Covid 19 : 384 kes varian Delta telah dikesan
Covid 19 : 384 kes varian Delta telah dikesan

Covid 19 : 384 kes varian Delta telah dikesan

PUTRAJAYA – Konsortium yang menjalankan kajian dan penyelidikan terhadap virus SARS-CoV-2 mengesan 392 kes varian membimbangkan (VOC) termasuk 384 daripadanya ialah Delta.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan pada Khamis memberitahu, bakinya sebanyak lapan kes merupakan varian Beta.

Beliau berkata, jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan varian di bawah pemantauan (VUM) ialah sebanyak 2,252 kes,” katanya.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 2,232 kes membabitkan VOC manakala 20 kes merupakan varian berkepentingan (VOI),” katanya,

Menurut Dr Noor Hisham, secara keseluruhan, sehingga kini konsortium telah mengesan sebanyak 1,996 kes Delta, 222 membabitkan Beta dan 14 Alpha 14 dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyemak semula kategori VOI pada 30 September lalu.

“Terdapat hanya dua VOI yang baharu iaitu Lamba (C.37) dan Mu (B.1.621) manakala Theta, Kappa dan Eta telah dikategorikan sebagai VUM,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan kajian berterusan dengan konsortium yang terdiri daripada Institut Biologi Molekul Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UMBI-UKM), Fakulti Perubatan Universiti Malaya (FOM-UM), Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE-UiTM), Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre (TIDREC-UM), Institut Genom Malaysia (MGI) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) —SH

(Visited 1 times, 1 visits today)

COMMENTS