COVID-19: 822 kes baharu, 769 pulih, dua kematian hari ini - KP Kesihatan
COVID-19: 822 kes baharu, 769 pulih, dua kematian hari ini – KP Kesihatan

COVID-19: 822 kes baharu, 769 pulih, dua kematian hari ini – KP Kesihatan

Malaysia merekodkan 822 kes baharu COVID-19 dan dua kematian dalam tempoh 24 jam lalu, sekali gus mencatatkan jumlah kumulatif sebanyak 42,872 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu, sebanyak 769 kes pulih turut direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya sebanyak 31,073 kes atau 72.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Mengenai pecahan kes tempatan hari ini, katanya, Sabah terus mencatatkan jumlah tertinggi dengan 258 kes diikuti Negeri Sembilan (225), Selangor (176), Labuan (46), Pulau Pinang (26), Kuala Lumpur (17), Kedah (17) dan  masing-masing 14 kes di Sarawak dan Perak.

Selain itu, Johor mencatatkan 10, Melaka (6), Putrajaya (3), Perlis (2) dan satu kes di Kelantan.

Beliau berkata daripada jumlah kes baharu ini tujuh merupakan kes import melibatkan seorang warganegara dan enam bukan warganegara yang masing-masing pulang dari India, Kanada, Indonesia, Arab Saudi, Afganistan, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Rusia.

— BERNAMA

LAPORAN PENUH

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 769 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 31,073 kes (72.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Pecahan kes yang sembuh adalah seperti berikut:

  • Sabah (553 kes);
  • Selangor (98 kes);
  • Negeri Sembilan (36 kes);
  • Wilayah Persekutuan Labuan (25 kes);
  • Pulau Pinang (18 kes);
  • Sarawak (16 kes);
  • Terengganu (10 kes);
  • Kedah (5 kes);
  • Johor (5 kes); dan
  • Perak (3 kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Secara keseluruhannya, sehingga 11 November 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 822 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 42,872 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 11,497 kes.

Untuk makluman, negeri Sabah mencatatkan sebanyak 259 kes (31.5 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada hari ini. Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 202 kes (24.6 peratus) daripada jumlah keseluruhan.

Sebanyak 24 kes (2.9 peratus) yang dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara. Ini melibatkan Kluster Tembok (15 kes), Kluster Penjara Kepayan (3 kes), Kluster PTS Tawau (2 kes), Kluster Rumah Merah (2 kes), Kluster Penjara Sandakan (1 kes) dan Kluster Penjara Seberang Perai (1 kes).

Ingin dimaklumkan daripada 822 kes baharu pada hari ini, terdapat tujuh (7) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Kes-kes tersebut melibatkan satu (1) warganegara dan enam (6) bukan warganegara yang tiba dari negara:

  • India (1 kes);
  • Kanada (1 kes);
  • Indonesia (1 kes);
  • Emiriah Arab Bersatu (1 kes);
  • Afghanistan (1 kes);
  • Rusia (1 kes); dan
  • Arab Saudi (1 kes).

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 258 kes
    • 56 kes daripada kluster-kluster, termasuk 12 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Haven, Kluster Karamunting dan Kluster Saga;
    • 91 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 111 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 225 kes
    • 221 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 176 kes
    • 102 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 38 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 36 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 46 kes
    • 16 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 25 daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 26 kes
    • 21 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 17 kes
    • 14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 17 kes
    • 16 kesdaripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Sarawak: 14 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak:  14 kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Johor: 10 kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: Enam (6) kes daripada kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Tiga (3) kes daripada kluster-kuster sedia ada.
  • Perlis: Dua (2) kes daripada kluster sedia ada.
  • KelantanSatu (1) kes daripada kluster sedia ada.

Sehingga kini, terdapat 86 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 30 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua (2) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 302 kes (0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. Kematian Kes No. Negeri Jantina (Warganegara) Umur (tahun) Hospital Latar Belakang
301 40565 Sabah Perempuan (BWN) 22 Hospital Tuaran Penyakit jantung reumatik dan aritmia jantung
302 41578 Sabah Perempuan (BWN) 67 Hospital Duchess of Kent Osteoathritits dan gastritis

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

TIGA (3) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat tiga (3) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

  • KLUSTER KARAMUNTING

Kluster baharu ini melibatkan daerah Sandakan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-18492) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent.  Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 20 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes tersebut dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah Kompleks Sukan Sandakan dan Dewan Rafflesia Sandakan.

Sehingga 11 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 30 individu telah disaring, di mana:

  • 21 kes dikesan positif COVID-19 (6 kes baharu); dan
  • Sembilan (9) individu dikesan negatif.
  • KLUSTER SAGA

Kluster ini melibatkan daerah Kota Kinabalu, negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-41492) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 8 November 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak  lapan (8) lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth.

Sehingga 11 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 56 individu telah disaring, di mana:

  • Sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 (5 kes baharu); dan
  • 47 individu masih menunggu keputusan.
  • KLUSTER HAVEN

Kluster baharu ini melibatkan daerah Lahad Datu di negeri Sabah. Lima kes indeks bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu-individu bergejala pada 5 November 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak enam (6) lagi kes positif COVID-19. Kes-kes ini dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah Program Perumahan Rakyat (PPR) Payang dan Hospital Lahad Datu.

Sehingga 11 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 140 individu telah disaring, di mana:

  • 11 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
  • 112 individu dikesan negatif; dan
  • 17 individu masih menunggu keputusan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

11 November 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 11 NOVEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH 259 (1) 21,448
SELANGOR 178 (2) 6,701
W.P. KUALA LUMPUR 21 (4) 3,237
NEGERI SEMBILAN 225 2,679
KEDAH 17 2,237
PULAU PINANG 26 1,447
W.P. LABUAN 46 1,100
SARAWAK 14 1,011
JOHOR 10 959
PERAK 14 673
PAHANG 0 395
MELAKA 6 338
TERENGGANU 0 225
KELANTAN 1 198
W.P. PUTRAJAYA 3 184
 PERLIS 2 40
JUMLAH KESELURUHAN 822 (7) 42,872

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

 

LAMPIRAN 2

Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif

(11 November 2020)

Bil. Kluster Negeri Daerah Kes Baharu Jumlah Kes Jumlah Yang Disaring Kes Aktif (Kes ICU) Jumlah Sembuh Jumlah Kematian
1 Cergas Negeri Sembilan Seremban 209 503 2,725 488 (0) 15 0
2 Perigi Selangor Klang 29 100 151 99 (0) 1 0
3 Hentian Selangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri Sembilan Hulu Langat, Petaling, Sepang, Klang, Gombak, Cheras, Titiwangsa, Putrajaya, Seremban 26 489 2,306 214 (1) 275 0
4 Tapak Bina Damanlela WP Kuala Lumpur, Selangor Kepong, Titiwangsa, Lembah Pantai, Cheras, Gombak, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat 23 61 557 61 (0) 0 0
5 Tembok Kedah, Perak Kota Setar, Baling, Kuala Muda, Sungai Petani, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Larut Matang & Selama 15 1,785 9,319 227 (1) 1,553 5
6 Intan Pulau Pinang, Kedah Timur Laut, Barat Daya, Kuala Muda 15 85 791 84 (1) 1 0
7 Ria-30 Sabah Tuaran 13 75 879 75 (0) 0 0
8 Buntar Kedah, Perak, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Johor, Selangor, Pulau Pinang Kuala Muda, Kerian, Kinta, Larut Matang & Selama, Batang Padang, Hilir Perak, Kampar, Kepong, Putrajaya, Batu Pahat, Johor Bahru, Petaling, Sepang, Seberang Perai Selatan 12 76 1,222 25 (0) 51 0
9 Kaya Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Melaka, Selangor, Johor Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Lembah Pantai, Cheras, Kepong, Putrajaya, Melaka Tengah, Sepang, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat, Kluang, Kota Tinggi 10 703 2,489 293 (1) 410 0
10 Saguking WP Labuan Labuan 10 376 3,539 173 (0) 202 1
11 Lengkuk Selangor, Negeri Sembilan Sepang, Hulu Langat, Petaling, Seremban, Port Dickson, Rembau, Jelebu 9 214 804 191 (0) 23 0
12 Mampulut Sabah Keningau 9 78 465 75 (0) 3 0
13 Usaha Selangor, WP Kuala Lumpur, Johor Klang, Petaling, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sepang, Titiwangsa, Lembah Pantai, Segamat 7 233 606 201 (0) 32 0
14 Padang Johor Kota Tinggi 7 13 681 13 (0) 0 0
15 Berendam Melaka, Johor Alor Gajah, Melaka Tengah, Tangkak 6 19 2,150 19 (0) 0 0
16 Teratai Selangor Klang, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat 5 96 225 95 (0) 1 0
17 Greenhill Sarawak Kuching, Miri, Bintulu 5 87 1,433 49 (0) 38 0
18 Bah Medan Selangor Sepang 5 41 158 24 (0) 17 0
19 Liawan Sabah Keningau 5 29 100 29 (0) 0 0
20 Seri Terapi WP Kuala Lumpur, Melaka Kepong, Alor Gajah 5 18 429 18 (1) 0 0
21 Bayan Pulau Pinang, Kedah, Perak Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Bandar Baharu, Kubang Pasu, Kuala Muda, Kulim, Kota Setar, Kerian, Larut Matang & Selama 4 128 3,191 59 (3) 69 0
22 Permatang Kedah, Pulau Pinang, Perak, Perlis Kulim, Langkawi, Kota Setar, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara, Timur Laut, Seberang Perai Selatan, Kinta, Arau 4 52 1,454 49 (3) 2 1
23 Bina Labuan WP Labuan Labuan 4 46 205 27 (0) 18 1
24 Dialisis Sabah Lahad Datu 4 43 121 38 (0) 5 0
25 Penjara Kepayan Sabah Kota Kinabalu, Papar, Penampang, Sipitang 3 1,834 3,960 211 (1) 1,623 0
26 Wisma Saberkas Sarawak Kuching 3 39 1,139 37 (0) 2 0
27 PTS Tawau Sabah Tawau 2 611 1,671 156 (0) 454 1
28 Rumah Merah Sabah Kota Kinabalu 2 420 1,796 261 (1) 159 0
29 Rengas Perak, Pulau Pinang Kuala Kangsar, Seberang Perai Selatan 2 113 510 112 (0) 1 0
30 Tenaga WP Labuan Labuan 2 107 229 68 (0) 39 0
31 Basung Sabah Kudat 2 92 700 30 (0) 62 0
32 Nahaba Sabah Kota Belud 2 30 356 30 (0) 0 0
33 Penjara
Seberang Perai
Pulau Pinang Seberang Perai Selatan 1 503 3,167 215 (0) 288 0
34 Penjara Sandakan Sabah Sandakan 1 428 1,358 426 (1) 2 0
35 Utama Selangor, Melaka, WP Kuala Lumpur Gombak, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor, Sepang,  Alor Gajah, Lembah Pantai, Titiwangsa, Kepong, Cheras 1 264 1,227 35 (0) 229 0
36 Bah Manggis Sabah, Selangor, Negeri Sembilan Tawau, Kuala Langat, Klang, Gombak, Sepang, Seremban, Port Dickson 1 160 2,179 55 (0) 105 0
37 Tanamera Sabah Tawau, Tuaran 1 78 160 43 (0) 35 0
38 Bah Tropicana Selangor, WP Kuala Lumpur Petaling, Gombak, Klang, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong, Cheras 1 71 908 15 (0) 56 0
39 Gedong Negeri Sembilan, Selangor, Johor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya Seremban, Port Dickson, Rembau, Kuala Pilah, Tampin, Petaling, Gombak, Klang, Johor Bahru, Cheras, Lembah Pantai, Putrajaya 1 69 712 47 (0) 22 0
40 Keladi Selangor Klang, Kuala Langat 1 52 352 6 (0) 46 0
41 Taman Bunga Negeri Sembilan Seremban, Kuala Pilah, Jelebu, Jempol 1 48 1,138 16 (0) 32 0
42 Jernih Negeri Sembilan Seremban, Port Dickson 1 35 123 20 (0) 15 0
43 Bah Kenangan Selangor Hulu Langat 1 29 61 3 (0) 26 0
44 Seridana WP Putrajaya Putrajaya 1 16 98 13 (0) 3 0
45 Gala Negeri Sembilan Jelebu, Seremban 1 15 366 2 (0) 13 0
46 Kube Kelantan Kota Bharu, Tanah Merah 1 11 288 11 (0) 0 0
47 Mahkota Selangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Sarawak Hulu Langat, Kepong, Titiwangsa, Putrajaya, Sibu 1 10 63 9 (0) 1 0
48 Harmoni WP Putrajaya Putrajaya 1 6 80 6 (0) 0 0

(Visited 5 times, 1 visits today)

COMMENTS