COVID-19 : Status terkini di Malaysia, 869 kes baharu positif, 6 Kes kematian
COVID-19 : Status terkini di Malaysia, 869 kes baharu positif, 6 Kes kematian

COVID-19 : Status terkini di Malaysia, 869 kes baharu positif, 6 Kes kematian

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 725 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 30,304 kes (72.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Pecahan kes yang sembuh adalah seperti berikut:

  • Sabah (356 kes);
  • Selangor (160 kes);
  • Negeri Sembilan (46 kes);
  • Wilayah Persekutuan Labuan (45 kes);
  • Pulau Pinang (29 kes);
  • Kedah (21 kes);
  • Johor (19 kes);
  • Sarawak (19 kes);
  • Terengganu (13 kes);
  • Perak (7 kes);
  • WP Kuala Lumpur & Putrajaya (4 kes);
  • Pahang (3 kes); dan
  • Kelantan (3 kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Secara keseluruhannya, sehingga 10 November 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 869 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 42,050 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 11,446 kes.

Untuk makluman, negeri Sabah mencatatkan sebanyak 397 kes (45.7 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada hari ini. Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 258 kes (29.7 peratus) daripada jumlah keseluruhan.

Sebanyak 28 kes (3.2 peratus) yang dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara. Ini melibatkan Kluster Penjara Seberang Perai (13 kes),  Penjara Kepayan (6 kes), Kluster PTS Tawau (3 kes), Kluster Penjara Sandakan (2 kes), Kluster Rumah Merah (2 kes) dan Kluster GK Tawau (2 kes).

Ingin dimaklumkan daripada 869 kes baharu pada hari ini, negeri Selangor melaporkan satu (1) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Kes ini melibatkan bukan warganegara yang tiba dari negara Nepal.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 397 kes
    • 92 kes daripada kluster-kluster, termasuk 23 kes daripada kluster baharu iaitu  Kluster Liawan,  Kluster Tatahan dan Kluster GK Tawau;
    • 215 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 90 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 235 kes
    • 162 kes daripada kluster-kluster sedia;
    • 33 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 40  kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan : 141 kes
    • 129 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang : 27 kes
    • 22 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 19 kes
    • 11 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak :  12 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah : Tiga (3) kes
    • Dua (2) kesdaripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Johor : Lapan (8) kes
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • KelantanSembilan (9) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kube.
  • Wilayah Persekutuan Labuan : Lapan (8) kes
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Sarawak : Enam (6) kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya : Tiga (3) kes daripada kluster-kuster sedia ada.

Sehingga kini, terdapat 82 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 27 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan enam (6) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 300 kes (0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. Kematian Kes No. Negeri Jantina (Kewarganegaraan) Umur (tahun) Hospital Latar Belakang
295 10729 Sabah Lelaki (WN) 77 Hospital Semporna Bengkak kelenjar  prostat (BPH)
296 13718 Sabah Lelaki (WN) 47 Hospital Semporna
297 37627 Sabah Lelaki (WN) 53 Hospital Duchess of Kent Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok
298 37624 Sabah Perempuan (WN) 62 Hospital Duchess of Kent Kanser pangkal rahim, kanser payudara dan osteoartritis
299 40579 Sabah Lelaki (WN) 84 Hospital Queen Elizabeth Penyakit Parkinson, bengkak kelenjar  prostat (BPH) dan Hepatitis B
300 39869 Sabah Perempuan (BWN) 65 Hospital Duchess of Kent

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

KLUSTER YANG DIISYTIHAR TAMAT

KKM ingin memaklumkan bahawa empat (4) kluster diisytiharkan tamat pada hari ini.

  •  KLUSTER RINTING

Kluster ini melibatkan negeri Melaka dan Johor. Sehingga 10 November 2020, seramai 302 individu telah disaring di mana 10 kes yang dikesan positif COVID-19 dan baki 292 individu  lagi adalah negatif. Tiada kematian dilaporkan bagi kluster ini.

  • KLUSTER SEMARAK

Kluster ini melibatkan negeri Sabah. Sehingga 10 November 2020, seramai 19 individu telah disaring di mana 14 kes yang dikesan positif COVID-19 dan baki lima (5) individu  lagi adalah negatif. Tiada kematian dilaporkan bagi kluster ini.

  • KLUSTER JELOK

Kluster ini melibatkan negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sehingga 10 November 2020, seramai 31 individu telah disaring di mana lima (5) kes telah dikesan positif COVID-19 dan baki 26 individu  lagi adalah negatif. Tiada kematian dilaporkan bagi kluster ini.

  • KLUSTER SABINDO

Kluster ini melibatkan negeri Sabah. Sehingga 10 November 2020, seramai 76 individu telah disaring di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dan baki 62 individu  lagi adalah negatif. Tiada kematian dilaporkan bagi kluster ini.

EMPAT (4) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat empat (4) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

  • KLUSTER LIAWAN

Kluster baharu ini melibatkan daerah Keningau di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-37553) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 5 November 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Keningau. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 23 lagi kes positif COVID-19. Kes-kes ini dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah Keningau, Sabah.

Sehingga 10 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 95 individu telah disaring, di mana:

  • 24 kes dikesan positif COVID-19 (11 kes baharu);
  • 54 individu dikesan negatif; dan
  • 17 individu masih menunggu keputusan.
  • KLUSTER TATAHAN

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-32597) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 1 November 2020.  Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 17 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes tersebut dimasukkan ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Likas dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah Kota Kinabalu.

Sehingga 10 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 28 individu telah disaring, di mana:

  • 18 kes dikesan positif COVID-19 (10 kes baharu); dan
  • 10 individu dikesan negatif.
  • KLUSTER GK TAWAU

Kluster ini melibatkan daerah Tawau, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12923) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 6 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 48 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Tawau.

Sehingga 10 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 168 individu telah disaring, di mana:

  • 49 kes dikesan positif COVID-19 (2 kes baharu);
  • 41 individu dikesan negatif; dan
  • 78 individu masih menunggu keputusan.
  • KLUSTER KUBE

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Bharu dan Tanah Merah di negeri Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-40206) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 7 November 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak sembilan (9) lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Tumpat dan Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Sehingga 10 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 61 individu telah disaring, di mana:

  • 10 kes dikesan positif COVID-19 (9 kes baharu);
  • 46 individu dikesan negatif; dan
  • Lima (5) individu masih menunggu keputusan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

10 November 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 10 NOVEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH 397 21,189
SELANGOR 236 (1) 6,523
W.P. KUALA LUMPUR 19 3,216
NEGERI SEMBILAN 141 2,454
KEDAH 3 2,220
PULAU PINANG 27 1,421
W.P. LABUAN 8 1,054
SARAWAK 6 997
JOHOR 8 949
PERAK 12 659
PAHANG 0 395
MELAKA 0 332
TERENGGANU 0 225
KELANTAN 9 197
W.P. PUTRAJAYA 3 181
 PERLIS 0 38
JUMLAH KESELURUHAN 869 (1) 42,050

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

 

LAMPIRAN 2

Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif

(10 November 2020)

Bil. Kluster Negeri Daerah Kes Baharu Jumlah Kes Jumlah Yang Disaring Kes Aktif (Kes ICU) Jumlah Sembuh Jumlah Kematian
1 Kaya Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Melaka, Selangor, Johor Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Lembah Pantai, Cheras, Kepong, Putrajaya, Melaka Tengah, Sepang, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor,Petaling, Hulu Langat, Kluang, Kota Tinggi 76 693 2,302 297 (2) 396 0
2 Usaha Selangor, WP Kuala Lumpur, Johor Klang, Petaling, Kuala Langat, Kuala Selangor, Titiwangsa, Lembah Pantai, Segamat 49 226 578 202 (0) 24 0
3 Cergas Negeri Sembilan Seremban 42 294 1,955 284 (0) 10 0
4 Hentian Selangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri Sembilan Hulu Langat, Petaling, Sepang, Klang, Gombak, Cheras,Titiwangsa, Putrajaya, Seremban 33 463 2,281 226 (1) 237 0
5 Perigi Selangor Klang 32 71 151 70 (0) 1 0
6 Lengkuk Selangor, Negeri Sembilan Sepang, Hulu Langat, Seremban, Port Dickson, Rembau 25 205 761 190 (0) 15 0
7 Bah Manggis Sabah, Selangor, Negeri Sembilan Tawau, Kuala Langat, Klang, Gombak, Sepang, Seremban, Port Dickson 22 159 2,179 64 (0) 95 0
8 Penjara
Seberang Perai
Pulau Pinang Seberang Perai Selatan 13 502 3,167 223 (0) 279 0
9 Ria-30 Sabah Tuaran 13 62 799 62 (0) 0 0
10 Dialisis Sabah Lahad Datu 12 39 107 35 (0) 4 0
11 Rengas Perak Kuala Kangsar 9 110 455 110 (0) 0 0
12 Teratai Selangor Klang, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat 8 91 225 90 (0) 1 0
13 Intan Pulau Pinang, Kedah Timur Laut, Barat Daya, Kuala Muda 8 70 478 66 (1) 4 0
14 Titir Sabah Keningau 7 144 2,005 39 (0) 105 0
15 Tapak Bina Damanlela WP Kuala Lumpur, Selangor Kepong, Titiwangsa, Lembah Pantai, Cheras, Gombak, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat 7 38 450 38 (0) 0 0
16 Penjara Kepayan Sabah Kota Kinabalu, Papar, Penampang, Sipitang 6 1,831 3,954 215 (1) 1,616 0
17 Mampulut Sabah Keningau 6 69 361 67 (0) 2 0
18 Saguking WP Labuan Labuan 5 366 3,539 171 (0) 194 1
19 PTS Tawau Sabah Tawau 3 609 1,671 156 (0) 452 1
20 Mesra Sabah Sandakan 3 149 176 62 (0) 86 1
21 Greenhill Sarawak Kuching, Miri, Bintulu 3 82 1,305 53 (0) 29 0
22 Tanamera Sabah Tawau, Tuaran 3 77 160 42 (0) 35 0
23 Gedong Negeri Sembilan, Selangor, Johor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya Seremban, Port Dickson, Rembau, Kuala Pilah, Tampin, Petaling, Gombak, Klang Johor Bahru, Cheras, Lembah Pantai, Putrajaya 3 68 709 56 (0) 12 0
24 Nahaba Sabah Kota Belud 3 28 124 28 (0) 0 0
25 Penjara Sandakan Sabah Sandakan 2 427 1,233 425 (1) 2 0
26 Rumah Merah Sabah Kota Kinabalu 2 418 1,796 367 (1) 51 0
27 Basung Sabah Kudat 2 90 699 29 (0) 61 0
28 Jaya Negeri Sembilan, Selangor Seremban, Sepang 2 68 121 19 (0) 49 0
29 Permatang Kedah, Pulau Pinang, Perak Kulim, Langkawi, Kota Setar, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara, Timur Laut, Seberang Perai Selatan, Kinta 2 48 1,392 47 (2) 0 1
30 Tempayan Sabah Penampang, Kota Kinabalu 2 34 253 16 (0) 18 0
31 Samudera Sabah Sandakan 2 21 183 9 (0) 12 0
32 Numbak Sabah Kota Kinabalu 2 10 23 9 (0) 0 1
33 Gading WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor Putrajaya, Seremban, Segamat 2 9 36 6 (0) 3 0
34 Utama Selangor, Melaka, WP Kuala Lumpur Gombak, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor, Sepang, Alor Gajah, Lembah Pantai, Titiwangsa, Kepong, Cheras 1 263 1,211 34 (0) 229 0
35 Melati WP Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Perak Titiwangsa, Kepong, Cheras, Klang, Petaling, Hulu Langat, Kuantan, Bagan Datuk, Hilir Perak 1 77 398 14 (1) 63 0
36 Bah Tropicana Selangor, WP Kuala Lumpur Petaling, Gombak, Klang, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong, Cheras 1 70 889 15 (0) 55 0
37 Kempas Johor Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kluang 1 55 1,824 18 (0) 37 0
38 Keladi Selangor Klang, Kuala Langat 1 51 351 7 (0) 44 0
39 Titian WP Labuan Labuan 1 50 530 31 (0) 19 0
40 Taman Bunga Negeri Sembilan Seremban, Kuala Pilah, Jelebu, Jempol 1 47 1,045 20 (0) 27 0
41 Telipok Sabah Kota Kinabalu, Tuaran 1 18 160 8 (0) 10 0
42 Seridana WP Putrajaya Putrajaya 1 15 98 12 (0) 3 0
43 Tembaga Pulau Pinang Timur Laut, Barat Daya 1 14 171 8 (0) 6 0
44 Berendam Melaka, Johor Alor Gajah, Melaka Tengah, Tangkak 1 13 2,079 12 (0) 1 0
45 Seri Terapi WP Kuala Lumpur, Melaka Kepong, Alor Gajah 1 13 163 13 (0) 0 0
46 Padang Johor Kota Tinggi 1 6 559 6 (0) 0 0

(Visited 3 times, 1 visits today)

COMMENTS