COVID-19 : 1,208 kes baharu, tiga kematian, tiga kluster baharu - KP Kesihatan
COVID-19 : 1,208 kes baharu, tiga kematian, tiga kluster baharu – KP Kesihatan

COVID-19 : 1,208 kes baharu, tiga kematian, tiga kluster baharu – KP Kesihatan

Kes positif COVID-19 di Malaysia terus mencatatkan angka empat digit dengan 1,208 lagi kes baharu direkodkan hari ini, selain tiga lagi kematian dicatat dan tiga kluster baharu dikenal pasti.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan memaklumkan, daripada jumlah itu, negeri dan wilayah persekutuan di Lembah Klang menyumbang kes positif tertinggi iaitu 661 kes manakala 381 kes direkodkan di Sabah.

“Daripada 1,208 kes baharu pada hari ini, Kuala Lumpur melaporkan enam kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Kesemua kes import tersebut melibatkan bukan warganegara yang tiba dari negara Indonesia, Bangladesh dan Nepal (masing-masing satu kes) dan India sebanyak tiga kes,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata Malaysia turut mencatatkan sebanyak 1,013 kes pulih hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 34,785 kes atau 73.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Beliau berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 47,417 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah  sebanyak 12,323 kes.

Dr Noor Hisham berkata jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 pula adalah sebanyak 309 kes atau 0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Sehingga kini juga, terdapat 104 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 42 kes memerlukan bantuan pernafasan,” kata Dr Noor Hisham.

Tiga kluster yang dikenal pasti hari ini ialah Kluster Plaza di Kota Kinabalu; Kluster Jalan Kalabakan, Tawau, Sabah dan Kluster Jeri, di Kota Tinggi, Mersing dan Muar, Johor.

— BERNAMA

MAKLUMAT PENUH

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 1,013 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 34,785 kes (73.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Pecahan kes yang sembuh adalah seperti berikut:

  • Sabah (566 kes);
  • Negeri Sembilan (171 kes);
  • Selangor (154 kes);
  • Wilayah Persekutuan Labuan (66 kes);
  • Sarawak (17 kes);
  • Pulau Pinang (14 kes);
  • Perak (10 kes);
  • Kedah (6 kes);
  • Melaka (5 kes);
  • Johor (2 kes); dan
  • Terengganu (2 kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Secara keseluruhannya, sehingga 15 November 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 1,208 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 47,417 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 12,323 kes.

Untuk makluman, negeri Sabah mencatatkan sebanyak 381 kes (31.5 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada hari ini. Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 661 kes (54.7 peratus) positif pada hari ini. Daripada jumlah ini, sebanyak 594 kes adalah daripada kluster-kluster (89.9 peratus). Kluster yang melaporkan kes yang tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Damanlela di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu sebanyak 460 kes.

Sebanyak tujuh (7) kes (0.6 peratus) yang dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster di penjara. Ini melibatkan Kluster Penjara Seberang Perai (4 kes), Kluster Penjara Sandakan (2 kes) dan Kluster Penjara Kepayan (1 kes).

Ingin dimaklumkan daripada 1,208 kes baharu pada hari ini, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan enam (6) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Kesemua kes import tersebut melibatkan bukan warganegara yang tiba dari negara:

  • India (3 kes);
  • Bangladesh (1 kes);
  • Nepal (1 kes); dan
  • Indonesia (1 kes).

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 381 kes
    • 67 kes daripada kluster-kluster, termasuk 14 kes daripada kluster baharu iaitu  Kluster Plaza dan Kluster Jalan Kalabakan; dan
    • 191 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 123 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 469 kes
    • 462 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 185 kes
    • 132 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 24 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 29 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 48 kes
    • 39 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 21 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 42 kes
    • 37 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 30 kes
    • 19 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: Sembilan (9) kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jeri;
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Sarawak: Empat (4) kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • KelantanSatu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis : Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.

Sehingga kini, terdapat 104 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 42 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 309 kes (0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. Kematian Kes No. Negeri Jantina (warganegara) Umur (tahun) Hospital Latar Belakang
307 45459 Sabah Perempuan (WN) 8 Hospital Tawau
308 32143 Sabah Lelaki (WN) 77 Hospital Duchess of Kent Penyakit darah tinggi, penyakit jantung, dan penyakit buah pinggang
309 45486 Sabah Perempuan (WN) 63 Hospital Duchess of Kent Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan penyakit jantung

*WN merujuk kepada warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

KLUSTER BAH ARNAB DIISYTIHAR TAMAT

KKM ingin memaklumkan bahawa, Kluster Bah Arnab telah tamat pada hari ini. Kluster ini melibatkan daerah Kuching di negeri Sarawak. Sehingga 15 November 2020, seramai 72 individu telah disaring di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 manakala 60 individu lagi adalah negatif. Tiada kematian dilaporkan bagi kluster ini.

TIGA (3) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat tiga (3) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

  • KLUSTER PLAZA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-42299) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 11 November 2020 dan telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah, Institut Kemahiran MARA, Kota Kinabalu. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 11 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 15 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 19 individu telah disaring, di mana:

  • 12 kes dikesan positif COVID-19 (11 kes baharu);  dan
  • Tujuh (7) individu dikesan negatif.
  • KLUSTER JALAN KALABAKAN

Kluster baharu ini  melibatkan daerah Tawau di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-31309) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 31 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Tawau. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 21 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 15 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 22 individu telah disaring, di mana kesemua 22 kes telah dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu).

  • KLUSTER JERI

Kluster baharu ini  melibatkan daerah Kota Tinggi, Mersing, dan Muar di negeri Johor. Kes indeks bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA), Singapura pada 6 November 2020. Saringan kontak rapat di Malaysia telah mengesan sebanyak 26 kes positif COVID-19 dan kes-kes ini telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor.

Sehingga 15 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 1,170 individu telah disaring, di mana:

  • 26 kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu); dan
  • 535 individu dikesan negatif; dan
  • 609 individu masih menunggu keputusan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

15 November 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 15 NOVEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH 381 23,095
SELANGOR 185 7,624
W.P. KUALA LUMPUR 475 (6) 3,976
NEGERI SEMBILAN 48 3,421
KEDAH 8 2,263
PULAU PINANG 42 1,628
W.P. LABUAN 30 1,177
SARAWAK 4 1,040
JOHOR 9 994
PERAK 21 769
PAHANG 0 395
MELAKA 2 367
TERENGGANU 0 225
KELANTAN 1 211
W.P. PUTRAJAYA 1 191
 PERLIS 1 41
JUMLAH KESELURUHAN 1,208 (6) 47,417

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif

(15 November 2020)

Bil. Kluster Negeri Daerah Kes Baharu Jumlah Kes Jumlah Yang Disaring Kes Aktif (Kes ICU) Jumlah Sembuh Jumlah Kematian
1 Tapak Bina Damanlela WP Kuala Lumpur, Selangor Kepong, Titiwangsa, Lembah Pantai, Cheras, Gombak, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat 460 747 3,069 744 (0) 3 0
2 Teratai Selangor Klang, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat, Gombak 53 214 579 195 (0) 19 0
3 Perigi Selangor Klang 33 247 841 241 (0) 6 0
4 Intan Pulau Pinang, Kedah Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Kuala Muda 33 138 1,582 123 (2) 15 0
5 Hentian Selangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri Sembilan Hulu Langat, Petaling, Sepang, Klang, Gombak, Kuala Langat, Cheras, Titiwangsa, Putrajaya, Seremban 29 730 7,915 371 (0) 359 0
6 Cergas Negeri Sembilan, Kelantan, Selangor Seremban, Rembau, Port Dickson, Pasir Puteh, Klang 17 1,135 4,385 1,061 (0) 74 0
7 Kaya Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Melaka, Selangor, Johor Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Lembah Pantai, Cheras, Kepong, Putrajaya, Melaka Tengah, Sepang, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat, Kluang, Kota Tinggi 12 799 3,355 333 (2) 466 0
8 Alila Sabah Tuaran, Kota Kinabalu 11 34 317 26 (0) 8 0
9 Saguking WP Labuan Labuan 10 391 3,539 145 (0) 245 1
10 Mampulut Sabah Keningau 10 95 729 76 (0) 19 0
11 Lengkuk Selangor, Negeri Sembilan Sepang, Hulu Langat, Petaling, Kuala Langat, Seremban, Port Dickson, Rembau, Jelebu, Kuala Pilah 8 269 1,276 207 (0) 62 0
12 Tenaga WP Labuan Labuan 8 119 229 70 (0) 49 0
13 Permatang Kedah, Pulau Pinang, Perak, Perlis Kulim, Langkawi, Kota Setar, Bandar Baharu, Kuala Muda, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara, Timur Laut, Seberang Perai Selatan, Kinta, Arau 8 74 1,584 55 (4) 18 1
14 Buntar Kedah, Perak, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Johor, Selangor, Pulau Pinang Kuala Muda, Kerian, Kinta, Larut Matang & Selama, Batang Padang, Hilir Perak, Kampar, Kepong, Putrajaya, Batu Pahat, Johor Bahru, Petaling, Sepang, Seberang Perai Selatan 7 103 1,527 51 (5) 52 0
15 Ria-30 Sabah Tuaran 6 126 1,489 111 (0) 15 0
16 Nahaba Sabah Kota Belud 5 39 657 39 (0) 0 0
17 Istimewa Sabah Sandakan 5 21 54 15 (0) 6 0
18 Tamar Selangor Petaling 5 15 137 5 (0) 10 0
19 Penjara
Seberang Perai
Pulau Pinang Seberang Perai Selatan 4 553 3,254 92 (0) 461 0
20 Usaha Selangor, WP Kuala Lumpur, Johor Klang, Petaling, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sepang, Titiwangsa, Lembah Pantai, Segamat 4 272 634 184 (0) 88 0
21 Jambatan B Sabah Sandakan 4 62 201 36 (0) 25 1
22 Jaya Negeri Sembilan, Selangor Seremban, Sepang 3 96 352 35 (0) 61 0
23 Taman Bunga Negeri Sembilan Seremban, Kuala Pilah, Jelebu, Jempol 3 56 1,389 22 (0) 34 0
24 GK Tawau Sabah Tawau 3 54 168 23 (0) 31 0
25 Penjara Sandakan Sabah Sandakan 2 433 1,733 383 (1) 50 0
26 Auto Selangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya Petaling, Klang, Kuala Langat, Sepang, Gombak, Hulu Langat, Kuala Selangor, Seremban, Titiwangsa, Putrajaya 2 128 1,173 18 (1) 110 0
27 Greenhill Sarawak Kuching, Miri, Bintulu 2 90 1,555 35 (0) 55 0
28 Karamunting Sabah Sandakan 2 67 76 56 (0) 11 0
29 Penjara Kepayan Sabah Kota Kinabalu, Papar, Penampang, Sipitang 1 1,845 3,970 192 (1) 1,653 0
30 Bah Manggis Sabah, Selangor, Negeri Sembilan Tawau, Kuala Langat, Klang, Gombak, Sepang, Seremban, Port Dickson 1 161 2,367 54 (0) 107 0
31 Rengas Perak, Pulau Pinang, Kedah Kuala Kangsar, Seberang Perai Selatan, Kulim 1 124 801 120 (1) 4 0
32 Basung Sabah Kudat 1 94 700 20 (0) 74 0
33 Bah Tropicana Selangor, WP Kuala Lumpur Petaling, Gombak, Klang, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong, Cheras 1 75 936 15 (0) 60 0
34 Titian WP Labuan Labuan 1 64 530 30 (0) 34 0
35 Bah Medan Selangor Sepang 1 49 454 12 (0) 37 0
36 Dialisis Sabah Lahad Datu 1 47 167 29 (1) 18 0
37 Wisma Saberkas Sarawak Kuching 1 44 1,245 32 (0) 12 0
38 Sauh Sabah, Sarawak, Melaka Kota Kinabalu, Tawau, Semporna, Papar, Miri, Daro, Jasin 1 35 404 8 (0) 27 0
39 Danau WP Kuala Lumpur Titiwangsa 1 16 1,674 8 (0) 8 0
40 Softwood LD Sabah Lahad Datu 1 15 144 13 (0) 2 0
41 Haven Sabah Lahad Datu 1 13 172 13 (0) 0 0
42 Assumption Pulau Pinang, Kedah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Kulim 1 11 94 11 (0) 0 0

 

(Visited 2 times, 1 visits today)

COMMENTS