Covid-19: Enam lagi kematian, 8 kluster baru dicatat hari ini
Covid-19: Enam lagi kematian, 8 kluster baru dicatat hari ini

Covid-19: Enam lagi kematian, 8 kluster baru dicatat hari ini

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 21 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 732 kes baharu telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 22,957 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 7,827 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Negeri Sabah masih mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 535 kes (73.1 peratus). Lebih banyak ujian makmal RT-PCR telah dapat dijalankan di makmal-makmal di negeri Sabah serta dihantar ke Semenanjung Malaysia. Lebih banyak ujian RTK Antigen juga dijalankan di lapangan. Secara keseluruhan, sebanyak 30 kes (4.1 peratus) pada hari ini adalah daripada Kluster Penjara Seberang Perai, Kluster Penjara Kepayan, Kluster Tembok dan Penjara Reman.

Pada hari ini, Selangor mencatatkan pertambahan sebanyak 116 kes (15.8 peratus) dan daripada jumlah itu, 49 kes adalah daripada kluster-kluster sedia dan 11 kes adalah daripada kluster-kluster baharu. Daripada tiga (3) kluster baharu, satu (1) kluster adalah berkaitan dengan sejarah perjalanan pulang dari Sabah.

Ingin dimaklumkan daripada 732 kes baharu yang dilaporkan, terdapat lapan (8) kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara dilaporkan yang melibatkan enam (6) warganegara dan dua (2) bukan warganegara iaitu dari negara:

  • Singapura (3 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
  • Nepal (1 kes di Selangor);
  • Emiriah Arab Bersatu (1 kes di Selangor)
  • Amerika Syarikat (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
  • United Kingdom (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); dan
  • Perancis (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur).

Daripada jumlah keseluruhan kes hari ini, tiga (3) kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah. Ini menjadikan jumlah kes yang dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 454 kes.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 535 kes
    • 254 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 64 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 19 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Basung;
    • Enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Inai;
    • Dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tempayan; dan
    • 190 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 114 kes
    • 49 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 34 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Lapan (8) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Cahaya;
    • Dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Kota;
    • 15 kes daripada saringan tempat kerja;
    • Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Long; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 20 kes
    • Enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Melati;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Long.
  • Pulau Pinang: 12 kes
    • 11 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: Sembilan (9) kes
    • Empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Cahaya;
    • Empat (4) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Sembilan (9) kes
    • Lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bina Labuan;
    • Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: Tujuh (7) kes daripada kluster sedia ada.
  • Perak: Tujuh (7) kes
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Melaka: Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
  • Pahang: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.

Sehingga kini, terdapat 102 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 31 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan enam (6) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 199 kes (0.87 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

 Kes kematian Kes no. Negeri Jantina Umur (tahun) Hospital Latar Belakang
194 22756 Sabah Perempuan WN 71 Hospital Semporna Penyakit barah payudara dan strok
195 22757 Sabah Lelaki WN 65 Hospital Queen Elizabeth Penyakit darah tinggi, kencing manis, Hepatitis B kronik dan penyakit autoimun darah
196 22758 Sabah Lelaki WN 65 Hospital Duchess of Kent Strok
197 22759 Sabah Lelaki WN 55 Hospital Duchess of Kent Penyakit darah tinggi dan kencing manis
198 22760 Sabah Lelaki BWN 27 Hospital Duchess of Kent
199 22943 WP Labuan Lelaki WN 46 Hospital Labuan Penyakit darah tinggi

* WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

LAPAN (8) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat lapan (8) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1) KLUSTER BASUNG

Kluster baharu ini melibatkan sebuah jeti nelayan di daerah Kudat, Sabah. Sebanyak 19 kes dikenal pasti positif COVID-19 dalam kluster ini melalui saringan bersasar ke atas individu yang terlibat dengan perniagaan ikan di daerah Kudat.

Sehingga 21 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 174 individu telah disaring, di mana:

  • 19 kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 148 individu negatif; dan
  • 7 individu masih menunggu keputusan.

2) KLUSTER INAI

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kudat di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-17773) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 14 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di PPR Taman Ehsan, Kota Belud. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti tujuh (7) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 21 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 92 individu telah disaring, di mana:

  • Lapan (8) kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 84 masih menunggu keputusan saringan.

3) KLUSTER TEMPAYAN

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Kinabalu dan  Penampang di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-11619) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 1 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 18 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 21 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 21 individu telah disaring, di mana:

  • 19 kes dikesan positif COVID-19; dan
  • Satu (1) individu negatif; dan
  • Satu (1) individu masih menunggu keputusan.

4) KLUSTER LONG

Kluster baharu ini melibatkan daerah Hulu Langat di negeri Selangor dan Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-16746) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 12 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 17 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 21 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 301 individu telah disaring, di mana:

  • 18 kes dikesan positif COVID-19;
  • 260 individu negatif; dan
  • 23 individu menunggu keputusan.

5) KLUSTER CAHAYA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Petaling di negeri Selangor dan daerah Tampin di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-20394) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 16 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 17 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 21 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 84 individu telah disaring, di mana:

  • 18 kes dikesan positif COVID-19;
  • 3 individu negatif; dan
  • 63 individu masih menunggu keputusan.

6) KLUSTER BAH KOTA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Sepang di negeri Selangor dan Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-17988) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 14 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti sembilan (9) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 21 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 171 individu telah disaring, di mana:

  • 10 kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 161 individu masih menunggu keputusan.

7) KLUSTER MELATI

Kluster baharu ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan daerah Klang di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-18002) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 14 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti lapan (8) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 21 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 24 individu telah disaring, di mana:

  • Sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 15 individu individu masih menunggu keputusan.

8) KLUSTER BINA LABUAN

Kluster baharu ini melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-22943) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kemasukan hospital pada 21 Oktober 2020 dan meninggal dunia pada hari yang sama di Hospital Labuan. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti empat (4) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 21 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 60 individu telah disaring, di mana:

  • Lima (5) kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 55 individu masih menunggu keputusan.

PERKHIDMATAN KESIHATAN MENTAL DAN SOKONGAN PSIKOSOSIAL (MHPSS) BAGI COVID-19

Bagi menangani isu kesihatan mental berkaitan pandemik COVID-19, Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS) telah mewujudkan Talian Sokongan Psikososial. KKM bersama MERCY dan agensi-agensi lain seperti Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (KSK JAKIM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melalui Talian Sokongan Psikososial telah menerima sebanyak 36, 269 panggilan sejak 25 Mac sehingga 19 Oktober 2020. Antara isu-isu yang dialami oleh pemanggil adalah:

  • Isu yang memerlukan sokongan emosi, dan kaunseling, (stres, bimbang, marah, murung) : 50%;
    • Antara sebab-sebab adalah faktor-faktor sosial seperti hilang pekerjaan, tiada pendapatan, masalah hubungan, persepsi negatif orang sekeliling, bimbang dijangkiti, masalah tempat kerja)
  • Maklumat berkaitan COVID-19 : 14.7%;
  • Isu rumahtangga / Keganasan rumah tangga: 8.8%;
  • Keperluan asas / bantuan kewangan / sumbangan : 6.8;
  • Aduan: 3.3%;
  • Masalah psikiatri 2.2%; dan
  • Isu – isu kesihatan : 1.1%.

Menyedari situasi semasa COVID-19 di Sabah, KKM telah mengambil tindakan mempertingkatkan liputan MHPSS khas untuk warga di Sabah terutamanya bagi mereka yang memerlukan sokongan dalam keadaan krisis. Talian ini boleh diakses melalui nombor 088 338088 untuk membantu mereka yang memerlukan khidmat sokongan emosi dan bantuan awal psikologi.

Selain itu, KKM juga menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada anggota barisan hadapan di lapangan bagi mengenalpasti mereka yang mulai mengalami kelesuan minda serta membantu mereka yang dari aspek kesihatan mental. KKM berharap wira dan wirawati negara ini cekal dan terus berjuang menghadapi gelombang ketiga wabak COVID-19 di Malaysia ini.

(Visited 2 times, 1 visits today)

COMMENTS