Covid-19: Kluster Tawar catat 6 kes baru
Covid-19: Kluster Tawar catat 6 kes baru

Covid-19: Kluster Tawar catat 6 kes baru

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 16 Ogos 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 25 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,200 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 216 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 25 kes baharu yang dilaporkan, 16 kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan 11 warganegara Malaysia dan lima (5) bukan warganegara. 16 kes import tersebut adalah dari negara:

Thailand (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
Hong Kong (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
Indonesia (2 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
India (2 kes di Selangor; 1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
Arab Saudi (3 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
Pakistan (2 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
Yaman (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
Lubnan (1 kes di Selangor);
United Kingdom (1 kes di Selangor); dan
Jepun (1 kes di Selangor).

Terdapat sembilan (9) kes penularan di dalam negara, yang melibatkan tujuh (7) warganegara Malaysia dan dua (2) bukan warganegara.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara di kalangan warganegara Malaysia (7 kes) adalah:

Kedah:
Lima (5) kes daripada Kluster Tawar (situasi terkini kluster ini akan diperincikan di bawah).
Sabah:
Satu (1) kes saringan pra pembedahan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.
Pulau Pinang:
Satu (1) kes saringan Kluster Tawar.
Terdapat dua (2) kes jangkitan dalam negara yang dikesan di kalangan bukan warganegara di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kedua-dua kes ini adalah merupakan saringan rawak di tempat kerja oleh Pejabat Kesihatan Daerah di mana ianya telah melibatkan pekerja kedai makan.

Telah tular di media sosial notis penutupan kedai makan tersebut dan menimbulkan sedikit keresahan di kalangan pelanggan. Pihak Pejabat Kesihatan Daerah akan menjalankan pengesanan kes secara aktif di mana siasatan lanjut dan persampelan akan diambil. Kedai makan tersebut telah ditutup buat sementara waktu bagi tujuan pembersihan dan nyahkuman.

Sehingga kini, terdapat tujuh (7) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana dua (2) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes (1.36 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KLUSTER TAWAR

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat enam (6) kes baharu dilaporkan bagi Kluster Tawar pada hari ini, iaitu lima (5) kes di Kedah dan satu (1) kes di Pulau Pinang. Ini menjadikan jumlah kes dikesan positif COVID-19 bagi kluster ini sebanyak 39 kes.

Perincian terkini Kluster Tawar

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

(Visited 3 times, 1 visits today)

COMMENTS