan saiz lamb shank yang digunakan dalam nasi arab beliau dapat memuaskan hati para pembeli. Menurutnya lagi, beliau perlu memastikan bahawa pembeli berpuas hati dengan sajian yang beliau sediakan setimpal dengan harga yang dikenakan.

Perasaan kecewa yang dialami beliau tidak dapat disembunyikan apabila beliau sendiri terkesan dengan tuduhan yang dilemparkan ke atas beliau. Chef Ammar turut menunjukkan tempat penyediaan makanan yang dijaga rapi dan sentiasa dalam keadaan bersih. Beliau menekankan perlu ada keikhlasan ketika menyediakan juadah.

“Kamu ingat kita dapat semua bahan ini secara percuma? Ini minyak sapi berkualiti. Ayam pula kita letak dalam bekas stainless steel, bukan letak atas lantai. Ini semua ada proses. Bukan marah tapi saya nak bagi clear,” kata Chef Ammar.

@momomqms Reply to @basitbroga5039 ♬ original sound – Mr.Momo

Terdapat juga netizen yang menyokong apa yang diperkatakan oleh Chef Ammar dan berkata individu-individu yang cakap belakang biasanya tidak pernah pun membeli juadah daripada Chef Ammar.

Komen netizen terhadap Chef Ammar

Ada sesetengah dari pembeli tidak kisah untuk membayar pada harga yang lebih mahal demi makanan yang sedap dan puas hati berbanding membeli juadah yang murah tetapi sedikit dan tidak sedap.

MENARIK UNTUK ANDA :

30 resepi menu sahur terbaik sepanjang Ramadhan

‘Wartawan cilik’ suka memasak

Pekerja stesen minyak dedah taktik licik pemandu Singapura guna RON95

(Visited 113 times, 1 visits today)

COMMENTS