COVID-19 : 1,345 kes pulih, 972 kes baharu hari ini - Dr Noor Hisham
COVID-19 : 1,345 kes pulih, 972 kes baharu hari ini – Dr Noor Hisham

COVID-19 : 1,345 kes pulih, 972 kes baharu hari ini – Dr Noor Hisham

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 1,345 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 29,579 kes (71.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Pecahan kes yang sembuh adalah seperti berikut:

  • Sabah (967 kes);
  • Selangor (235 kes);
  • Negeri Sembilan (63 kes);
  • Wilayah Persekutuan Labuan (48 kes);
  • Pulau Pinang (17 kes);
  • Sarawak (7 kes);
  • Kedah (2 kes);
  • Perak (2 kes);
  • Melaka (2 kes); dan
  • Kelantan (2 kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Secara keseluruhannya, sehingga 9 November 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 972 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 41,181 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 11,308 kes.

Untuk makluman, negeri Sabah mencatatkan sebanyak 370 kes (38.1 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada hari ini. Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 165 kes (17.0 peratus) daripada jumlah keseluruhan.

Sebanyak 14 kes (1.4 peratus) yang dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara. Ini melibatkan Kluster PTS Tawau (6 kes), Kluster Penjara Sandakan (4 kes) dan Kluster Penjara Kepayan (4 kes).

Ingin dimaklumkan daripada 972 kes baharu pada hari ini, terdapat lima (5) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan dua (2) warganegara dan tiga (3) bukan warganegara yang tiba dari negara:

  • Filipina (2 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
  • Singapura (2 kes di Johor); dan
  • Nepal ( 1 kes di Selangor).

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 370 kes
    • 120 kes daripada kluster-kluster, termasuk 27 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Nahaba dan Kluster Numbak; dan
    • 164 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 86 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan : 260 kes
    • 247 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tiga (3) daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 137 kes
    • 57 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Perigi;
    • 36 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • 42 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan : 63 kes
    • 18 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 30 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 20 kes
    • 14 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Seri Terapi;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak :  51 kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Pulau Pinang : 34 kes
    • 28 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Kedah : Lapan (8) kes
    • Tujuh (7) kesdaripada kluster- kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Johor : Lapan (8) kes
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Padang; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka : Lima (5) kes
    • Empat (4) daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya : Lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Harmoni.
  • Sarawak : Empat (4) kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • KelantanDua (2) kes daripada kluster sedia ada.

Sehingga kini, terdapat 86 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 31 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan lapan (8) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 294 kes (0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. Kematian Kes No. Negeri Jantina (Warganegara) Umur (tahun) Hospital Latar Belakang
287 39867 Sabah Lelaki (WN) 72 Hospital Queen Elizabeth Penyakit jantung
288 38805 Sabah Lelaki (WN) 51 Hospital Duchess of Kent Strok
289 38736 Sabah Lelaki (WN) 53 Hospital Tawau
290 31272 Sabah Lelaki (WN) 1   Hospital Duchess of Kent  Penyakit jantung berlubang, Sindrom Down dan Hipotiroidisme
291 28633   Wilayah Persekutuan  Labuan Lelaki  (WN) 66 Hospital Labuan Penyakit darah tinggi
292 37623 Sabah Perempuan (WN) 71 Hospital Tuaran Penyakit darah tinggi dan katarak
293 39870 Sabah Perempuan (BWN) 55 Hospital Queen Elizabeth
294 39868 Sabah Perempuan (BWN) 65 Hospital Duchess of Kent Penyakit darah tinggi

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

KLUSTER BAH PERDANA DIISYTIHAR TAMAT

KKM ingin memaklumkan bahawa, Kluster Bah Perdana telah tamat pada hari ini. Kluster ini melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sehingga 9 November 2020, seramai 55 individu telah disaring di mana sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dan baki 46 individu adalah negatif. Tiada kes kematian dilaporkan dalam kluster ini.

ENAM (6) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat enam (6) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

  • KLUSTER NAHABA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Belud di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-35808) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 4 November 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 24 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah Seri Bayu Pirasan, Kota Belud.

Sehingga 9 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 65 individu telah disaring, di mana:

  • 25 kes dikesan positif COVID-19 (24 kes baharu); dan
  • 40 individu dikesan negatif.
  • KLUSTER NUMBAK

Kluster ini melibatkan daerah Kota Kinabalu, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-22036) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kemasukan ke wad di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak tujuh (7) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 9 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 21 individu telah disaring, di mana:

  • Lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu);
  • Tujuh (7) individu dikesan negatif; dan
  • Enam (6) individu masih menunggu keputusan.
  • KLUSTER PERIGI

Kluster baharu ini melibatkan daerah Klang di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-18667) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 15  Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 38 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Sehingga 9 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 124 individu telah disaring, di mana:

  • 39 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
  • 85 individu masih menunggu keputusan.
  • KLUSTER SERI TERAPI

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan daerah Alor Gajah di negeri Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-36180) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 3 November 2020 dan kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 11 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 9 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 126 individu telah disaring, di mana:

  • 12 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
  • Lapan (8) individu dikesan negatif; dan
  • 106 individu masih menunggu keputusan.
  • KLUSTER PADANG

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-39210) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 5 November 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak empat (4) lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

Sehingga 9 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 338 individu telah disaring, di mana:

  • Lima (5) kes dikesan positif COVID-19 (4 kes baharu);
  • 173 individu dikesan negatif; dan
  • 160 individu masih menunggu keputusan.
  • KLUSTER HARMONI

Kluster baharu ini melibatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes-kes bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 7 November 2020. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Sehingga 9 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 50 individu telah disaring, di mana:

  • Lima (5) kes dikesan positif COVID-19 (5 kes baharu);
  • 28 individu dikesan negatif; dan
  • 17 individu masih menunggu keputusan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

9 November 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 9 NOVEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH 370 20,792
SELANGOR 138 (1) 6,287
W.P. KUALA LUMPUR 22 (2) 3,197
NEGERI SEMBILAN 260 2,313
KEDAH 8 2,217
PULAU PINANG 34 1,394
W.P. LABUAN 63 1,046
SARAWAK 4 991
JOHOR 10 (2) 941
PERAK 51 647
PAHANG 0 395
MELAKA 5 332
TERENGGANU 0 225
KELANTAN 2 188
W.P. PUTRAJAYA 5 178
 PERLIS 0 38
JUMLAH KESELURUHAN 972 (5) 41,181

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif Pada Hari Ini

(9 November 2020)

Bil. Kluster Negeri Daerah Kes Baharu Jumlah Kes Jumlah Yang Disaring Kes Aktif (Kes ICU) Jumlah Sembuh Jumlah Kematian
1 Cergas Negeri Sembilan Seremban 130 250 1,048 245 (0) 5 0
2 Kaya Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Melaka, Selangor, Johor Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Lembah Pantai, Cheras, Kepong, Putrajaya, Melaka Tengah, Sepang, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat, Kluang 57 614 2,219 251 (3) 363 0
3 Rengas Perak Kuala Kangsar 50 101 320 101 (0) 0 0
4 Lengkuk Selangor, Negeri Sembilan Sepang, Seremban, Port Dickson, Rembau 42 180 653 176 (0) 4 0
5 Intan Pulau Pinang, Kedah Timur Laut, Kuala Muda 27 62 464 58 (1) 4 0
6 Sutera Sabah Kota Kinabalu 26 46 111 46 (0) 0 0
7 Ria-30 Sabah Tuaran 25 49 688 49 (0) 0 0
8 Mampulut Sabah Keningau 17 63 359 63 (0) 0 0
9 Gedong Negeri Sembilan, Selangor, Johor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya Seremban, Port Dickson, Rembau, Kuala Pilah, Tampin, Petaling, Johor Bahru, Cheras, Lembah Pantai, Putrajaya 15 65 650 54 (0) 11 0
10 Hentian Selangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri Sembilan Hulu Langat, Petaling, Sepang, Klang, Cheras, Titiwangsa, Putrajaya, Seremban 13 430 2,254 267 (1) 163 0
11 Jernih Negeri Sembilan Seremban 11 34 122 21 (0) 13 0
12 Utama Selangor, Melaka, WP Kuala Lumpur Gombak, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor, Sepang,  Alor Gajah, Lembah Pantai, Titiwangsa, Kepong, Cheras 10 262 1,211 34 (0) 228 0
13 Saguking WP Labuan Labuan 9 361 3,539 173 (0) 187 1
14 Tapak Bina Damanlela WP Kuala Lumpur, Selangor Kepong, Titiwangsa, Lembah Pantai, Cheras, Gombak, Kuala Selangor, Petaling 9 31 420 31 (0) 0 0
15 Usaha Selangor, WP Kuala Lumpur Klang, Petaling, Kuala Langat, Titiwangsa, Lembah Pantai 7 175 217 165 (1) 10 0
16 Teratai Selangor Klang, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat 7 83 111 83 (0) 0 0
17 PTS Tawau Sabah Tawau 6 606 1,671 507 (0) 98 1
18 Merbok Selangor Kuala Langat, Klang, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor 6 34 765 12 (0) 22 0
19 Penjara Kepayan Sabah Kota Kinabalu, Papar, Penampang, Sipitang 4 1,825 3,951 488 (1) 1,337 0
20 Penjara Sandakan Sabah Sandakan 4 425 1,114 425 (1) 0 0
21 Bayan Pulau Pinang, Kedah, Perak Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Bandar Baharu, Kubang Pasu, Kuala Muda, Kulim, Kota Setar, Kerian, Larut Matang & Selama 4 124 2,345 77 (3) 47 0
22 Permatang Kedah, Pulau Pinang, Perak Kulim, Langkawi, Kota Setar, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara, Timur Laut, Seberang Perai Selatan, Kinta 4 46 1,315 45 (1) 0 1
23 Berendam Melaka Alor Gajah, Melaka Tengah 4 12 1,961 11 (0) 1 0
24 Tenaga WP Labuan Labuan 3 105 229 72 (0) 33 0
25 Tanamera Sabah Tawau, Tuaran 3 74 160 39 (0) 35 0
26 Astaka Selangor, Pahang Petaling, Hulu Langat, Kuala Selangor, Klang, Maran 3 60 213 21 (0) 39 0
27 Titian WP Labuan Labuan 3 49 530 30 (0) 19 0
28 Taman Bunga Negeri Sembilan Seremban, Kuala Pilah, Jelebu, Jempol 3 45 1,036 18 (0) 27 0
29 Bina Labuan WP Labuan Labuan 3 42 195 23 (0) 18 1
30 Dialisis Sabah Lahad Datu 3 27 106 22 (0) 5 0
31 Auto Selangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya Petaling, Klang, Kuala Langat, Sepang, Gombak, Hulu Langat, Kuala Selangor, Seremban, Titiwangsa, Putrajaya 2 126 1,173 19 (1) 107 0
32 Greenhill Sarawak Kuching, Miri, Bintulu 2 79 1,206 50 (0) 29 0
33 Ikhtisas Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan Petaling, Klang, Jeli, Seremban 2 24 362 20 (0) 4 0
34 Titir Sabah Keningau 1 137 2,005 36 (0) 101 0
35 Basung Sabah Kudat 1 88 697 27 (0) 61 0
36 Buntar Kedah, Perak, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Johor, Selangor, Pulau Pinang Kuala Muda, Kerian, Kinta, Larut Matang & Selama, Batang Padang, Hilir Perak, Kepong, Putrajaya, Batu Pahat, Johor Bahru, Petaling, Sepang, Seberang Perai Selatan 1 64 1,074 12 (0) 52 0
37 Keladi Selangor Klang, Kuala Langat 1 50 351 12 (0) 38 0
38 Kertang Sabah Kota Belud 1 42 747 5 (0) 37 0
39 Wisma Saberkas Sarawak Kuching 1 36 967 36 (0) 0 0
40 Telipok Sabah Kota Kinabalu, Tuaran 1 17 151 9 (0) 8 0
41 Sembulan Sabah Kota Kinabalu 1 13 99 3 (0) 10 0
42 Danau WP Kuala Lumpur Titiwangsa 1 9 827 7 (0) 2 0

(Visited 6 times, 1 visits today)

COMMENTS