COVID-19 : Mohamed Salah positif
COVID-19 : Mohamed Salah positif

COVID-19 : Mohamed Salah positif

Liverpool semakin parah apabila menerima perkhabaran bintang penyerangnya, Mohamed Salah disahkan positif Covid-19.

Perkara itu diumumkan Persatuan Bola Sepak Mesir (EFA) dalam satu kenyataan di Twitter hari ini.

“Ujian swab (calitan) yang dilakukan ke atas pasukan utama Mesir menunjukkan pemain kami, Mohamed Salah yang juga bintang Liverpool dijangkiti Covid-19.

“Ujiannya positif walaupun dia tidak mengalami sebarang gejala,” kata kenyataan itu.

Salah, 28, berada pada prestasi terbaiknya dengan meledak 10 gol daripada 13 penampilan buat Reds musim ini.

Berita terbaharu ini tamparan hebat buat Liverpool yang sudahpun kehilangan Virgil van Dijk dan Joe Gomez akibat kecederaan serius.

Alisson, Joel Matip, Fabinho, Thiago Alcantara dan Trent Alexander-Arnold juga terpaksa diketepikan akibat kecederaan.

Salah pemain ketiga Reds dijangkiti Covid-19 selepas Sadio Mane dan Thiago yang sudah sembuh.

Saingan Liga Perdana Inggeris kini berehat bagi memberi laluan kepada saingan antarabangsa dan Liverpool dijadual kembali beraksi pada 21 November bertemu pendahulu liga, Leicester City.

(Visited 1 times, 1 visits today)

COMMENTS