Covid-19: 44 kes baharu dalam negara, 4 dari Kedah
Covid-19: 44 kes baharu dalam negara, 4 dari Kedah

Covid-19: 44 kes baharu dalam negara, 4 dari Kedah

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 24 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,167 kes (95.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

 

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 10 September 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 45 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,628 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 333 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 45 kes baharu yang dilaporkan, terdapat satu (1) kes import. Kes import tersebut dilaporkan di negeri Selangor, iaitu warganegara Malaysia yang telah pulang dari negara Brazil.

Daripada 44 kes penularan di dalam negara, 11 adalah di kalangan warganegara Malaysia dan 33 adalah bukan warganegara. Perincian kes adalah seperti berikut:

i.    Kedah – empat (4) kes:

  • Satu (1) kes daripada Kluster Sungai;
  • Dua (2) kes daripada Kluster Telaga; dan
  • Satu (1) kes saringan bergejala di Klinik Kesihatan Simpang Kuala. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah.

ii.   Sabah: 40 kes daripada Kluster Benteng LD, di mana 33 kes melibatkan bukan warganegara.

Kluster-kluster ini akan diperincikan di bawah.

Sehingga kini, terdapat sembilan (9) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana lima (5) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 128 kes (1.33 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI TIGA BUAH KLUSTER – KLUSTER BENTENG LD, TELAGA DAN SUNGAI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat pertambahan kes bagi tiga (3) buah kluster iaitu Kluster Benteng LD, Kluster Telaga dan Kluster Sungai pada hari ini. Pecahan saringan dan situasi terkini bagi kluster-kluster mengikut negeri terbabit adalah seperti berikut:

  1. Kluster Benteng LD, Sabah (jumlah saringan 2,679):
    • Tawau (1,909 disaring):
      1. 83 kes dikesan positif COVID-19 (40 kes baharu: 34 kes merupakan banduan penjara manakala 6 kes adalah ahli keluarga kakitangan penjara);
      2. 625 individu negatif; dan
      3. 1,201 individu masih menunggu keputusan.
    • Lahad Datu (770 disaring):
      1. 87 kes dikesan positif COVID-19;
      2. 291 individu negatif; dan
      3. 392 individu masih menunggu keputusan.
  2. Kluster Sungai (jumlah saringan 1,585):
    • Kedah (1,456 disaring):
      1. 39 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
      2. 1,017 individu negatif; dan
      3. 400 individu masih menunggu keputusan.
    • Pulau Pinang (122 disaring):
      1.  43 individu negatif; dan
      2. 79 individu masih menunggu keputusan.
    • Perlis (7 disaring):
      1. Satu (1) kes dikesan positif COVID-19;
      2. Tiga (3) individu negatif; dan
      3. Tiga (3) individu masih menunggu keputusan.
  3. Kluster Telaga (jumlah saringan 4,673):
    • Kedah (4,626 disaring):
      1. 13 kes dikesan positif COVID-19 (2 kes baharu);
      2. 4,524 individu negatif; dan
      3. 89 individu masih menunggu keputusan.
    • Pulau Pinang (47 disaring):
      1. 46 individu negatif; dan
      2. Satu (1) individu masih menunggu keputusan.

KKM mengambil maklum pengumuman sebentar tadi oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Yang Berhormat Dato’ Seri Ismail bin Sabri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di Daerah Kota Setar, Kedah. Ini susulan peningkatan ketara kes dalam Kluster Sungai dan Kluster Telaga di tersebut. Pelaksanaan ini akan berkuatkuasa dari 11 September 2020 sehingga 25 September 2020. Pelaksanaan PKPD secara pentadbiran di Amanjaya pula dilanjutkan sehingga 13 September 2020 bagi memastikan saringan ke atas penduduk di kawasan tersebut dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

KKM juga mengambil maklum keputusan pelaksanaan tindakan yang sama di kawasan Penjara dan Kuarters Penjara di Tawau. Keputusan wajar dan tindakan bersepadu pelbagai agensi ini akan membantu pihak KKM untuk terus menjalankan kawalan kesihatan awam di ketiga-tiga kawasan. Kerjasama rapat dengan penduduk setempat adalah amat diperlukan bagi memastikan tindakan ini berjaya memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 dalam negara kita.

Sumber: KP Kesihatan Malaysia

(Visited 12 times, 1 visits today)

COMMENTS