Covid19: 561 kes baru, 5 kluster baru, Sabah masih tertinggi
Covid19: 561 kes baru, 5 kluster baru, Sabah masih tertinggi

Covid19: 561 kes baru, 5 kluster baru, Sabah masih tertinggi

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 11 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari,561 kes baharu telah dilaporkan hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 15,657 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 4,587kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 561 kes baharu yang dilaporkan, lapan (8) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara iaitu dari:

  • Indonesia: tiga (3) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1 warganegara, 2 bukan warganegara);
  • China: dua (2) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2 warganegara);
  • Singapura: satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1 warganegara);
  • Kemboja: satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1 warganegara); dan
  • Arab Saudi: satu (1) kes dilaporkan di Selangor (1 bukan warganegara).

Daripada 553 kes penularan di dalam negara, 494 kes adalah warganegara Malaysia dan 59 kes adalah bukan warganegara. Daripada 553 kes penularan di dalam negara, 11 kes pula merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, sekaligus menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 sebanyak 353 kes.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 488 kes
    • 22 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Surat;
    • 15 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kasih;
    • 13 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Khazanah; dan
    • 438 kes daripada lain-lain saringan COVID-19 yang akan diperincikan kemudian.
  • Selangor: 25 kes
    • 11 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sungei Way;
    • Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
    • Dua (2) kes daripada saringan individu bergejala: dan
    • Dua (2) kes daripada saringan pra pembedahan.
  • Kedah: 16 kes
    • 15 kes daripada saringan Kluster Tembok; dan
    • Satu (1) saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Lapan (8) kes
    • Empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sungei Way;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes daripada saringan kendiri COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan bergejala COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Lima (5) kes
    • Tiga (3) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
    • Satu kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Bundle; dan
    • Satu (1) kes saringan masuk hospital di Hospital Labuan.
  • Johor: Tiga (3) kes
    • Tiga (3) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
  • Melaka: Tiga (3) kes
    • Tiga (3) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Terengganu: Tiga (3) kes
    • Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Perak: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Pulau Pinang: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Sehingga kini, terdapat 90 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 29 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua (2) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 157 kes (1.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:Kes kematianKesJantinaUmur (tahun)HospitalLatar Belakang15614259Lelaki WN67Hospital Duchess of Kent  Tuberculosis dan penyakit jantung  15715584Lelaki WN63Hospital Tawau  Penyakit kencing manis dan darah tinggi  

* WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

LIMA (5) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat lima (5) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu di negeri:

  • Sabah – Tiga (3) kluster;
  • Selangor – Satu (1) kluster; dan
  • Wilayah Persekutuan Labuan – Satu (1) kluster.

1)KLUSTER KASIH, SABAH

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di daerah Lahad Datu, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12509) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan petugas kesihatan pada 27 September 2020. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Lahad Datu, Sabah. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 33 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 11 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 1,838 individu telah disaring, di mana:

  • 34 kes dikesan positif COVID-19;
  • Tiada individu negatif; dan
  • 1,804 individu masih menunggu keputusan.

2) KLUSTER SURAT, SABAH

Kluster baharu ini melibatkan daerah Sandakan, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-15097) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Lahad Datu, Sabah. Saringan kontak rapat telah mengesan 24 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 11 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 74 individu telah disaring, di mana:

  • 25 kes dikesan positif COVID-19;
  • Tiada individu negatif; dan
  • 49 individu masih menunggu keputusan.

3) KLUSTER KHAZANAH, SABAH

Kluster baharu ini melibatkan daerah Lahad Datu di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14842) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kontak rapat pada 9 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Lahad Datu, Sabah. Saringan kontak rapat telah mengesan 13 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 11 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 652 individu telah disaring, di mana:

  • 14 kes dikesan positif COVID-19;
  • Tiada individu negatif; dan
  • 638 individu masih menunggu keputusan.

4) KLUSTER SUNGEI WAY, SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Kluster baharu ini melibatkan daerah Petaling dan Gombak, Selangor dan daerah Titiwangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14307) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 7 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 17 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 11 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 149 individu telah disaring, di mana:

  • 18 kes dikesan positif COVID-19;
  • 124 individu negatif; dan
  • Tujuh (7) individu masih menunggu keputusan.

5) KLUSTER BAH BUNDLE, WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Kluster baharu ini melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-11771) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 2 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti dua (2) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 11 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 430 individu telah disaring, di mana:

  • Tiga (3) kes dikesan positif COVID-19;
  • 131 individu negatif; dan
  • 296 individu masih menunggu keputusan.

(Visited 10 times, 1 visits today)

COMMENTS