COVID-19: 1,315 kes, 118 pesakit di ICU dan 1,110 sembuh hari ini
COVID-19: 1,315 kes, 118 pesakit di ICU dan 1,110 sembuh hari ini

COVID-19: 1,315 kes, 118 pesakit di ICU dan 1,110 sembuh hari ini

Jangitan Covid-19 hari ini terus merekodkan peningkatan empat angka dengan 1,315 kes baru, maklum Kementerian Kesihatan.

Bermula semalam kes Covid-19 kembali mencatatkan empat angka sebanyak 1,109 kes selepas negara selama beberapa hari mencatat penurunan jangkitan dengan tiga angka.

Seramai empat kematian dicatatkan, manakala 118 pesakit di unit rawatan rapi (ICU) dengan 43 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

MAKLUMAT PENUH COVID-19 DI MALAYSIA

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah melebihi jumlah kes baharu harian iaitu sebanyak 1,110 kes. Inimenjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah  51,314 kes (81.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 28 November 2020, negara kita telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,315 kes. Inimenjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 63,176 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 11,508 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lima (5) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan 1,310 kes adalah merupakan penularan COVID-19 dalam negara.

Negeri Sabah pada hari ini masih melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 476 kes (36.2 peratus), di mana 406 kes (85.3 peratus) daripada kes-kes dikesan di negeri Sabah adalah hasil saringan kluster-kluster dan kontak rapat kes positif COVID-19 yang giat dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh negeri Selangor sebanyak 266 kes (20.2 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  sebanyak 191 kes (14.5 peratus).

Sebanyak 112 kes (8.5 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster PTS Sibuga (99 kes), Kluster Tembok (8 kes), Kluster Penjara Reman (2 kes),  Kluster Rumah Merah (2 kes), dan Kluster Penjara Kepayan (1 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2.

Sehingga kini, terdapat 118 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 43 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan, terdapat pertambahan empat (4) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 354 kes (0.56 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. Kematian Kes No. Negeri Jantina (warganegara) Umur (tahun) Hospital / Tempat Kematian Latar Belakang
351 39785 Sabah Lelaki (WN) 84 Hospital Duchess of Kent Penyakit darah tinggi, dislipidemia dan penyakit mata
352 35037   Sabah Lelaki (BWN) 130   Disahkan kematian di Hospital Tuaran
353 59135 Sabah Perempuan (BWN) 4   Disahkan kematian di Hospital Tawau
354 60140 Sabah Perempuan (BWN) 60   Disahkan kematian di Hospital Duchess of Kent

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 28 November 2020, terdapat sebanyak 355 kluster telah dilaporkan termasuk enam (6) kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 175 kluster termasuk dua (2) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Menara dan Kluster Simera. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 180 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak44 kluster melaporkan pertambahan kes. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Enggor (126 kes)Kluster Teratai (90 kes) dan Kluster Bintang (71 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat enam (6) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

  • KLUSTER PTS SIBUGA

Kluster ini melibatkan daerah Sandakan, Sabah. Kes indeks (iaitu kes ke-35885) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 28 November 2020, sejumlah 324 individu telah disaring, di mana 104 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA JESSELTON

Kluster ini melibatkan daerah Kota Kinabalu, Sabah. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 28 November 2020 hasil saringan di tempat kerja. Sehingga 28 November 2020, sejumlah 181 individu telah disaring, di mana 44 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER DERMAGA

Kluster ini melibatkan daerah Sandakan, Sabah. Kes indeks (iaitu kes ke-25325) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Oktober 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 28 November 2020, sejumlah 297 individu telah disaring, di mana 34 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TEMPASUK

Kluster ini melibatkan daerah Kota Belud, Sabah. Kes indeks (iaitu kes ke-56849) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 24 November 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 28 November 2020, sejumlah 149 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER UD SS2

Kluster ini melibatkan daerah Petaling, Selangor. Kes indeks (iaitu kes ke-61360) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 27 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 28 November 2020, sejumlah 40 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19.

  • KLUSTER TAPAK BINA AWAN BARU

Kluster ini melibatkan daerah Kepong dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 November 2020 melalui saringan bersasar ke atas pekerja-pekerja di sebuah tapak pembinaan. Sehingga 28 November 2020, sejumlah 442 individu telah disaring, di mana 31 kes telah dikesan positif COVID-19.

PATUHI PROSEDUR AMALAN STANDARD (SOP) KETIKA MENGHADIRI SEBARANG JENIS PERHIMPUNAN DAN KETIKA BERADA DI TEMPAT AWAM

Seperti diketahui umum, COVID-19 menular dari individu ke individu lain melalui titisan cecair pernafasan (respiratory droplet) apabila seseorang batuk, bersin, bercakap dan melalui sentuhan. Oleh yang demikian, sekiranya jarak fizikal di antara seseorang individu dan individu lain kurang dari jarak satu (1) meter, risiko jangkitan adalah lebih tinggi.

Kebelakangan ini, didapati semakin banyak kluster-kluster yang terbentuk daripada perhimpunan sosial yang tidak mengikut SOP. Ini termasuklah perhimpunan besar-besaran yang melibatkan kaum keluarga, majlis keraian dan upacara keagamaan.

Menurut laporan siasatan yang diterima, perhimpunan-perhimpunan ini telah turut dihadiri oleh individu-individu yang bergejala. Sebagai contoh:

  1. Kluster Enggor di negeri Perak dan Kluster Indah Mas di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor. Kes-kes yang dilaporkan di dalam kluster ini bermula dengan perhimpunan keluarga yang seterusnya telah merebak dalam komuniti;
  2. Kluster Inai dan Kluster Jambul di Sabah adalah di antara kluster yang berpunca daripada majlis keraian; dan
  3. Kluster Mentari yang melibatkan negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berpunca daripada upacara keagamaan yang melibatkan ahli keluarga serta kenalan yang hadir di sebuah upacara kematian di Nilai, Negeri Sembilan.

Penjarakan fizikal sememangnya sukar diamalkan di kawasan yang sesak dan sempit, namun mengambil iktibar daripada kejadian kluster-kluster ini, masyarakat dinasihatkan untuk akur dan patuh kepada nasihat yang diberikan. Ini bagi mengurangkan risiko jangkitan di dalam komuniti.

Aktiviti perhimpunan yang dianjurkan tanpa mematuhi SOP dapat meningkatkan risiko penularan COVID-19 kepada orang ramai. Justeru, adalah amat penting bagi kita sentiasa berwaspada dan berusaha melindungi diri sendiri, keluarga dan juga masyarakat di sekeliling kita daripada mendapat jangkitan COVID-19. Penularan virus ini boleh dielakkan dengan sentiasa memastikan penjarakan fizikal yang selamat, kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer serta pemakaian alat pelitup muka.

KKM menggesa orang ramai supaya tetap patuh kepada SOP di semua keadaan dan tempat. Biasakan yang betul, dan betulkan yang biasa.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

28 November 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 28 NOVEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH 476 28,155
SELANGOR 266 (1) 13,295
W.P. KUALA LUMPUR 191 (4) 5,594
NEGERI SEMBILAN 41 4,742
KEDAH 17 2,480
PULAU PINANG 92 1,982
PERAK 167 1,665
W.P. LABUAN 0 1,291
JOHOR 46 1,288
SARAWAK 0 1,062
PAHANG 0 400
MELAKA 1 386
KELANTAN 18 353
TERENGGANU 0 236
W.P. PUTRAJAYA 0 204
PERLIS 0 43
JUMLAH KESELURUHAN 1,315 (5) 63,176

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,315 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 28 November 2020 adalah seperti berikut: 

  • Sabah: 476 kes 
    • 259 kes daripada kluster-kluster, termasuk 167 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster PTS SibugaKluster Tapak Bina Jesselton, Kluster Dermaga dan Kluster Tempasuk;
    • 147 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 70 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 266 kes 
    • 177 kes daripada kluster-kluster, termasuk sembilan (9)  kes daripada kluster baharu iaitu Kluster UD SS2;
    • 65 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 23 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 191 kes
    • 176 kes daripada kluster-kluster, termasuk 31 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Awan Baru;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Empat (4) kes import dari luar negara; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 167 kes
    • 151 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • 16 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 92 kes
    • 83 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 46 kes
    • 29 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 41 kes
    • 35 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 18 kes
    • 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Kedah: 17 kes
    • 16 kesdaripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

(Visited 4 times, 1 visits today)

COMMENTS