Covid-19: Lapan lagi sangkut kluster Tawar
Covid-19: Lapan lagi sangkut kluster Tawar

Covid-19: Lapan lagi sangkut kluster Tawar

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 19 Ogos 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 16 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,235 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 185 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 16 kes baharu yang dilaporkan, empat (4) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan semua bukan warganegara. Empat (4) kes import tersebut adalah dari negara:

Bangladesh (3 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); dan
Filipina (1 kes di Wilayah Persekutuan Labuan).
Kesemua 12 kes penularan di dalam negara melibatkan warganegara Malaysia. Perincian kes adalah seperti berikut:

Kedah:
Empat (4) kes daripada Kluster Tawar.
Tiga (3) kes daripada Kluster Sala.
Pulau Pinang: Empat (4) kes daripada Kluster Tawar.
Johor: Satu (1) kes saringan sign-on kapal. Beliau tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.
Sehingga kini, terdapat tujuh (7) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana tiga (3) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes (1.35 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KLUSTER TAWAR DAN KLUSTER SALA

KKM ingin memaklumkan status terkini bagi Kluster Tawar dan Kluster Sala yang telah melaporkan kes baharu pada hari ini seperti berikut:

Kluster Tawar
Lapan (8) kes baharu dilaporkan pada hari ini melibatkan negeri Kedah (4 kes) dan Pulau Pinang (4 kes). Justeru, menjadikan jumlah kes dikesan positif COVID-19 bagi kluster ini sebanyak 55 kes. Sehingga 19 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 1,910 orang telah disaring dalam kluster ini. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:

Kedah (1,560 disaring):
44 kes dikesan positif COVID-19;
1,173 individu negatif; dan
343 individu masih menunggu keputusan.
Pulau Pinang (341 disaring):
11 kes dikesan positif COVID-19;
316 individu negatif; dan
14 individu masih menunggu keputusan.
Perak: Kesemua sembilan (9) individu yang disaring adalah negatif (saringan terakhir pada 17 Ogos 2020).

Kluster Sala
Tiga (3) kes baharu dilaporkan di negeri Kedah, justeru menjadikan jumlah kes positif 11 kes. Sehingga 19 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 668 orang telah disaring dalam kluster ini. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:

Kedah (662 disaring):
11 kes dikesan positif COVID-19;
494 individu negatif; dan
157 individu masih menunggu keputusan.
Pulau Pinang (6 disaring):
Enam (6) individu negatif.
Pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat bagi kedua-dua kluster masih diteruskan. Situasi semasa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sumber: KP Kesihatan Malaysia

(Visited 10 times, 1 visits today)

COMMENTS