Covid19: 317 kes baru, 3 kluster baru di Kedah dan Selangor
Covid19: 317 kes baru, 3 kluster baru di Kedah dan Selangor

Covid19: 317 kes baru, 3 kluster baru di Kedah dan Selangor

Meskipun kes baru Covid19 hari ini mencecah 317 kes, angka tertinggi sejak penularan pandemik itu di Malaysia, namun Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu adalah terkawal dan rakyat tidak perlu panik. Tambah beliau lagi, kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 3 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 317 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 12,088 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,735 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Kesemua 317 kes adalah kes penularan di dalam negara yang melibatkan 303 kes di kalangan warganegara dan 14 kes bukan warganegara. Daripada 317 kes tersebut, sebanyak 37 kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah. Ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 sebanyak 176 kes.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 155 kes
    • 100 kes saringan bergejala yang melibatkan 96 warganegara dan empat (4) bukan warganegara;
    • 35 kes daripada Kluster Bangau-Bangau yang melibatkan 33 warganegara dan dua (2) bukan warganegara;
    • 10 kes daripada Kluster Benteng LD yang melibatkan warganegara;
    • Empat (4) kes saringan komuniti yang melibatkan warganegara;
    • Tiga (3) kes daripada Kluster Laut yang melibatkan bukan warganegara;
    • Dua (2) kes daripada Kluster Joo Hwa yang melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) kes daripada Kluster Buang Sayang yang melibatkan warganegara.
  • Kedah: 102 kes 
    • 97 kes daripada Kluster Tembok yang melibatkan 93 kes warganegara dan empat (4) kes bukan warganegara;
    • Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara;
    • Dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Lunas yang melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) kes daripada Kluster Bah Ketil yang melibatkan warganegara.
  • Selangor: 32 kes
    • 15 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan 14 kes warganegara dan satu (1) bukan warganegara;
    • 12 kes daripada Kluster Jalan Meru yang melibatkan warganegara; 
    • Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jelok yang melibatkan warganegara; dan
    • Dua (2) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11047 dan kes ke-11147 yang melibatkan warganegara.
  • Terengganu: Sembilan (9) kes
    • Tujuh (7) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara;
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11477 yang melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) kes saringan di Pintu Masuk Domestik yang melibatkan warganegara.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Empat (4) kes
    • Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara;
    • Satu (1) kes daripada Kluster Jalan Meru yang melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jelok yang melibatkan warganegara.
  • Johor: Empat (4) kes
    • Tiga (3) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara; dan 
    • Satu (1) kes daripada Kluster Jalan Meru yang melibatkan warganegara.
  • Sarawak: Tiga (3) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Pulau Pinang: Tiga (3) kes
    • Dua (2) kessaringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Rose yang melibatkan warganegara.
  • Kelantan: Dua (2) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11132 yang melibatkan warganegara.
  • Wilayah Persekutuan PutrajayaDua (2) kessaringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Negeri Sembilan: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.

Sehingga kini, terdapat 29 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana empat (4) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 137 kes (1.13 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):

  • Kes kematian ke-137 (iaitu kes ke-10939) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 57 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia. Kes mula mengalami gejala batuk, kurang selera makan dan demam sejak 10 September 2020. Pada 24 September 2020, kes mengalami sesak nafas dan telah dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Semporna yang kemudian dirujuk ke Hospital Tawau pada hari yang sama. Kes dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan. Saringan COVID-19 dikesan positif pada 28 September 2020. Keadaan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 2 Oktober 2020 jam 11.44 malam.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.

TIGA (3) KLUSTER BAHARU

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat tiga (3) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • Kedah (2 kluster); dan
  • Selangor (1 kluster).

1) KLUSTER BAH LUNAS, KEDAH

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Kulim, Kedah. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-11471) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 35 tahun yang pulang dari kawasan berisiko di negeri Sabah. Kes dikesan positif pada 30 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan tiga (3) lagi kes positif COVID-19 bagi Kluster Bah Lunas dikenal pasti. Semua kes positif ini melibatkan warganegara Malaysia. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Sehingga 3 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 112 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

  • Empat (4) dikesan positif COVID-19;
  • 21 individu dikesan negatif; dan
  • 87 individu masih menunggu keputusan.

Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan.

2) KLUSTER BAH ROSE, KEDAH

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Kuala Muda, Kedah. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-11212) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 48 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah. Kes dikesan positif COVID-19 pada 29 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan tujuh (7) lagi kes positif COVID-19 bagi Kluster Bah Rose dikenal pasti. Semua kes positif ini melibatkan warganegara Malaysia. Mereka juga telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah untuk rawatan.

Sehingga 3 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 477 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

  • Kedah (81 disaring):
    • Tujuh (7) dikesan positif COVID-19;
    • 69 individu dikesan negatif; dan
    • Lima (5) individu masih menunggu keputusan.
  • Pulau Pinang (396 disaring):
    • Satu (1) dikesan positif COVID-19;
    • 71 individu dikesan negatif; dan
    • 324 individu masih menunggu keputusan.

Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan.

3) KLUSTER JELOK, SELANGOR

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-11788) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 27 tahun. Kes dikesan positif COVID-19 melalui saringan individu bergejala pada 1 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan tiga (3) lagi kes positif COVID-19 bagi Kluster Jelok dikenal pasti. Semua kes positif ini melibatkan warganegara Malaysia. Mereka juga telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

Sehingga 3 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah lapan (8) individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan.

PENINGKATAN KES HARIAN COVID-19 DI MALAYSIA

Adalah didapati tren jumlah dan pecahan kes baharu positif COVID-19 pada hari ini adalah lebih kurang sama seperti yang dilaporkan akhir-akhir ini, di mana masih berlaku peningkatan kes di Kluster Tembok, Kedah yang mencatat 97 kes dan juga kes-kes di negeri Sabah yang mencatat 155 kes. Selebihnya, 65 kes dilaporkan di beberapa negeri lain. Ini termasuk 37 kes yang merupakan pengunjung pulang dari negeri Sabah yang telah dapat dikesan susulan ujian saringan yang dijalankan oleh KKM ke atas mereka.

Malahan, tren jumlah kes harian ini adalah hasil tindakan aktif dan agresif di lapangan untuk mengekang penularan COVID-19. Antara tindakan yang telah dijalankan termasuk:

  • Pengesanan Kontak Rapat iaitu Active Case Detection (ACD) bagi kes-kes positif COVID-19;
  • Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) Kota Setar bermula pada 11 September 2020 dan tamat pada 25 September 2020, di mana seramai 18,701 orang telah disaring, meliputi 18,614 penduduk warganegara Malaysia dan 87 orang bukan warganegara. Daripada aktiviti tersebut, sejumlah 44 orang telah dikesan positif (43 orang warganegara Malaysia dan seorang bukan warganegara). Manakala sebanyak 18,657 lagi adalah negatif COVID-19 (18,571 warganegara dan 86 bukan warganegara).
  • Saringan bersasar di empat (4) daerah Perintah Kawalan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di Sabah;
  • Saringan Bagi Pengunjung dari Sabah di Setiap Pintu Masuk (Antarabangsa dan Domestik). Sejak pelaksanaan saringan bagi pengunjung dari Sabah di setiap Pintu Masuk (Antarabangsa dan Domestik), sejumlah 13,032 individu telah disaring dan 176 kes telah dikesan COVID-19.
  • Saringan Kumpulan Berisiko Tinggi, di mana antara saringan dijalankan terhadap warga emas di rumah jagaan, saringan tahanan imigresen, dan saringan petugas Kesihatan; dan
  • Aktiviti Survelan melalui pemantauan kes-kes Influenza-Like Illness (ILI), Severe Acute Respiratory Illness (SARI), saringan pra pembedahan dan lain-lain aktiviti survelan di lapangan.

Bagi memastikan situasi penularan COVID-19 di negeri Sabah dapat dikawal dengan segera, KKM telah menggerakkan pasukan bantuan, menghantar peralatan Personal Protection Equipment (PPE), alat-alat bantuan pernafasan (ventilator) dan juga membuka pusat rawatan berisiko rendah bagi dijadikan pusat kuarantin dan menempatkan kes-kes positif COVID-19 yang stabil. Tindakan ini telah dilakukan sejak awal peningkatan bilangan kes COVID-19 di sana lagi, dan telah dipertingkatkan mengikut keperluan semasa di negeri Sabah.

Negeri Sabah mempunyai enam (6) buah Hospital dan enam (6) Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) yang masing-masing mempunyai kapasiti 590 katil dan 1,396 katil. Sehingga 2 Oktober 2020, kadar penggunaan katil adalah sebanyak 69 peratus di hospital KKM dan 31 peratus di PKRC. Bagi Perkhidmatan Rawatan Rapi pula, Sabah mempunyai 66 katil yang dikhususkan bagi merawat pesakit COVID-19 yang kritikal dan kadar penggunaan adalah sebanyak 23 peratus.

(Visited 7 times, 1 visits today)

COMMENTS