Covid19: 865 kes lagi hari ini, tiada tanda-tanda penurunan
Covid19: 865 kes lagi hari ini, tiada tanda-tanda penurunan

Covid19: 865 kes lagi hari ini, tiada tanda-tanda penurunan

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 19 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak865 kes baharu telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 21,363 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 7,456kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Secara keseluruhan, sebanyak 154 kes (17.8 peratus) pada hari ini adalah daripada Kluster Penjara Kepayan, Kluster Penjara Seberang Perai, Kluster Tembok dan termasuk empat (4) kes saringan tahanan Penjara Tapah. Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam penjara dan tidak menjangkiti masyarakat. Menteri Kanan Pertahanan, YB Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakub telah mengumumkan  Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Penjara Kepayan dan Kuarters Anggota Pegawai di Kampung Matambai bermula 20 Oktober 2020 sehingga 2 November 2020.

Jika dilihat pecahan utama jumlah kes hari ini pula, Negeri Sabah terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 643 kes (74.3 peratus). Lebih banyak ujian makmal telah dapat dijalankan di Sabah dan yang dihantar ke Semenanjung Malaysia. Manakala, negeri-negeri di Lembah Klang pula merangkumi 13.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ingin dimaklumkan daripada 865 kes baharu yang dilaporkan, terdapat tujuh (7) kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan tiga (3) warganegara dan empat (4) bukan warganegara iaitu dari negara:

  • China (4 kes di Selangor);
  • Australia (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
  • Amerika Syarikat (1 kes di Selangor); dan
  • Qatar (1 kes di Selangor).

Daripada 858 kes penularan di dalam negara, 767 kes adalah warganegara Malaysia dan 91 kes adalah bukan warganegara.

Daripada 858 kes penularan di dalam negara, lima (5) kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, yang menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 448 kes.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 643 kes
    • 183 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 343 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 117 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 101 kes
    • 71 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
    • Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Hentian; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 34 kes
    • 33 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
  • Pulau Pinang: 26 kes
    • 24 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Perak: 18 kes 
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 16 kes
    • 11 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bukit;
    • Tiga (3) kes daripada saringan di Depot Tahanan Imigresen;
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes saringan individu bergejala.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Enam (6) kes
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
  • Negeri Sembilan: Empat (4) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Kedah: Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Johor: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
  • Pahang: Satu (1) kes saringan individu bergejala.
  • Terengganu: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.

Sehingga kini, terdapat 99 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 190 kes (0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:Kes kematianKesNegeriJantinaUmur (tahun)HospitalLatar Belakang18821139SabahLelaki WN85Hospital Tawau–18921140SabahLelaki BWN52Hospital Queen ElizabethPenyakit kencing manis19021141SabahPerempuan WN70Hospital Duchess of Kent–

* WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

DUA (2) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat dua (2) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

KLUSTER HENTIAN

Kluster baharu ini melibatkan daerah Hulu Langat di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-18664) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti enam (6) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 19 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 127 individu telah disaring, di mana:

  • Tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 120 individu masih menunggu keputusan.

KLUSTER BUKIT

Kluster baharu ini melibatkan daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin di negeri Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-17531) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 13 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Melaka. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 14 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 19 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 89 individu telah disaring, di mana:

  • 15 kes dikesan positif COVID-19;
  • 73 individu negatif; dan
  • Satu (1) individu masih menunggu keputusan.

KESAHIHAN MAKLUMAT COVID-19

Kerajaan berusaha sedaya upaya untuk memaklumkan umum mengenai situasi terkini COVID-19 dengan menyalurkan berita sahih, tepat dan cepat. Dalam pada Kerajaan menangani penularan COVID-19, Kerajaan juga perlu menangani isu mesej tular iaitu penularan berita palsu (fake news) dan maklumat tidak sahih yang sengaja dibuat demi kepentingan sesetengah pihak. Tindakan ini adalah sama sekali tidak bertanggungjawab yang boleh menimbulkan keresahan dan kerisauan orang ramai.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut yang sahih mengenai kejadian COVID-19 di Malaysia:

  • Ikutilah Sidang Media COVID-19 oleh KKM, yang kini dijalankan setiap hari;
  • Laman-laman media sosial rasmi KKM,
  • Saluran telegram CPRC KKM: https://t.me/cprckkm;
  • Aplikasi MySejahtera;
  • Maklumat, infografik/video, kenyataan media rasmi KKM dan juga Garis Panduan terkini COVID-19 juga boleh diperolehi dari laman sesawang KKM: http://covid-19.moh.gov.my ;
  • Bagi isu kesihatan berkaitan COVID-19, orang ramai boleh menghubungi CPRC Kebangsaan KKM di talian hotline: 03-88810200, 03-88810600, 03-88810700 dan emel rasmi: cprc@moh.gov.my.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menularkan sebarang berita palsu atau maklumat yang diragui kesahihannya. KKM mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang membantu Kerajaan dalam menyebarkan maklumat yang sahih.

(Visited 7 times, 1 visits today)

COMMENTS