Covid-19: Kedah sumbang 3 kes baru babitkan kluster Sala dan Tawar
Covid-19: Kedah sumbang 3 kes baru babitkan kluster Sala dan Tawar

Covid-19: Kedah sumbang 3 kes baru babitkan kluster Sala dan Tawar

3 lagi kes baru tempatan Covid-19 dilaporkan hari ini membabitkan 2 kes daripada kluster Sala dan 1 kes daripada kluster Tawar. Sementara itu, kes import mencatatkan 4 kes baru menjadikan keseluruhan 7 kes baru dilaporkan hari ini. Perincian kes seperti dibawah:

PERINCIAN KES BAHARU (7)
KL – 4
1 kes WN pulang dari United Kingdom
1 kes WN pulang dari Bangladesh
2 kes BWN tiba dari Bangladesh
KEDAH – 3
2 kes WN Kluster Sala
1 kes WN Kluster Tawar

STATUS TERKINI KLUSTER TAWAR DAN KLUSTER SALA
KKM ingin memaklumkan status terkini bagi Kluster Tawar dan Kluster Sala yang telah melaporkan kes baharu pada hari ini seperti berikut:

1. Kluster Tawar
1 kes baharu dilaporkan di negeri Kedah, menjadikan jumlah kes dikesan positif COVID-19 bagi kluster ini sebanyak 47 kes. Sehingga 18 Ogos 2020 jam 12.00 tengah hari, seramai 1,490 orang telah disaring dalam kluster ini. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:
i. Kedah (1,195 disaring):
• 40 kes dikesan positif COVID-19;
• 858 individu negatif; dan
• 297 individu masih menunggu keputusan.
ii. Pulau Pinang (286 disaring):
• 7 kes dikesan positif COVID-19;
• 216 individu negatif; dan
• 63 individu masih menunggu keputusan.
iii. Perak (9 disaring):
• 9 individu negatif.

2. Kluster Sala
2 kes baharu dilaporkan di negeri Kedah, menjadikan jumlah kes positif 8 kes. Sehingga 18 Ogos 2020 jam 12.00 tengah hari, seramai 635 orang telah disaring dalam kluster ini. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:
i. Kedah (629 disaring):
• 8 kes dikesan positif COVID-19;
• 479 individu negatif; dan
• 142 individu masih menunggu keputusan.
ii.Pulau Pinang (6 disaring):
• Tiada kes dikesan positif COVID-19;
• 4 individu negatif; dan
• 2 individu masih menunggu keputusan.

Pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan
saringan kontak rapat bagi kedua-dua kluster masih diteruskan. Situasi semasa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

(Visited 2 times, 1 visits today)

COMMENTS