CHINA SUMBANG 15,000 'SURGICAL MASK' BUAT PETUGAS PERUBATAN DI KEDAH.
CHINA SUMBANG 15,000 ‘SURGICAL MASK’ BUAT PETUGAS PERUBATAN DI KEDAH.

CHINA SUMBANG 15,000 ‘SURGICAL MASK’ BUAT PETUGAS PERUBATAN DI KEDAH.

ALOR SETAR – Kerajaan China hari ini menyumbangkan sebanyak 15,000 topeng muka pembedahan (surgical mask) kepada petugas perubatan di Kedah yang terlibat dalam usaha memerangi pandemik COVID-19.

Usaha itu dituruti salah sebuah pelabur terbesar dari China di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP), XSD International Paper Sdn. Bhd. yang menyumbangkan sebanyak 100,000 penutup hidung dan mulut jenis pakai buang kepada kerajaan negeri.

Penyerahan sumbangan tersebut disempurnakan Konsul Jeneral China di Pulau Pinang, Lu Shiwei kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir.

Menurut Shiwei, pelbagai pihak di Malaysia sebelum ini memberikan sokongan amat bermakna kepada negara itu ketika mereka berdepan detik-detik sukar melawan COVID-19.

“Ketika ini Malaysia berdepan detik kritikal memerangi pandemik itu dan kami simpati dengan cabaran dihadapi.

“Oleh itu kami telah menjalin hubungan dengan beberapa pihak bagi mengkoordinasi bantuan untuk dibawa ke sini bagi menangani COVID-19,” katanya dalam sidang ahbar selepas penyempurnaan penyerahan sumbangan tersebut di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, penularan pandemik ini bukanlah sesuatu yang boleh diambil ringan dengan beliau turut memuji pendekatan diambil kerajaan negeri, hingga membolehkan jumlah pesakit COVID-19 di Kedah kekal pada paras rendah berbanding negeri lain.

“Dalam hal ini, Konsul Jeneral China di Pulau Pinang berdiri teguh bersama rakyat Kedah dan akan terus menjalin kerjasama bersama kerajaan negeri dalam memerangi COVID-19.

“Kami percaya, di bawah kepimpinan Mukhriz selain kerjasama dari pelbagai pihak, Kedah akan memenangi ‘pertarungan’ akhir menentang pandemik ni,” ujarnya.

Sementara itu Mukhriz mewakili kerajaan negeri menzahirkan ucapan terima kasih selain penghargaan terhadap sumbangan diberikan itu.

“Barangan ini akan kita serahkan kepada Kementerian Kesihatan untuk kegunaan petugas barisan depan. Keprihatinan mereka dalam menangani penularan COVID-19 ini amat dihargai,” katanya.

(Visited 5 times, 1 visits today)

COMMENTS