Covid-19: Kedah terus catat pertambahan kes
Covid-19: Kedah terus catat pertambahan kes

Covid-19: Kedah terus catat pertambahan kes

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 26 Ogos 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat enam (6) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,291 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 188 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada enam (6) kes baharu yang dilaporkan, satu (1) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara iaitu negara Singapura yang melibatkan bukan warganegara. Kes import ini dilaporkan di Selangor.

Kesemua lima (5) kes penularan di dalam negara adalah di kalangan warganegara Malaysia di negeri Kedah iaitu:

Tiga (3) kes daripada Kluster Tawar. Kluster ini akan diperincikan di bawah;
Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) di Hospital Sultanah Bahiyah;
Satu (1) kes saringan bergejala di Hospital Sultanah Bahiyah.

Sehingga kini, terdapat sembilan (9) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana enam (6) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes (1.35 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

 

STATUS TERKINI KLUSTER TAWAR DAN INTERVENSI KESIHATAN AWAM

Terdapat tiga (3) kes baharu dilaporkan bagi Kluster Tawar di negeri Kedah, justeru menjadikan jumlah kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini sebanyak 73 kes. Sehingga 26 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 4,051 orang telah disaring dalam kluster ini. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:

Kedah (3,514 disaring):
62 kes dikesan positif COVID-19;
2,884 individu negatif; dan
568 individu masih menunggu keputusan.

Pulau Pinang (526 disaring):
11 kes dikesan positif COVID-19;
513 individu negatif; dan
Dua (2) individu masih menunggu keputusan.

Perak: Kekal 11 saringan, di mana semua adalah negatif. Tiada saringan baharu.

Ingin dimaklumkan bahawa KKM telah menjalankan pelbagai intervensi kesihatan awam termasuk aktiviti-aktiviti pencegahan penularan jangkitan COVID-19. Ianya telah dijalankan dengan kerjasama pelbagai agensi lain. Langkah ini diambil bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19 di dalam kluster ini terutamanya di negeri Kedah yang telah melaporkan 85 peratus daripada kes positif kluster ini. Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut:

  • Mempertingkatkan aktiviti pengesanan kes secara aktif;
  • Mempertingkatkan penguatkuasaan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP);
  • Penutupan sekolah dan premis yang terlibat untuk menjalankan aktiviti nyah kuman dan nyah cemar; dan
  • Mempertingkatkan komunikasi risiko, termasuk memaklumkan situasi terkini COVID-19 kawasan-kawasan yang terjejas melalui media massa.

Aktiviti-aktiviti ini masih diteruskan di lapangan termasuk saringan kontak rapat kes positif COVID-19. Situasi semasa kluster akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sumber: KP Kesihatan Malaysia

(Visited 7 times, 1 visits today)

COMMENTS