Covid – 19 : 354 kes baharu hari ini, 10 dari Kedah

Covid – 19 : 354 kes baharu hari ini, 10 dari Kedah

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 188 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 10,707 kes (72.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 9 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, 354 kes baharu telah dilaporkan hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 14,722 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 3,863 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Jika dilihat pecahan utama jumlah kes hari ini, negeri Sabah mencatat 274 kes (77.4 peratus). Ini susulan lebih banyak aktiviti saringan dijalankan di lapangan, terutama di tujuh (7) buah daerah PKPD. Negeri Kedah hanya mencatat 10 kes (2.82 peratus) susulan kejayaan kawalan bagi Kluster Tembok di penjara-penjara. Negeri-negeri Lembah Klang pula merangkumi 10.2 peratus daripada jumlah  keseluruhan kes, iaitu Negeri Selangor mencatat 24 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 10 kes dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 2 kes.

Ingin dimaklumkan daripada 354 kes baharu yang dilaporkan, dua (2) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara melibatkan warganegara Malaysia yang mengembara dari negara:

  • India: Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; dan
  • Oman: Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Daripada 352 kes penularan di dalam negara, 332 kes adalah warganegara Malaysia dan 20 kes adalah bukan warganegara. Daripada 352 kes penularan di dalam negara, 23 kes pula merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, sekaligus menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 sebanyak 324 kes.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 274 kes
    • 120 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 22 kes daripada Kluster Ramai-Ramai;
    • 13 kes daripada Kluster Benteng LD;
    • Lima (5) kes daripada Kluster Tujuh Serangkai;
    • Empat (4) kes daripada Kluster Laut;
    • Dua (2) kes daripada Kluster Tanamera;
    • Satu (1) kes daripada Kluster Bangau-Bangau;
    • Satu (1) kes daripada Kluster Pulau;
    • Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Atap; dan
    • 105 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 24 kes
    • 17 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tiga (3) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
    • Satu (1) kes daripada Kluster Benteng PK;
    • Satu (1) kes daripada Kluster Jalan Meru; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 10 kes
    • Tujuh (7) kes daripada Kluster Tembok; dan
    • Tiga (3) kes daripada Kluster Bah Sintok.
  • Sarawak: 10 kes
    • Tujuh (7) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 8 kes
    • Lima (5) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
    • Satu (1) kes daripada Kluster Bah Puchong;
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes saringan COVID-19 lain.
  • Pulau Pinang: Lapan (8) kes
    • Tujuh (7) kes daripada Kluster Penjara Reman; dan
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
  • Johor: Lima (5) kes
    • Empat (4) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
  • Terengganu: Lima (5) kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Sahabat;
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Negeri Sembilan: Empat (4) kes
    • Satu (1) kes daripada Kluster Bah Sintok;
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes daripada Kluster Selasih.
  • Perak:  Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Lada.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).

Sehingga kini, terdapat 68 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 25 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan enam (6) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 152 kes (1.03 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

Kes kematian Kes Jantina Umur (tahun) Hospital Latar Belakang
147 12991 Lelaki WN 54 Hospital Tawau   Penyakit darah tinggi dan asma
148 14028 Lelaki WN 68 Hospital Semporna
149 14151 Perempuan WN 66 Hospital Queen Elizabeth   Penyakit kencing manis,  darah tinggi dan batuk kering (PTB)
150 14640 Perempuan WN 58 Hospital Tawau
151 14641 Perempuan WN 57 Hospital Semporna   Penyakit darah tinggi
152 14642 Lelaki WN 64 Hospital Queen Elizabeth   Bengkak kelenjar prostat (BPH)

* WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

TIGA (3) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat tiga (3) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu di negeri:

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12880) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan bergejala pada 4 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth, Sabah. Saringan kontak rapat telah mengenalpasti tiga (3) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 9 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 49 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Perak iaitu di daerah Perak Tengah dan daerah Hilir Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12374 kes ke-13978) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 3 Oktober 2020 dan 6 Oktober 2020. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak. Saringan kontak rapat telah mengenalpasti dua (2) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 9 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 41 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

3) KLUSTER BAH SAHABAT, TERENGGANU

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di daerah Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-10766 dan kes ke-10767) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 25 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu, Kuala Berang. Saringan kontak rapat telah mengesan lapan (8) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 9 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 88 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

PENGAWASAN DAN PEMERHATIAN DI RUMAH “HOME SURVEILLANCE ORDER” (HSO)

Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan mengenai definisi kontak rapat dan Perintah Home Surveillance Order (HSO). HSO akan diberikan kepada:

  1. Individu yang mempunyai gejala ringan dan tidak memenuhi kriteria bagi kemasukan ke wad iaitu Patient Under Investigation (PUI); ATAU
  2. Individu yang tidak mempunyai gejala, namun mempunyai sejarah perkaitan epidemiologi seperti kontak rapat kepada kes yang dijangkiti COVID-19 iaitu Person Under Surveillance (PUS).

Kontak rapat kepada kes positif COVID-19 merupakan individu yang telah dikenalpasti oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berdasarkan siasatan lapangan dan penilaian risiko yang dijalankan. Kontak rapat merupakan individu yang mempunyai kontak secara langsung dengan kes positif COVID-19. Ini meliputi individu yang bersemuka secara langsung dengan pesakit COVID-19 pada jarak yang kurang daripada 1 meter atau individu yang mempunyai kontak fizikal dengan kes COVID-19 dalam tempoh 14 hari dari tarikh jangkitan. Antara individu yang dikesan sebagai kontak rapat meliputi:

  • Anggota kesihatan yang memberi perawatan kepada kes COVID-19 yang positif TANPA menggunakan alat perlindungan diri (PPE) yang lengkap; ATAU
  • Ahli keluarga yang tinggal serumah dengan kes positif COVID-19; ATAU
  • Individu yang duduk berdekatan (kurang 1 meter dengan kes COVID-19) misalnya di pejabat atau di dalam kelas; ATAU
  • Individu dikesan mengembara bersama atau duduk dengan jarak yang dekat (kurang daripada 1 meter) dengan kes positif COVID-19 sepanjang tempoh perjalanan.

Individu yang pernah berhubung dengan kes positif namun tidak tidak dikenal pasti sebagai kontak rapat tidak akan diberikan HSO atau pemakaian gelang. Walau bagaimanapun individu ini dinasihatkan untuk menjalani kuarantin kendiri (self quarantine) dan memantau status kesihatan masing-masing sepanjang tempoh 14 hari serta mengamalkan nasihat kesihatan yang telah dikeluarkan oleh KKM.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

 

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

9 Oktober 2020 @ 5.30 petang.

Lampiran 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 9 OKTOBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH 274 3,565
W.P. KUALA LUMPUR 10 (2) 2,733
SELANGOR 24 2,531
KEDAH 10 1,626
NEGERI SEMBILAN 4 1,069
JOHOR 5 809
SARAWAK 10 742
PAHANG 0 385
PERAK 1 296
MELAKA 0 269
KELANTAN 0 171
PULAU PINANG 8 168
TERENGGANU 5 154
W.P. PUTRAJAYA 2 116
W.P. LABUAN 1 50
PERLIS 0 38
JUMLAH KESELURUHAN 354 (2) 14,722

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )