COVID-19: 3 sekolah di Baling dan Pokok Sena, Kedah pula tutup
COVID-19: 3 sekolah di Baling dan Pokok Sena, Kedah pula tutup

COVID-19: 3 sekolah di Baling dan Pokok Sena, Kedah pula tutup

BALING: Tiga sekolah di daerah ini dan Pokok Sena ditutup mulai hari ini hingga Sabtu depan berikutan kes COVID-19.

Jabatan Pendidikan Kedah dalam surat kepada pentadbir, memaklumkan sekolah yang ditutup ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baling dan SMK Bukit Payong di sini serta Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Pak Kiau di Pokok Sena.

Katanya, berikutan itu semua pelajar, guru dan kakitangan pentadbiran dikehendaki menjalani proses kuarantin rumah mengikut prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan pihak berkuasa.

“Pihak pengurusan tertinggi JPN Kedah memutuskan penutupan sementara semua kelas di sekolah berkuat kuasa 11 sehingga 17 Oktober.

“Guru dan anggota kumpulan pelaksana dibenarkan berkerja dari rumah serta proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dilaksana secara dalam talian,” katanya.

Sementara itu, tinjauan di SMK Baling pagi ini, mendapati pagar utamanya ditutup rapat dan tiada pelajar serta guru dibenarkan masuk ke kawasan sekolah berkenaan sejak tengah malam tadi.

Difahamkan, tindakan itu dibuat selepas salah seorang pelajar sekolah itu dipercayai menjadi kontak rapat kepada ahli keluarganya di Pulai, Baling, yang positif COVID-19.

Setakat semalam, Kedah mencatatkan lebih 1,200 kes aktif COVID-19 antaranya membabitkan Kluster Tembok di Kota Setar dan Pokok Sena serta Kluster Tawar di Baling.

Berita penuh : BeritaHarian

(Visited 122 times, 1 visits today)

COMMENTS