COVID-19: 20,546 kes baharu, 282 kematian dicatatkan
COVID-19: 20,546 kes baharu, 282 kematian dicatatkan

COVID-19: 20,546 kes baharu, 282 kematian dicatatkan

Kes jangkitan harian COVID-19 di Malaysia merekodkan 20,546 kes dalam tempoh 24 jam lalu.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 dalam negara kepada 1,404,899 kes.
Selangor kekal menjadi penyumbang kes jangkitan harian tertinggi dengan 7,307 kes.
Ini diikuti Sabah dengan 1,665 kes, Kedah (1,596), Johor (1,508), Kuala Lumpur (1,442), Pulau Pinang (1,111), Perak (1,069) dan Kelantan (1,025).
Sementara itu, 282 kes kematian baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat pandemik itu adalah 12,510 kes.
Sebanyak 16,945 kes sembuh turut direkodkan, dengan jumlah keseluruhan mereka yang sembuh mencecah 1,145,128 orang.
Dalam masa sama, seramai 1,059 individu sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 526 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Jumlah aktif dengan kebolehjangkitan yang direkodkan sehingga hari ini kata beliau, adalah 247,261 kes.

(Visited 8 times, 1 visits today)

COMMENTS