COVID-19: 996 pulih, 919 kes baharu, satu kematian dilapor hari ini
COVID-19: 996 pulih, 919 kes baharu, satu kematian dilapor hari ini

COVID-19: 996 pulih, 919 kes baharu, satu kematian dilapor hari ini

PUTRAJAYA, 12 Nov — Sejumlah 996 pesakit sembuh daripada wabak COVID-19 iaitu lebih tinggi berbanding 919 kes baharu yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam di negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 32,069 kes, manakala bilangan kes aktif dengan kebolehjangkitan mencatat 11,419 kes.

Menurut beliau, daripada 919 kes baharu hari ini, 916 merupakan kes penularan dalam negara, sementara bakinya kes import.

Bagi penularan tempatan, Sabah terus mencatat kes baharu tertinggi dengan 318 kes, diikuti Negeri Sembilan (240), Selangor (174), Pulau Pinang (63) dan Kuala Lumpur (47).

“Lain-lain negeri pula melibatkan Labuan sebanyak 35 kes, Perak (sembilan) Sarawak, Johor dan Melaka masing-masing lapan, Kedah (tiga), Kelantan (dua) dan Putrajaya (satu),” katanya pada sidang media harian COVID-19 hari ini.

— BERNAMA

 

MAKLUMAT PENUH COVID-19

 

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 996 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 32,069 kes (73.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Pecahan kes yang sembuh adalah seperti berikut:

  • Sabah (543 kes);
  • Selangor (225 kes);
  • Pulau Pinang (108 kes);
  • Wilayah Persekutuan Labuan (42 kes);
  • Negeri Sembilan (38 kes);
  • Sarawak (20 kes);
  • Kedah (12 kes);
  • Perak (4 kes);
  • Terengganu (3 kes); dan
  • Melaka (1 kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Secara keseluruhannya, sehingga 12 November 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 919 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 43,791 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 11,419 kes.

Untuk makluman, negeri Sabah mencatatkan sebanyak 319 kes (34.7 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada hari ini. Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 224 kes (24.4 peratus) daripada jumlah keseluruhan. Manakala Negeri Sembilan pula mencatat 240 kes (26.1 peratus) di mana 236 kes daripadanya adalah daripada kluster-kluster sedia ada.

Sebanyak 13 kes (1.4 peratus) yang dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara. Ini melibatkan Kluster Penjara Seberang Perai (12 kes) dan Kluster PTS Tawau (1 kes).

Ingin dimaklumkan daripada 919 kes baharu pada hari ini, terdapat tiga (3) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Kes-kes tersebut melibatkan dua (2) warganegara dan satu (1) bukan warganegara yang tiba dari negara:

  • Indonesia (1 kes);
  • Nigeria (1 kes); dan
  • Arab Saudi (1 kes).

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 318 kes
    • 56 kes daripada kluster-kluster, termasuk 27 kes daripada kluster baharu iaitu  Kluster Teluk;
    • 143 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 119 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 240 kes
    • 236 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 174 kes
    • 122 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 37 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 63 kes
    • 55 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 47 kes
    • 39 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 35 kes
    • 20 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 13 daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: Lapan (8) kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak:  Sembilan (9) kes
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Johor: Lapan (8) kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI).
  • Melaka: Lapan (8) kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Kedah: Tiga (3) kes
    • Dua (2) kesdaripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • KelantanDua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sehingga kini, terdapat 92 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 35 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 303 kes (0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. Kematian Kes No. Negeri Jantina (warganegara) Umur (tahun) Hospital Latar Belakang
303 42102 Sabah Lelaki (BWN) 66 Hospital Tawau

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga beliau.

KLUSTER YANG DIISYTIHAR TAMAT

KKM ingin memaklumkan bahawa tiga (3) kluster diisytiharkan tamat pada hari ini.

  •  KLUSTER PULAU

Kluster ini melibatkan negeri Sabah. Sehingga 12 November 2020, seramai 1,036 individu telah disaring di mana 53 kes yang dikesan positif COVID-19 manakala 983 individu lagi adalah negatif. Tiada kematian dilaporkan bagi kluster ini.

  • KLUSTER BAH ROSE

Kluster ini melibatkan negeri Kedah dan Pulau Pinang. Sehingga 12 November 2020, seramai 563 individu telah disaring di mana 11 kes yang dikesan positif COVID-19 manakala 552 individu lagi adalah negatif. Tiada kematian dilaporkan bagi kluster ini.

  • KLUSTER BAH KETIL

Kluster ini melibatkan negeri Kedah. Sehingga 12 November 2020, seramai 490 individu telah disaring di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 manakala 475 individu lagi adalah negatif. Tiada kematian dilaporkan bagi kluster ini.

KLUSTER BAHARU : KLUSTER TELUK

KKM ingin memaklumkan terdapat satu (1) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu Kluster Teluk. Kluster ini  melibatkan daerah Kota Kinabalu di Sabah. Tiga kes indeks bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 9 dan 10 November 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 27 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah Bangunan Kompleks Sukan Likas

Sehingga 12 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 128 individu telah disaring, di mana:

  • 30 kes dikesan positif COVID-19 (27 kes baharu);
  • 97 individu dikesan negatif; dan
  • Satu (1) individu masih menunggu keputusan.

HARI DIABETES SEDUNIA: “DIABETES: JURURAWAT NADI PERUBAHAN”

Pada hari Sabtu ini, bersamaan dengan 14 November 2020, kita akan menyambut Hari Diabetes Sedunia iaitu serentak dengan sambutan Hari Deepavali. Dalam pada kita memerangi COVID-19, harus diingat bahawa penyakit tidak berjangkit juga perlu dikawal. Sehingga kini, terdapat seramai 3.8 juta orang dewasa menghidap diabetes di Malaysia. Jururawat memainkan peranan sangat penting dalam aktiviti pencegahan, saringan, rawatan serta pemulihan pesakit diabetes. Bagi menghargai mereka, tema Hari Diabetes pada tahun ini ialah “Diabetes: Jururawat Nadi Perubahan”.

Dalam pada meraikan sambutan Hari Deepavali, jangan lupa untuk makan secara berhemah, patuhi SOP yang telah ditetapkan dan juga menjalani saringan kesihatan. Dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya, bermula pada jam 7.00 malam ini sehingga 15 November 2020, “LightUpBlue@Putrajaya” akan berlangsung di mana bangunan-bangunan dan persekitaran di Putrajaya akan dilimpahi dengan cahaya biru, sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada para jururawat dan lain-lain petugas barisan hadapan yang terus cekal dalam memberikan penjagaan penyakit diabetes dan penyakit-penyakit kronik yang lain terutama dalam waktu mencabar ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

12 November 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 12 NOVEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH 319 (1) 21,767
SELANGOR 174 6,875
W.P. KUALA LUMPUR 49 (2) 3,286
NEGERI SEMBILAN 240 2,919
KEDAH 3 2,240
PULAU PINANG 63 1,510
W.P. LABUAN 35 1,135
SARAWAK 8 1,019
JOHOR 8 967
PERAK 9 682
PAHANG 0 395
MELAKA 8 346
TERENGGANU 0 225
KELANTAN 2 200
W.P. PUTRAJAYA 1 185
 PERLIS 0 40
JUMLAH KESELURUHAN 919 (3) 43,791

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif

(12 November 2020)

Bil. Kluster Negeri Daerah Kes Baharu Jumlah Kes Jumlah Yang Disaring Kes Aktif (Kes ICU) Jumlah Sembuh Jumlah Kematian
1 Cergas Negeri Sembilan, Kelantan Seremban, Rembau, Port Dickson, Pasir Puteh 221 724 3,092 699 (0) 25 0
2 Kaya Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Melaka, Selangor, Johor Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Lembah Pantai, Cheras, Kepong, Putrajaya, Melaka Tengah, Sepang, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat, Kluang, Kota Tinggi 51 754 2,590 331 (1) 423 0
3 Tapak Bina Damanlela WP Kuala Lumpur, Selangor Kepong, Titiwangsa, Lembah Pantai, Cheras, Gombak, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat 30 91 2,104 91 (0) 0 0
4 Bayan Pulau Pinang, Kedah, Perak Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Bandar Baharu, Kubang Pasu, Kuala Muda, Kulim,Kota Setar, Kerian,Larut Matang & Selama 21 149 3,303 77 (3) 72 0
5 Jaya Negeri Sembilan, Selangor Seremban, Sepang 20 88 229 38 (0) 50 0
6 Usaha Selangor, WP Kuala Lumpur, Johor Klang, Petaling, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sepang, Titiwangsa, Lembah Pantai, Segamat 19 252 620 212 (0) 40 0
7 Ria-30 Sabah Tuaran 18 93 966 93 (0) 0 0
8 Penjara
Seberang Perai
Pulau Pinang Seberang Perai Selatan 12 515 3,182 219 (0) 296 0
9 Lengkuk Selangor, Negeri Sembilan Sepang, Hulu Langat, Petaling, Seremban, Port Dickson, Rembau, Jelebu, Kuala Pilah 12 226 1,063 191 (0) 35 0
10 Intan Pulau Pinang, Kedah Timur Laut, Barat Daya, Kuala Muda 12 97 1,130 95 (1) 2 0
11 Permatang Kedah, Pulau Pinang, Perak, Perlis Kulim, Langkawi, Kota Setar, Bandar Baharu, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara, Timur Laut, Seberang Perai Selatan, Kinta, Arau 12 64 1,506 59 (3) 4 1
12 Titian WP Labuan Labuan 11 61 530 30 (0) 31 0
13 Hentian Selangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri Sembilan Hulu Langat, Petaling, Sepang, Klang, Gombak, Cheras, Titiwangsa, Putrajaya, Seremban 9 498 2,306 201 (2) 297 0
14 Teratai Selangor Klang, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat 8 104 225 102 (0) 2 0
15 Berendam Melaka, Johor Alor Gajah, Melaka Tengah, Tangkak 7 26 2,404 25 (0) 1 0
16 Utama Selangor, Melaka, WP Kuala Lumpur Gombak, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor, Sepang, Alor Gajah, Lembah Pantai, Titiwangsa, Kepong, Cheras 5 269 1,227 40 (0) 229 0
17 Perigi Selangor Klang 5 105 151 103 (0) 2 0
18 Seri Terapi WP Kuala Lumpur, Melaka, Selangor Kepong, Alor Gajah, Gombak 5 23 484 22 (1) 1 0
19 Tenaga WP Labuan Labuan 4 111 229 72 (0) 39 0
20 Buntar Kedah, Perak, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Johor, Selangor, Pulau Pinang Kuala Muda, Kerian, Kinta, Larut Matang & Selama, Batang Padang, Hilir Perak, Kampar, Kepong, Putrajaya, Batu Pahat, Johor Bahru, Petaling, Sepang, Seberang Perai Selatan 4 80 1,222 27 (1) 53 0
21 Telipok Sabah Kota Kinabalu, Tuaran 4 22 164 11 (0) 11 0
22 Danau WP Kuala Lumpur Titiwangsa 4 13 1,672 10 (0) 3 0
23 Bina Labuan WP Labuan Labuan 3 49 214 30 (0) 18 1
24 Padang Johor Kota Tinggi 3 16 745 16 (0) 0 0
25 Saguking WP Labuan Labuan 2 378 3,539 168 (0) 209 1
26 Rengas Perak, Pulau Pinang Kuala Kangsar, Seberang Perai Selatan 2 115 513 114 (0) 1 0
27 Keladi Selangor Klang, Kuala Langat 2 54 354 8 (0) 46 0
28 Taman Bunga Negeri Sembilan Seremban, Kuala Pilah, Jelebu, Jempol 2 50 1,386 18 (0) 32 0
29 Bah Medan Selangor Sepang 2 44 399 27 (0) 17 0
30 Wisma Saberkas Sarawak Kuching 2 41 1,192 37 (0) 4 0
31 Nahaba Sabah Kota Belud 2 32 462 32 (0) 0 0
32 PTS Tawau Sabah Tawau 1 612 1,671 75 (0) 535 2
33 Greenhill Sarawak Kuching, Miri, Bintulu 1 88 1,486 42 (0) 46 0
34 Bah Tropicana Selangor, WP Kuala Lumpur Petaling, Gombak, Klang, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong, Cheras 1 72 908 16 (0) 56 0
35 Jernih Negeri Sembilan Seremban, Port Dickson 1 36 124 20 (0) 16 0
36 Merbok Selangor Kuala Langat, Klang, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor 1 35 765 13 (0) 22 0
37 Lintas Sabah Kota Kinabalu 1 14 33 1 (0) 13 0
38 Kube Kelantan Kota Bharu, Tanah Merah 1 12 434 12 (0) 0 0
39 Haven Sabah Lahad Datu 1 12 150 12 (0) 0 0
40 Saga Sabah Kota Kinabalu 1 10 56 10 (0) 0 0
41 Sepanggar Sabah Kota Kinabalu 1 9 95 7 (0) 2 0

(Visited 3 times, 1 visits today)

COMMENTS