Covid-19: 16 kes baru di Kedah hari ini, kluster Sungai paling tinggi
Covid-19: 16 kes baru di Kedah hari ini, kluster Sungai paling tinggi

Covid-19: 16 kes baru di Kedah hari ini, kluster Sungai paling tinggi

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 9 September 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 24 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,583 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 312 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 24 kes baharu yang dilaporkan, enam (6) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan tiga (3) warganegara Malaysia dan tiga (3) bukan warganegara. Enam (6) kes import tersebut adalah dari negara:

  • Bangladesh (2 kes: 1 kes di Negeri Sembilan, 1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
  • China (1 kes di Sabah);
  • Indonesia (1 kes di Sabah);
  • Singapura (1 kes di Sarawak); dan
  • Korea Selatan (1 kes di Selangor).

Ingin dimaklumkan bahawa kes import yang melibatkan bukan warganegara telah memasuki Malaysia sebelum pelaksanaan sekatan kemasukan yang mula berkuatkuasa pada 7 September 2020. Dua (2) kes dari Bangladesh tiba di Malaysia pada 6 September 2020 dan telah disaring pada hari yang sama. Manakala satu (1) kes dari China pula tiba di Malaysia pada 5 September 2020 dan disaring pada 6 September 2020. Keputusan ujian saringan mereka dilaporkan positif COVID-19 hari ini. Begitu juga dengan beberapa kes import yang dilaporkan pada 8 September 2020.

Daripada 18 kes penularan di dalam negara, 16 adalah di kalangan warganegara Malaysia dan dua (2) adalah bukan warganegara. Perincian kes adalah seperti berikut:

  1. Kedah – 16 kes: 
    • 13 kes daripada Kluster Sungai;
    • Satu (1) kes daripada Kluster Tawar;
    • Satu (1) kes daripada Kluster Telaga; dan
    • Satu (1) kes saringan bergejala di Hospital Sultanah Bahiyah.
  2. Sabah: Dua (2) kes daripada Kluster Benteng LD.

Kluster-kluster ini akan diperincikan di bawah.

Sehingga kini, terdapat tujuh (7) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana empat (4) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 128 kes (1.34 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI EMPAT BUAH KLUSTER

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat pertambahan kes bagi empat (4) buah kluster iaitu Kluster Sungai, Kluster Telaga, Kluster Tawar dan Kluster Benteng LD pada hari ini. Pecahan saringan dan situasi terkini mengikut kluster tersebut adalah seperti berikut:

  1. Kluster Sungai (jumlah saringan 1,091):
    • Kedah (1,056 disaring):
      1. 38 kes dikesan positif COVID-19 (13 kes baharu);
      2. 432 individu negatif; dan
      3. 586 individu masih menunggu keputusan.
    • Pulau Pinang (31 disaring):
      1. Satu (1) individu negatif; dan
      2. 30 individu masih menunggu keputusan.
    • Perlis (4 disaring):
      1. Satu (1) kes dikesan positif COVID-19; dan
      2. Tiga (3) individu masih menunggu keputusan.
  2. Kluster Telaga (jumlah saringan 4,584):
    • Kedah (4,537 disaring):
      1. 11 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
      2. 4,399 individu negatif; dan
      3. 127 individu masih menunggu keputusan.
    • Pulau Pinang (47 disaring):
      1. 46 individu negatif; dan
      2. Satu (1) individu masih menunggu keputusan.
  3. Kluster Tawar (jumlah saringan 18,233):
    1. Kedah (17,659 disaring):
      1. 68 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu); dan
      2. 17,591 individu negatif.
    2. Pulau Pinang (563 disaring);
      • 11 kes dikesan positif COVID-19; dan
      • 552 individu negatif.
    3. Perak (kesemua 11 saringan adalah negatif).
  4. Kluster Benteng LD, Sabah (jumlah saringan 2,349):
    • Tawau (1,814 disaring):
      1. 43 kes dikesan positif COVID-19 (2 kes baharu);
      2. 625 individu negatif; dan
      3. 1,146 individu masih menunggu keputusan.
    • Lahad Datu (535 disaring):
      1. 87 kes dikesan positif COVID-19;
      2. 287 individu negatif; dan
      3. 161 individu masih menunggu keputusan.

RISIKO PENULARAN KES POSITIF COVID-19 DI KALANGAN PETUGAS KESIHATAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN JANGKITAN

Sejak kebelakangan ini terdapat peningkatan kes positif COVID-19 di kalangan petugas barisan hadapan terutamanya petugas kesihatan dari sektor awam dan swasta. Keadaan ini adalah membimbangkan kerana mereka memainkan peranan yang penting sebagai tulang belakang sistem kesihatan Negara.

Hasil siasatan mendapati bahawa kes positif COVID-19 di kalangan petugas kesihatan KKM adalah kebanyakannya berpunca daripada penularan di kalangan petugas kesihatan sendiri. Ini menyumbang sebanyak 53 peratus daripada keseluruhan kes yang melibatkan petugas kesihatan, bermakna lebih separuh daripada petugas kesihatan yang dijangkiti COVID-19 telah berjangkit daripada petugas kesihatan lain. Jangkitan daripada komuniti adalah sebanyak 22 peratus, manakala jangkitan semasa pengurusan pesakit yang belum diketahui status COVID-19 pula adalah sebanyak 17 peratus. Setakat ini, tiada petugas kesihatan KKM yang dijangkiti COVID-19 semasa pengurusan pesakit disahkan COVID-19 di wad COVID-19 atau di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Justeru itu, adalah amat penting bagi petugas kesihatan untuk memastikan langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID-19 diambil pada setiap masa, terutamanya semasa bertugas. Penjarakan fizikal (physical distancing) yang selamat di tempat bertugas iaitu di kalangan rakan sekerja dan semasa pengurusan pesakit sewajarnya diamalkan sepanjang waktu bekerja. Begitu juga dengan kebersihan kawasan guna sama seperti kaunter jururawat, tempat makan, pantri, ruang solat dan tandas kakitangan.

Seperti yang sering ditekankan juga, KKM ingin mengingatkan semua petugas kesihatan KKM yang bertugas di hospital mahupun Klinik Kesihatan agar memakai alat pelitup muka jenis 3-ply surgical mask sepanjang waktu bekerja. Petugas kesihatan juga perlu mengamalkan kebersihan tangan (hand hygiene), etika batuk (cough etiquette) dan memakai alat pelindung diri (Personal Protective Equipment, PPE) yang bersesuaianmengikut keperluan semasa menjalankan tugas.

Sumber: KP Kesihatan Malaysia

(Visited 5 times, 1 visits today)

COMMENTS