Covid19: 5 kes baru tempatan libatkan kluster Tawar
Covid19: 5 kes baru tempatan libatkan kluster Tawar

Covid19: 5 kes baru tempatan libatkan kluster Tawar

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 22 Ogos 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat lapan (8) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,257 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 183 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada lapan (8) kes baharu yang dilaporkan, tiga (3) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan satu (1) warganegara Malaysia dan dua (2) bukan warganegara. Tiga (3) kes import tersebut adalah dari negara:

Bangladesh (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
Belanda (1 kes di Sarawak); dan
Filipina (1 kes di Sabah).
Kesemua lima (5) kes penularan di dalam negara melibatkan warganegara Malaysia iaitu kes daripada Kluster Tawar di Kedah. Kluster ini akan diperincikan di bawah.

Sehingga kini, terdapat lapan (8) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana empat (4) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes (1.35 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

 

STATUS TERKINI KLUSTER TAWAR

Terdapat lima (5) kes baharu dilaporkan bagi Kluster Tawar di negeri Kedah, justeru menjadikan jumlah kes dikesan positif COVID-19 kluster ini sebanyak 63 kes. Sehingga 22 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 2,942 orang telah disaring dalam kluster ini. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:

Kedah (2,414 disaring):
52 kes dikesan positif COVID-19;
2,227 individu negatif; dan
135 individu masih menunggu keputusan.
Pulau Pinang (517 disaring):
11 kes dikesan positif COVID-19;
443 individu negatif; dan
63 individu masih menunggu keputusan.
Perak: Kesemua 11 saringan adalah negatif. Tiada saringan baharu.
Pengesanan kes dan saringan kontak rapat bagi kluster ini masih diteruskan. Situasi semasa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sumber: KP Kesihatan Malaysia

(Visited 5 times, 1 visits today)

COMMENTS