COVID -19: 900 sembuh, 1,304 kes baharu, 1 kematian hari ini
COVID -19: 900 sembuh, 1,304 kes baharu, 1 kematian hari ini

COVID -19: 900 sembuh, 1,304 kes baharu, 1 kematian hari ini

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 900 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 32,969 kes (73.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Pecahan kes yang sembuh adalah seperti berikut:

  • Sabah (447 kes);
  • Selangor (154 kes);
  • Pulau Pinang (113 kes);
  • Negeri Sembilan (82 kes);
  • Wilayah Persekutuan Labuan (75 kes);
  • Kedah (14 kes);
  • Terengganu (6 kes);
  • Sarawak (3 kes);
  • Johor (3 kes); dan
  • Perak (3 kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Secara keseluruhannya, sehingga 13 November 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 1,304 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 45,095 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 11,822 kes.

Untuk makluman, negeri Sabah mencatatkan sebanyak 556 kes (42.6 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada hari ini. Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 567 kes iaitu peningkatan sebanyak 2.5 kali ganda berbanding 224 kes positif semalam. Negeri Selangor melaporkan 364 kes pada hari ini (27.9 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 202 kes (15.5 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes positif yang dilaporkan pada hari ini. Daripada 567 kes yang dilaporkan di negeri-negeri di Lembah Klang, sebanyak 488 kes (86.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster .

Pada hari ini, sebanyak 33 kes (2.5 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara. Ini melibatkan Kluster Penjara Seberang Perai (20 kes), Kluster Penjara Kepayan (8 kes), Kluster Rumah Merah (3 kes) dan Kluster Tembok (2 kes).

Ingin dimaklumkan daripada 1,304 kes baharu pada hari ini, terdapat empat (4) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Kesemua kes melibatkan warganegara yang tiba dari negara:

  • Arab Saudi (3 kes); dan
  • Mesir (1 kes).

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 556 kes
    • 188 kes daripada kluster-kluster, termasuk 51 kes daripada kluster baharu iaitu  Kluster Bonggaya dan Kluster Jambatan B;
    • 233 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 135 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 361 kes
    • 292 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 41 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 201 kes
    • 196 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 83 kes
    • 63 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 42 kes
    • 28 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 13 kes
    • 11 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Abell; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 13 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 13 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster BMU.
  • Kedah: Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • KelantanLima (5) kes
    • Empat (4) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI).
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Empat (4) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sehingga kini, terdapat 96 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 39 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 304 kes (0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. Kematian Kes No. Negeri Jantina (warganegara) Umur (tahun) Hospital Latar Belakang
304 42308 Sabah Lelaki (WN) 70 Hospital Tuaran Penyakit darah tinggi

*WN merujuk kepada warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.

KLUSTER YANG DIISYTIHAR TAMAT

KKM ingin memaklumkan bahawa tiga (3) kluster diisytiharkan tamat pada hari ini.

  •  KLUSTER SELASIH

Kluster ini melibatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya, negeri Selangor, Johor dan Negeri Sembilan. Sehingga 13 November 2020, seramai 290 individu telah disaring di mana 20 kes dikesan positif COVID-19 manakala 270 individu lagi adalah negatif. Tiada kematian dilaporkan bagi kluster ini.

  • KLUSTER BAH PENGKALAN

Kluster ini melibatkan negeri Perak. Sehingga 13 November 2020, seramai 354 individu telah disaring di mana enam (6) kes dikesan positif COVID-19 manakala 348 individu lagi adalah negatif. Tiada kematian dilaporkan bagi kluster ini.

  • KLUSTER BAH PASIR

Kluster ini melibatkan Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Sehingga 13 November 2020, seramai 90 individu telah disaring di mana lima (5) kes telah dikesan positif COVID-19 manakala 85 individu lagi adalah negatif. Tiada kematian dilaporkan bagi kluster ini.

EMPAT (4) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat empat (4) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

  • KLUSTER BONGGAYA

Kluster baharu ini  melibatkan daerah Sandakan di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-28154) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan komuniti pada 27 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 45 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes ini telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19  Berisiko Rendah, Dewan Kompleks Sukan Sibuga, Sandakan.

Sehingga 13 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 243 individu telah disaring, di mana:

  • 46 kes dikesan positif COVID-19 (33 kes baharu);
  • 123 individu dikesan negatif; dan
  • 74 individu masih menunggu keputusan.
  • KLUSTER JAMBATAN B

Kluster baharu ini  melibatkan di daerah Sandakan di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-20105) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 17 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Saringan kontak rapat dan komuniti setempat telah mengesan sebanyak 52 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah COVID-19, Dewan Kompleks Sukan Sibuga, Sandakan.

Sehingga 13 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 201 individu telah disaring, di mana:

  • 53 kes dikesan positif COVID-19 (18 kes baharu);
  • 118 individu dikesan negatif; dan
  • 30 individu masih menunggu keputusan.
  •  KLUSTER ABELL

Kluster baharu ini  melibatkan daerah Kuching di negeri Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-42016) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kendiri pada 10 November 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 13 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.

Sehingga 13 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 70 individu telah disaring, di mana:

  • 14 kes dikesan positif COVID-19 (10 kes baharu);
  • 13 individu dikesan negatif; dan
  • 43 individu masih menunggu keputusan.
  • KLUSTER BMU

Kluster baharu ini  melibatkan daerah Jasin di negeri Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-45077) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 11 November 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Melaka. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak sembilan (9) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 13 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 69 individu telah disaring, di mana:

  • 10 kes dikesan positif COVID-19 (10 kes baharu); dan
  • 59 individu masih menunggu keputusan.

PENINGKATAN KES BAGI KLUSTER BERKAITAN TEMPAT KERJA

Ingin dimaklumkan daripada 158 kluster aktif COVID-19 yang dilaporkan, sebanyak 65 kluster (41.1 peratus) adalah berkaitan dengan tempat kerja termasuk dua (2) kluster baharu diumumkan pada hari ini. Sebanyak 5,681 kes positif COVID-19 yang berkaitan kluster tempat kerja adalah melibatkan 3,369 (59.3 peratus) warganegara dan 2,312 (40.7 peratus) bukan warganegara. Ini adalah hasil tindakan proaktif majikan yang turut sama menjalankan saringan COVID-19 terhadap pekerja-pekerja mereka.

KKM amat berterima kasih dan ingin menyampaikan penghargaan kepada majikan dalam bersama-sama membantu mengesan kes-kes positif di kalangan warga kerja. Tindakan ini dapat mengekang penularan COVID-19 dalam komuniti dan seterusnya membantu KKM dalam menjalankan aktiviti kesihatan awam. Hal ini sekaligus dapat melindungi individu-individu yang berisiko tinggi, warga emas dan kanak-kanak daripada dijangkiti COVID-19.

Warga pekerja juga diseru untuk mematuhi Prosedur Amalan Standard (SOP) yang telah ditetapkan dan sentiasa mengamalkan kawalan kendiri  bagi membendung penularan COVID-19 di tempat kerja. Majikan dan warga pekerja hendaklah sentiasa memastikan persekitaran tempat kerja dan kawasan gunasama (misalnya tandas, dapur dan pantri) yang bersih dan selamat bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Selain daripada itu, pihak majikan juga diingatkan untuk memastikan pekerja mereka mematuhi segala SOP yang ditetapkan termasuk menjaga kebersihan di kawasan penginapan dan tempat tinggal. Didapati risiko penularan adalah tinggi bagi kawasan penginapan yang sesak dan sempit.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

Di kesempatan ini, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali bagi semua penganut agama Hindu dengan ucapan “Deepavali Valthukkal”. Adalah diingatkan, dalam kemeriahan menyambut pesta cahaya, Prosedur Amalan Standard (SOP) jangan dilupakan.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

13 November 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 13 NOVEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH 556 22,323
SELANGOR 364 (3) 7,239
W.P. KUALA LUMPUR 202 (1) 3,488
NEGERI SEMBILAN 83 3,002
KEDAH 5 2,245
PULAU PINANG 42 1,552
W.P. LABUAN 4 1,139
SARAWAK 13 1,032
JOHOR 3 970
PERAK 13 695
PAHANG 0 395
MELAKA 13 359
TERENGGANU 0 225
KELANTAN 5 205
W.P. PUTRAJAYA 1 186
 PERLIS 0 40
JUMLAH KESELURUHAN 1,304 (4) 45,095

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif

(13 November 2020)

Bil. Kluster Negeri Daerah Kes Baharu Jumlah Kes Jumlah Yang Disaring Kes Aktif (Kes ICU) Jumlah Sembuh Jumlah Kematian
1 Tapak Bina Damanlela WP Kuala Lumpur, Selangor Kepong, Titiwangsa, Lembah Pantai, Cheras, Gombak, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat 191 282 2,366 280 (0) 2 0
2 Hentian Selangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri Sembilan   Hulu Langat, Petaling, Sepang, Klang, Gombak, Kuala Langat, Cheras, Titiwangsa, Putrajaya, Seremban   164 662 7,130 314 (0) 348 0
3 Perigi Selangor Klang 82 187 356 183 (0) 4 0
4 Karamunting Sabah Sandakan 31 52 61 47 (0) 5 0
5 Cergas Negeri Sembilan, Kelantan Seremban, Rembau, Port Dickson, Pasir Puteh 30 754 3,316 714 (0) 40 0
6 Kaya Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Melaka, Selangor, Johor   Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Lembah Pantai, Cheras, Kepong, Putrajaya, Melaka Tengah, Sepang, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat, Kluang, Kota Tinggi   27 781 2,847 340 (0) 441 0
7 Lengkuk Selangor, Negeri Sembilan Sepang, Hulu Langat, Petaling, Seremban, Port Dickson, Rembau, Jelebu, Kuala Pilah 21 261 1,124 217 (0) 44 0
8 Penjara
Seberang Perai
Pulau Pinang Seberang Perai Selatan 20 535 3,182 154 (2) 381 0
9 Ria-30 Sabah Tuaran 19 112 1,090 106 (0) 6 0
10 Saga Sabah Kota Kinabalu 19 29 61 29 (0) 0 0
11 Mesra Sabah Sandakan 17 166 176 64 (0) 101 1
12 Usaha Selangor, WP Kuala Lumpur, Johor Klang, Petaling, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sepang, Titiwangsa, Lembah Pantai, Segamat 12 264 630 190 (0) 74 0
13 Penjara Kepayan Sabah Kota Kinabalu, Papar, Penampang, Sipitang 8 1,842 3,966 199 (0) 1,643 0
14 Teratai Selangor Klang, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat 7 111 568 100 (0) 11 0
15 Rengas Perak, Pulau Pinang, Kedah Kuala Kangsar, Seberang Perai Selatan, Kulim 6 121 682 119 (0) 2 0
16 Buntar Kedah, Perak, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Johor, Selangor, Pulau Pinang Kuala Muda, Kerian, Kinta, Larut Matang & Selama, Batang Padang, Hilir Perak, Kampar, Kepong, Putrajaya, Batu Pahat, Johor Bahru, Petaling, Sepang, Seberang Perai Selatan 6 86 1,222 34 (0) 52 0
17 Liawan Sabah Keningau 6 35 105 35 (0) 0 0
18 Intan Pulau Pinang, Kedah Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Kuala Muda 4 101 1,408 96 (0) 5 0
19 Jaya Negeri Sembilan, Selangor Seremban, Sepang 4 92 322 31 (0) 61 0
20 Sutera Sabah Kota Kinabalu 4 50 276 48 (0) 2 0
21 Kube Kelantan Kota Bharu, Tanah Merah 4 16 539 16 (0) 0 0
22 Rumah Merah Sabah Kota Kinabalu 3 423 1,796 66 (0) 357 0
23 Mampulut Sabah Keningau 3 81 667 75 (0) 6 0
24 Tanamera Sabah Tawau, Tuaran 3 81 160 46 (0) 35 0
25 Taman Bunga Negeri Sembilan Seremban, Kuala Pilah, Jelebu, Jempol 3 53 1,388 19 (0) 34 0
26 Dialisis Sabah Lahad Datu 3 46 142 28 (0) 18 0
27 Berendam Melaka, Johor Alor Gajah, Melaka Tengah, Tangkak 3 29 2,404 28 (0) 1 0
28 Tembok Kedah, Perak Kota Setar, Baling, Kuala Muda, Sungai Petani, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Larut Matang & Selama 2 1,787 9,346 223 (4) 1,559 5
29 Bah Tropicana Selangor, WP Kuala Lumpur Petaling, Gombak, Klang, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong, Cheras 2 74 929 16 (0) 58 0
30 Permatang Kedah, Pulau Pinang, Perak, Perlis Kulim, Langkawi, Kota Setar, Bandar Baharu, Kuala Muda, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara, Timur Laut, Seberang Perai Selatan, Kinta, Arau 2 66 1,536 60 (0) 5 1
31 Tinusa Sabah Sandakan 2 38 589 8 (0) 29 1
32 Taman Laut Selangor Petaling 2 30 124 4 (0) 26 0
33 Tatahan Sabah Kota Kinabalu 2 20 32 17 (0) 2 1
34 Danau WP Kuala Lumpur Titiwangsa 2 15 1,674 7 (0) 8 0
35 Saguking WP Labuan Labuan 1 379 3,539 145 (0) 233 1
36 Utama Selangor, Melaka, WP Kuala Lumpur Gombak, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor, Sepang, Alor Gajah, Lembah Pantai, Titiwangsa, Kepong, Cheras 1 270 1,227 40 (0) 230 0
37 Keladi Selangor Klang, Kuala Langat 1 55 355 9 (0) 46 0
38 Limbungan WP Labuan Labuan 1 53 383 21 (0) 32 0
39 Bah Medan Selangor Sepang 1 45 399 12 (0) 33 0
40 Wisma Saberkas Sarawak Kuching 1 42 1,245 30 (0) 12 0
41 Nahaba Sabah Kota Belud 1 33 642 33 (0) 0 0
42 Ikhtisas Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan Petaling, Klang, Jeli, Seremban 1 25 375 13 (0) 12 0
43 Tembaga Pulau Pinang Timur Laut, Barat Daya 1 15 174 5 (0) 10 0

(Visited 5 times, 1 visits today)

COMMENTS