Covid-19: 3 lagi kematian dicatat, 4 kluster baru
Covid-19: 3 lagi kematian dicatat, 4 kluster baru

Covid-19: 3 lagi kematian dicatat, 4 kluster baru

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 15 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak589 kes baharu telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 18,129 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 5,945kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Jika dilihat pecahan utama jumlah kes hari ini, Negeri Sabah masih mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 304 kes (51.6 peratus). Secara keseluruhan, sebanyak 91 kes (15.4 peratus) pada hari ini adalah daripada Kluster Tembok, Kluster Penjara Reman dan Kluster Penjara Seberang Perai. Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam penjara. Negeri-negeri di Lembah Klang pula merangkumi 27.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, iaitu Negeri Selangor mencatat 150 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sembilan (9) kes dan Wilayah Persekutuan Putrajaya satu (1) kes.

Ingin dimaklumkan daripada 589 kes baharu yang dilaporkan, terdapat tiga (3) kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara yang kesemuanya melibatkan bukan warganegara iaitu dari negara:

  • Indonesia (2 kes daripada saringan masuk kerja di Sarawak); dan
  • Ukraine (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur).

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 304 kes
    • 165 kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 25 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 13 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Olive; dan
    • 101 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 150 kes
    • 125 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • 13 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Sembilan (9) kes saringan individu bergejala termasuk empat (4) kes mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 52 kes 
    • 50 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Pengkalan.
  • Kedah: 31 kes 
    • 28 kes daripada Kluster Tembok; dan
    • Tiga (3) kes saringan individu bergejala.
  • Pulau Pinang: 16 kes
    • 15 kes daripada kluster- kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI).
  • Negeri Sembilan: 11 kes 
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes daripada Kluster Bah Kasturi; dan
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Sembilan (9) kes
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada; Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Enam (6) kes
    • Tiga (3) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • Dua (2) kes daripada Kluster baharu iaitu Kluster Saguking; dan
    • Satu (1) kes daripada Kluster Bah Bundle.
  • Sarawak: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Melaka: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI).
  • Kelantan: Dua (2) kes daripada saringan sign on kapal.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Pasir.

Sehingga kini, terdapat 103 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 31 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada 586 kes penularan di dalam negara, 453 kes adalah warganegara Malaysia dan 133 kes adalah bukan warganegara.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 170 kes (0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:Kes kematianKesNegeriJantinaUmur (tahun)HospitalLatar Belakang16812170SabahPerempuan WN54Hospital Queen Elizabeth  Penyakit darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung dan penyakit kelenjar tiroid  16915303SabahLelaki BWN68Hospital TawauPenyakit kencing manis17013844SabahPerempuan BWN100Hospital Duchess of Kent–

* WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

EMPAT (4) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat empat (4) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu di negeri;

  • Sabah – Satu (1) kluster;
  • Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya – Satu (1) kluster;
  • Perak – Satu (1) kluster; dan
  • Wilayah Persekutuan Labuan – Satu (1) kluster.

1) KLUSTER OLIVE, SABAH

Kluster baru ini melibatkan daerah Hulu Langat di negeri Selangor dan daerah Kota Marudu dan Penampang di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-11489) telah dikenal pasti di Selangor hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah). Kes dikesan positif COVID-19 pada 2 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 16 lagi kes positif COVID-19.

2) KLUSTER BAH PASIR, NEGERI SEMBILAN DAN WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

Kluster baru ini melibatkan daerah Port Dickson di Negeri Sembilan dan daerah Putrajaya di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14329) telah dikenal pasti hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).  Kes dikesan positif COVID-19 pada 8 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti empat (4) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 15 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 82 individu telah disaring, di mana:

  • Lima (5) kes dikesan positif COVID-19;
  • 74 individu negatif; dan
  • Tiga (3) individu masih menunggu keputusan.

3) KLUSTER BAH PENGKALAN, PERAK

Kluster baharu ini melibatkan daerah Hulu Perak di negeri Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14345 dan kes ke-14346) telah dikenal pasti hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah). Kes dikesan positif COVID-19 pada 8 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 5 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 15 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 330 individu telah disaring, di mana:

  • Enam (6) kes dikesan positif COVID-19;
  • 47 individu negatif; dan
  • 277 individu masih menunggu keputusan.

4) KLUSTER SAGUKING, WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Kluster baru ini melibatkan daerah Labuan di Wilayah Persekutuan Labuan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-15657) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kemasukan ke Hospital Labuan pada 11 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti empat (4) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 15 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana:

  • Lima (5) kes dikesan positif COVID-19;
  • Tiga (3) individu negatif; dan
  • 35 individu masih menunggu keputusan.

STATUS TERKINI KLUSTER UTAMA

Kluster ini mula dilaporkan pada 10 Oktober 2020 yang melibatkan daerah Gombak, Petaling dan Hulu Langat di negeri Selangor serta daerah Alor Gajah di negeri Melaka. Pada 15 Oktober 2020, sebanyak 105 lagi kes baharu telah dikenalpasti dalam kluster ini, menjadikan jumlah kes setakat ini adalah 132 kes (iaitu 131 kes telah dilaporkan di negeri Selangor serta 1 kes telah dilaporkan di negeri Melaka). Kes-kes ini melibatkan 107 bukan warganegara dan 25 warganegara Malaysia. 

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu Kes ke-15023) adalah lelaki warganegara Nepal berumur 28 tahun yang merupakan pengawal keselamatan di sebuah pusat membeli-belah di daerah Petaling. Kes mula mengalami gejala demam, batuk dan selesema sejak 22 September 2020. Kes dikesan positif COVID-19 pada 8 Oktober 2020 melalui saringan kontak rapat dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan. Sebelum ini KKM mengesyaki kes ke-12549 sebagai kes indeks, namun hasil siasatan lanjut mendapati gejala beliau bermula lebih lewat berbanding kes ke-15023.

Pecahan bagi 132 kes positif COVID-19 telah dikesan dalam kluster ini adalah seperti berikut:

  • 87 pekerja keselamatan
  • 18 pekerja pembersihan
  • 16 pekerja di beberapa premis pusat membeli-belah tersebut;
  • Enam (6) pengunjung; dan
  • Lima (5) ahli keluarga Kes ke-12549.

Sehingga 15 Oktober 2020, seramai 447 individu telah disaring, di mana:

  • 132 kes dikesan positif COVID-19;
  • 269 individu dikesan negatif; dan
  • 46 individu masih menunggu keputusan.

Sehubungan itu, pusat membeli belah ini telah ditutup 11 sehingga 16 Oktober 2020 bagi proses nyah kuman dan pembersihan. Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif bagi kluster ini masih diteruskan oleh Pejabat Kesihatan Daerah yang terlibat. Status terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh KKM.

(Visited 4 times, 1 visits today)

COMMENTS