Covid-19: Kes baru di Kedah semakin menurun, Sabah masih tinggi
Covid-19: Kes baru di Kedah semakin menurun, Sabah masih tinggi

Covid-19: Kes baru di Kedah semakin menurun, Sabah masih tinggi

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 14 September 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 31 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,946 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 615 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 31 kes baharu yang dilaporkan, tiga (3) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara Ketiga-tiga kes import adalah dari negara Indonesia, iaitu di negeri: 

  • Sabah: Dua (2) kes yang melibatkan warganegara Malaysia; dan
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Satu (1) kes yang melibatkan warganegara Indonesia yang telah memasuki Malaysia pada 31 Ogos 2020. Beliau dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama kerana bergejala dan dikesan positif pada persampelan kedua iaitu pada 13 September 2020.

Daripada 28 kes penularan di dalam negara, 19 kes adalah warganegara Malaysia manakala sembilan (9) kes adalah bukan warganegara. Perincian kes mengikut negeri adalah seperti berikut:

  1. Sabah: 23 kes iaitu:
    • 17 kes daripada Kluster Benteng LD, di mana lapan (8) kes melibatkan bukan warganegara;
    • Satu (1) kes saringan warga emas di Klinik Kesihatan Merotai;
    • Satu (1) kes saringan Severe Acute Respiratory Infection (SARI) di Hospital Lahad Datu;
    • Satu (1) kes saringan pra pembedahan, dan kes dimasukkan ke Hospital Kudat;
    • Satu (1) kes saringan rujukan ke Hospital Tawau;
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat bagi kes ke-9454. Beliau merupakan anak kepada kes ke-9454; dan
    • Satu (1) kes saringan tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kudat.
  2. Negeri Sembilan: Empat (4) kes daripada Kluster Bunga [satu (1) kes bukan warganegara].
  3. Kedah: Satu (1) kes daripada Kluster Sungai.

Kluster-kluster ini akan diperincikan di bawah.

Sehingga kini, terdapat sebelas (11) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana lima (5) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 128 kes (1.29 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KLUSTER BENTENG LD, KLUSTER BUNGA DAN KLUSTER SUNGAI

  1. Kluster Benteng LD

Sehingga 14 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 5,402 individu telah disaring dalam Kluster Benteng LD dan sebanyak 17 kes baharu telah dikesan positif COVID-19. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:

  1. Lahad Datu (1,421 disaring):
    • 89 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
    • 907 individu negatif; dan
    • 425 individu menunggu keputusan.
  2. Tawau (3,981 disaring);
    • 331 kes dikesan positif COVID-19 (16 kes baharu);
    • 915 individu negatif; dan
    • 2,735 individu menunggu keputusan.

Berdasarkan keseluruhan jumlah saringan bagi kluster ini, pecahan saringan melibatkan:

  • 913 banduan dan tahanan di mana 391 kes dikesan positif COVID-19;
  • 987 kakitangan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Lahad Datu dan Penjara Tawau di mana 10 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,234 ahli keluarga kakitangan dan banduan di mana sembilan (9) dikesan positif COVID-19;
  • 881 pegawai agensi kerajaan lain, tiada dikesan positif COVID-19; dan
  • 1,387 kontak sosial di mana 10 dikesan positif COVID-19.

Daripada jumlah 420 kes positif COVID-19, 185 adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 235 adalah bukan warganegara yang melibatkan negara:

  • Filipina (153 kes); dan
  • Indonesia (82 kes).

2. Kluster Bunga

Sehingga 14 September 2020 jam 12 tengah hari, seramai 59                                individu telah disaring dalam kluster ini. Empat (4) kes baharu dilaporkan dalam kluster ini melalui persampelan kedua bagi sejumlah 22 krew kapal yang masih berada di atas kapal yang berlabuh di Port Dickson. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 dalam kluster ini adalah 10 kes. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:

  1.  Selangor (10 individu disaring):
    • Empat (4) kes dikesan positif COVID-19; dan
    • Enam (6) individu negatif.
  2. Negeri Sembilan (45 disaring);
    • Enam (6) kes dikesan positif COVID-19 [empat (4) kes baharu]; dan
    • 39 individu negatif.
  3. Terengganu [empat (4) disaring: semua negatif];

Daripada jumlah saringan dalam kluster, 45 adalah warganegara Malaysia dan 14 adalah bukan warganegara yang terdiri daripada negara;

  • India: enam (6) kes;
  • Filipina: (6) enam kes;
  • Singapura: (1) satu kes; dan
  • Ghana: (1) satu kes.

3. Kluster Sungai

Sehingga 14 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 16,775 individu telah disaring dalam Kluster Sungai dan sebanyak satu (1) kes baharu telah dikesan positif COVID-19. Pecahan jumlah saringan mengikut negeri adalah seperti berikut:

  1. Kedah (16,622 individu disaring):
    • 57 kes dikesan positif COVID-19 [satu (1) kes baharu];
    • 13,834 individu negatif; dan
    • 2,731 individu masih menunggu keputusan.
  2. Pulau Pinang (135 disaring: semua negative;
  3. Perlis (18 individu disaring):
    • Satu (1) kes dikesan positif COVID-19; dan
    • 17 individu negatif.

KEPERLUAN KERJASAMA PENDUDUK SETEMPAT DALAM PENCEGAHAN PENULARAN COVID-19

Susulan peningkatan ketara kes dalam Kluster Sungai dan Kluster Telaga, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran telah dilaksanakan di Daerah Kota Setar, Kedah. Begitu juga bagi kawasan Penjara dan Kuarters Penjara di Tawau. Sementara itu, PKPD juga dilanjutkan di Amanjaya, Sungai Petani, Kedah bagi zon di Zon Melor berikutan keperluan saringan ulangan.

Beberapa kawasan berisiko tinggi dalam Daerah Kota Setar telah dikenalpasti dan saringan masih giat dijalankan kepada penduduk setempat. Setakat ini, proses saringan berjalan lancar dan kerjasama penduduk setempat adalah baik. Justeru, kerjasama semua penduduk diperlukan untuk terus kekal berada di rumah dan hanya keluar rumah untuk urusan perlu sahaja. Penduduk juga dinasihat tidak meninggalkan kawasan yang telah diumumkan sebagai PKPD secara pentadbiran.

KKM berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Kedah dan pihak berwajib daripada pelbagai agensi yang telah bertungkus lumus bersama dengan KKM dalam memastikan urusan di kawasan ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

Sumber: KP Kesihatan Malaysia

(Visited 3 times, 1 visits today)

COMMENTS