COVID-19: 1,315 Kes baharu, empat kematian
COVID-19: 1,315 Kes baharu, empat kematian

COVID-19: 1,315 Kes baharu, empat kematian

KUALA LUMPUR, 28 Nov  — Malaysia hari ini mencatatkan 1,315 kes baharu COVID-19 dengan Sabah terus mencatatkan kes tertinggi iaitu 476 kes (36.2 peratus) dan diikuti Selangor dengan 266 kes (20.2 peratus).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka kes baharu tersebut menjadikan jumlah kes positif dalam negara sebanyak 63,176 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini adalah 11,508 kes.

“Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan 1,310 kes adalah penularan COVID-19 dalam negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi jumlah kes sembuh hari ini, sebanyak 1,110 kes pulih menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah 51,314 kes.

Beliau berkata terdapat empat kematian berkaitan COVID-19, kesemuanya  dilaporkan di Sabah melibatkan dua lelaki dan dua perempuan, menjadikan jumlah kumulatif kematian dalam negara adalah 354 kes.

Kes kematian itu melibatkan lelaki tempatan berusia 84 tahun yang meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent dan mempunyai sejarah penyakit darah tinggi, dislipidemia dan penyakit mata, manakala seorang lagi lelaki bukan warganegara didakwa berumur 130 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Tuaran.

Kes kematian ketiga melibatkan seorang kanak-kanak perempuan bukan warganegara berusia empat tahun yang meninggal dunia di Hospital Tawau dan seorang wanita bukan warganegara berusia 60 tahun yang meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent.

Dr Noor Hisham berkata terdapat 118 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 43 kes memerlukan bantuan pernafasan.

— BERNAMA

 

MAKLUMAT PENUH COVID-19 DI MALAYSIA

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,333 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 52,647 kes (81.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 29 November 2020, negara kita telah merekodkan kes harian baharu yang lebih rendah berbanding bilangan kes sembuh iaitu sebanyak 1,309 kes. Inimenjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 64,485 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 11,481 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat satu (1) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala 1,308 kes pula adalah merupakan penularan COVID-19 dalam negara.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 493 kes (37.7 peratus), di mana 473 kes (95.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster di tempat kerja (tapak-tapak pembinaan). Ini diikuti oleh Sabah sebanyak 290 kes (22.2 peratus) dan Selangor sebanyak 238 kes (18.2 peratus).

Sebanyak 75 kes (5.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok (38 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (14 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (13 kes), Kluster PTS Tawau (4 kes), Kluster Penjara Reman (3 kes), Kluster GK Tawau (2 kes), dan Kluster Penjara Sandakan (1 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sehingga kini, terdapat 116 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 42 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 357 kes (0.55 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. Kematian Kes No. Negeri Jantina (warganegara) Umur (tahun) Hospital Latar Belakang
355 41169 Perak Lelaki (WN) 64 Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh   Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, penyakit hati kronik
356 60507 Negeri Sembilan Lelaki (WN) 89   Disahkan kematian di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban Kanser perut
357 62337 Sabah Perempuan (BWN) 53   Disahkan kematian di Hospital Tawau Penyakit kencing manis

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

KKM ingin memberi sedikit pencerahan mengenai kematian ke-352 (iaitu kes ke-35037) di Sabah yang melibatkan seorang lelaki bukan warganegara yang dilaporkan berusia 130 tahun. Kematian arwah telah disahkan oleh Hospital Tuaran. Maklumat mengenai latar belakang arwah telah diperolehi daripada kaum keluarga beliau dan juga pihak berkuasa tempatan. Memandangkan arwah tidak mempunyai sebarang dokumen pengesahan diri yang sah, maklumat yang diterima adalah terhad, termasuklah usia arwah.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 29 November 2020, terdapat sebanyak 359 kluster telah dilaporkan termasuk empat (4) kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 176 kluster termasuk satu (1) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Megah. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 183 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak49 kluster melaporkan pertambahan kes. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Awan Baru (367 kes)Kluster Bintang (76 kes) dan Kluster Bayam Indah (52 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat empat (4) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

  • KLUSTER TAPAK BINA SUNGAI MULIA

Kluster ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes awal dalam kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 November 2020 hasil saringan tempat kerja di sebuah tapak pembinaan. Sehingga 29 November 2020, sejumlah 124 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BATU LIMA

Kluster ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di negeri Sabah. Kes indeks (iaitu kes ke-50994) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 19 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 29 November 2020, sejumlah 118 individu telah disaring, di mana 49 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER YAYASAN

Kluster ini melibatkan daerah Klang di negeri Selangor. Kes indeks (iaitu kes ke- 52340) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 20 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 29 November 2020, sejumlah 190 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER HILIR

Kluster ini melibatkan daerah Kota Bharu, Tumpat, Bachok dan Pasir Puteh di negeri Kelantan. Kes indeks (iaitu kes ke-58845) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 24 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 29 November 2020, sejumlah 975 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

29 November 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 29 NOVEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH 290 28,445
SELANGOR 238 13,533
W.P. KUALA LUMPUR 493 6,087
NEGERI SEMBILAN 32 4,774
KEDAH 52 2,532
PULAU PINANG 46 2,028
PERAK 77 1,742
W.P. LABUAN 35 1,326
JOHOR 37 (1) 1,325
SARAWAK 0 1,062
PAHANG 1 401
MELAKA 1 387
KELANTAN 6 359
TERENGGANU 1 237
W.P. PUTRAJAYA 0 204
PERLIS 0 43
JUMLAH KESELURUHAN 1,309 (1) 64,485

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,309 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 29 November 2020 adalah seperti berikut: 

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 493 kes
    • 473 kes daripada kluster-kluster, termasuk 23 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Sungai Mulia;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 13 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 291 kes 
    • 90 kes daripada kluster-kluster, termasuk 27 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Batu Lima;
    • 130 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 71 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 238 kes 
    • 113 kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan (8) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Yayasan;
    • 49 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 76 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 77 kes
    • 71 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 52 kes
    • 50 kesdaripada kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 46 kes
    • 29 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 11 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 37 kes
    • 21 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 35 kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • 28 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 32 kes
    • 31 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Kelantan: Enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Hilir.
  • Pahang: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Melaka: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.

(Visited 2 times, 1 visits today)

COMMENTS