Chris Rock kena 'penampaq', persenda isteri Will Smith
Chris Rock kena ‘penampaq’, persenda isteri Will Smith

Chris Rock kena ‘penampaq’, persenda isteri Will Smith

Akibat gunakan isteri sebagai bahan hiburan, pelakon Hollywood, Will Smith naik angin lalu terus ke atas pentas berprestij Oscar dan menampar muka pelawak Chris Rock.

Memetik laporan dari BBC, Will Smith hilang kesabaran apabila Rock selamba mempersendakan imej isteri Smith, Jada Pinkett yang botak ketika siaran langsung Oscar 2022.

“Jada, saya sayangkan kamu. Tak Sabar tunggu G.I. Jane 2,” kata Rock.

Smith ternyata tidak senang dengan tindakan Rock yang dianggap keterlaluan kerana berlawak kasar mengenai penampilan isterinya yang kini botak.

“Jangan babitkan nama isteri saya!” jerit Smith dari tempat duduknya.

Rock ketika itu tampil menyampaikan anugerah Dokumentari Terbaik Oscars 2022.

Acara berprestij itu telah membuat ramai terkejut lantas memikirkan sama ada ia sebahagian daripada gimik atau sebaliknya.

Selepas memenangi trofi Pelakon Terbaik menerusi filem King Richard, Smith mengambil kesempatan membuat permohonan maaf kepada pihak Akademi.

“Saya ingin meminta maaf kepada semua rakan artis yang tercalon.

“Seni meniru kehidupan. Saya kelihatan seperti bapa gila yang mereka katakan tentang Richard Williams. Tetapi cinta akan membuatkan anda melakukan perkara gila,” katanya.

(Visited 120 times, 1 visits today)

COMMENTS