COVID 19 : 852 kes baharu positif dan 4 kematian hari ini
COVID 19 : 852 kes baharu positif dan 4 kematian hari ini

COVID 19 : 852 kes baharu positif dan 4 kematian hari ini

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 825 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 28,234 kes (70.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Secara keseluruhannya, sehingga 8 November 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 852 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 40,209 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 11,689 kes.

Untuk makluman, negeri Sabah mencatatkan sebanyak 524 kes (61.5 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada hari ini. Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 161 kes (18.9 peratus) dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan  mencatatkan sebanyak 24 kes positif (2.8 peratus) pada hari ini. Kelima-lima negeri ini masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)  dan menyumbang sebanyak 709 kes (83.2 peratus) daripada keseluruhan kes positif COVID-19 pada hari ini.

Sebanyak 70 kes (8.2 peratus) yang dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara. Ini melibatkan Kluster Penjara Sandakan (34 kes), Kluster Benteng LD (18), Kluster Penjara Kepayan (9 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (7 kes), Kluster Rumah Merah (1 kes), dan Kluster PTS Tawau (1 kes).

Ingin dimaklumkan daripada 852 kes baharu pada hari ini, terdapat 13 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan lapan (8) warganegara dan lima (5) bukan warganegara yang tiba dari negara:

  • Indonesia (3 kes);
  • Arab Saudi (3 kes);
  • Nepal (2 kes);
  • Maghribi (1 kes);
  • Emiriah Arab Bersatu (1 kes);
  • United Kingdom (1 kes);
  • Turki (1 kes); dan
  • Korea Selatan (1 kes).

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 524 kes
    • 89 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 338 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 97 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 136 kes
    • 45 kes daripada kluster-kluster sedia ada, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Ikhtisas;
    • 44 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • 46 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan : 104 kes
    • 93 kes daripada kluster-kluster sedia ada, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Ikhtisas;
    • Lapan (8) daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan : 23 kes
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 20 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang : 18 kes
    • 17 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 11 kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak :  Tujuh (7) kes daripada kluster sedia ada.
  • Melaka : Lima (5) kes
    • Tiga (3) daripada kluster baharu iaitu Kluster Berendam; dan
    • Dua (2)kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Kedah : Tiga (3) kes
    • Dua (2) kesdaripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak : Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya : Dua (2) kes daripada kluster sedia ada.
  • Kelantan : Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor : Satu (1) kes daripada saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
  • Terengganu :Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.

Sehingga kini, terdapat 94 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan empat (4) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 286 kes (0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

Kes No. Kematian Kes No. Negeri Jantina (Warganegara) Umur (tahun) Hospital Latar Belakang
283 35983 Sabah Lelaki (WN) 66 Hospital Duchess of Kent Penyakit jantung
284 18815 Sabah Perempuan (WN) 81 Hospital Tawau Penyakit darah tinggi dan kanser payudara
285 16848 Perak Lelaki (WN) 62 Hospital Raja Permaisuri Bainun
286 34174 Kedah Perempuan (WN) 62 Hospital Pulau Pinang Penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang kronik

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

KLUSTER DIISYTIHAR TAMAT

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat dua (2) kluster  telah tamat pada hari ini.

  • KLUSTER PUTRA

Kluster ini melibatkan daerah Bintulu di negeri Sarawak.

Sehingga 8 November 2020, seramai 190 orang telah disaring di mana lima (5) kes dikesan positif COVID-19 dan baki 185 orang adalah negatif. Tiada kematian dilaporkan dalam kluster ini.

  • KLUSTER KUARTERS

Kluster ini melibatkan daerah Tongod, Telupid dan Kinabatangan di negeri Sabah.

Sehingga 8 November 2020, seramai 1,432 orang telah disaring di mana sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dan baki 1,423 orang adalah negatif. Tiada kematian dilaporkan dalam kluster ini.

DUA (2) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat dua (2) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

  • KLUSTER IKHTISAS

Kluster baharu ini melibatkan daerah Petaling dan Klang di negeri Selangor, daerah Jeli di negeri Kelantan dan daerah Seremban di  Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-33122) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pra pembedahan pada 29 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 21 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 8 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 362 individu telah disaring, di mana:

  • 22 kes dikesan positif COVID-19 (8 kes baharu);
  • 213 kes dikesan negatif; dan
  • 127 individu masih menunggu keputusan.
  • KLUSTER BERENDAM

Kluster baharu ini melibatkan daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah di negeri Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-32489, kes ke-39353, dan kes ke-39354) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu-individu bergejala pada 30  Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak lima (5) lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Melaka.

Sehingga 8 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 1,861 individu telah disaring, di mana:

  • Lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu);
  • 109 individu dikesan negatif; dan
  • 1,744 individu masih menunggu keputusan.

PERKHIDMATAN SARINGAN COVID-19 OLEH SEKTOR SWASTA

KKM maklum bahawa sejajar dengan peningkatan kes COVID-19 kebelakangan ini, permintaan dari orang perseorangan serta majikan untuk mendapatkan perkhidmatan saringan COVID-19 secara sukarela telah turut meningkat, termasuk pelbagai promosi berkaitan. Secara amnya, saringan COVID-19 merangkumi proses pengambilan sampel dari pesakit dan juga proses ujian ke atas sampel tersebut.

Kementerian ingin menegaskan bahawa di sektor swastaproses pengambilan sampel hanya boleh dijalankan di fasiliti berikut iaitu:

  1. Klinik perubatan swasta (private medical clinic);
  2. Pusat jagaan ambulatori swasta (ambulatory care centre); atau
  3. Hospital swasta.

Manakala bagi penyediaan health screening booth secara on-site di tempat selain di fasiliti di atas (misalnya di kilang, dewan orang ramai atau bangunan pejabat), perkhidmatan ini hanya boleh ditawarkan oleh pihak klinik perubatan swasta.

Bagi proses pengujian sampel yang telah diperolehi, ia boleh diproses di fasilti kesihatan itu sendiri atau dihantar ke mana-mana makmal perubatan swasta diakreditasi KKM, bergantung kepada kemudahan yang tersedia di tempat pengambilan sampel dan juga jenis saringan yang dijalankan (RTK Ag/RT-PCR). Setiap fasiliti berkaitan yang menawarkan perkhidmatan saringan COVID-19, dan semua makmal yang menjalankan ujian ke atas sampel tersebut, perlu mematuhi setiap syarat dan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh KKM. Ini bagi memastikan aspek keselamatan pesakit dan petugas kesihatan serta kualiti perkhidmatan yang ditawarkan tidak dikompromi.

KKM memuji inisiatif majikan yang mengambil inisiatif menjalankan saringan bagi pekerja mereka. Namun KKM ingin meminta kerjasama majikan dan orang ramai untuk memastikan bahawa mereka hanya berurusan dengan penyedia perkhidmatan saringan COVID-19 yang mematuhi ketetapan syarat dan garis panduan KKM.

Senarai kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta yang menawarkan perkhidmatan saringan COVID-19 boleh dirujuk di laman sesawang KKM, laman sesawang Bahagian Amalan Perubatan http://medicalprac.moh.gov.my/v2/ serta dalam aplikasi MySejahtera.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

8 November 2020 @ 6.00 petang.

 

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 8 NOVEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH 524 20,422
SELANGOR 148 (12) 6,149
W.P. KUALA LUMPUR 11 3,175
KEDAH 3 2,209
NEGERI SEMBILAN 104 2,053
PULAU PINANG 18 1,360
SARAWAK 2 987
W.P. LABUAN 24 (1) 983
JOHOR 1 931
PERAK 7 596
PAHANG 0 395
MELAKA 5 327
TERENGGANU 1 225
KELANTAN 2 186
W.P. PUTRAJAYA 2 173
 PERLIS 0 38
JUMLAH KESELURUHAN 852 (13) 40,209

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif Pada Hari Ini

(8 November 2020)

Bil. Kluster Negeri Daerah Kes Baharu Jumlah Kes Jumlah Yang Disaring Kes Aktif (Kes ICU) Jumlah Sembuh Jumlah Kematian
1 Lengkuk Selangor, Negeri Sembilan Sepang, Seremban, Port Dickson, Rembau 69 138 499 134 (0) 4 0
2 Penjara Sandakan Sabah Sandakan 34 421 1,012 421 (1) 0 0
3 Benteng LD Sabah Lahad Datu, Tawau, Sandakan, Kinabatangan, Tuaran 18 1,145 16,543 140 (0) 1,004 1
4 Kaya Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Melaka, Selangor, Johor Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Lembah Pantai, Cheras, Kepong, Putrajaya, Melaka Tengah, Sepang, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat, Kluang 13 557 2,084 204 (2) 353 0
5 Hentian Selangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri Sembilan Hulu Langat, Petaling, Sepang, Klang, Cheras, Titiwangsa, Putrajaya, Seremban 11 417 2,254 302 (1) 115 0
6 Cergas Negeri Sembilan Seremban 10 117 1,048 113 (0) 4 0
7 Penjara Kepayan Sabah Kota Kinabalu, Papar, Penampang, Sipitang 9 1,821 3,950 635 (1) 1,186 0
8 Penjara
Seberang Perai
Pulau Pinang Seberang Perai Selatan 7 489 3,167 225 (0) 264 0
9 Usaha Selangor, WP Kuala Lumpur Klang, Petaling, Kuala Langat, Titiwangsa, Lembah Pantai 7 168 212 160 (1) 8 0
10 Jalan Bomba Sabah Sandakan 7 61 335 17 (0) 42 2
11 Rengas Perak Kuala Kangsar 7 51 310 51 (0) 0 0
12 Mampulut Sabah Keningau 6 46 358 46 (0) 0 0
13 Ria-30 Sabah Tuaran 5 24 554 24 (0) 0 0
14 Bayan Pulau Pinang, Kedah, Perak Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Bandar Baharu, Kubang Pasu, Kuala Muda, Kulim, Kota Setar, Kerian, Larut Matang & Selama 4 120 2,245 75 (4) 45 0
15 Permatang Kedah, Pulau Pinang, Perak Kulim, Langkawi, Kota Setar, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara, Timur Laut, Seberang Perai Selatan, Kinta 4 42 1,150 41 (1) 0 1
16 Intan Pulau Pinang, Kedah Timur Laut, Kuala Muda 4 35 309 31 (1) 4 0
17 Jernih Negeri Sembilan Seremban 4 23 122 10 (0) 13 0
18 Mesra Sabah Sandakan 3 142 173 70 (0) 71 1
19 Bah Manggis Sabah, Selangor, Negeri Sembilan Tawau, Kuala Langat, Klang, Gombak, Sepang, Seremban, Port Dickson 3 137 2,074 65 (0) 72 0
20 Merpati Selangor, WP Kuala Lumpur Sepang, Gombak, Kuala Langat, Cheras, Kepong 3 52 139 6 (0) 46 0
21 Teduh Sabah Lahad Datu 3 49 2,783 8 (0) 41 0
22 Tapak Bina Damanlela WP Kuala Lumpur, Selangor Kepong, Titiwangsa, Lembah Pantai, Gombak, Kuala Selangor, Petaling 3 22 317 22 (0) 0 0
23 Teratai Selangor Klang, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat 2 76 110 76 (0) 0 0
24 Gedong Negeri Sembilan, Selangor, Johor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya Seremban, Port Dickson, Rembau, Petaling, Johor Bahru, Cheras, Lembah Pantai, Putrajaya 2 50 623 40 (0) 10 0
25 Keladi Selangor Klang, Kuala Langat 2 49 350 11 (0) 38 0
26 Telipok Sabah Kota Kinabalu, Tuaran 2 16 148 9 (0) 7 0
27 Seridana WP Putrajaya Putrajaya 2 14 76 13 (0) 1 0
28 PTS Tawau Sabah Tawau 1 600 1,671 595 (0) 4 1
29 Rumah Merah Sabah Kota Kinabalu 1 416 1,796 415 (2) 1 0
30 Tenaga WP Labuan Labuan 1 102 229 102 (0) 0 0
31 Makekar Terengganu, Selangor Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu, Marang, Besut, Kuala Nerus, Klang 1 62 2,428 51 (0) 11 0
32 Titian WP Labuan Labuan 1 46 530 31 (0) 15 0
33 Taman Bunga Negeri Sembilan Seremban, Kuala Pilah, Jelebu, Jempol 1 42 855 16 (0) 26 0
34 Palma Selangor, WP Kuala Lumpur Gombak, Hulu Selangor, Kepong 1 22 116 3 (0) 19 0

(Visited 7 times, 1 visits today)

COMMENTS