Covid19 catat 862 kes hari ini, Selangor meningkat ketara
Covid19 catat 862 kes hari ini, Selangor meningkat ketara

Covid19 catat 862 kes hari ini, Selangor meningkat ketara

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 20 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak862 kes baharu telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 22,225 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 7,681kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Negeri Sabah masih mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 673 kes (78.1 peratus). Lebih banyak ujian makmal RT-PCR telah dapat dijalankan di Sabah serta dihantar ke Semenanjung Malaysia. Secara keseluruhan, sebanyak 235 kes (27.3 peratus) pada hari ini adalah daripada Kluster Penjara Kepayan dan Kluster Tembok. Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam penjara dan tidak menjangkiti masyarakat.

Berikutan kepadatan penduduk dan kadar pergerakan penduduk yang tinggi, Selangor terus mencatatkan pertambahan kes dan kluster baru setiap hari. Pada hari ini, Selangor mencatatkan pertambahan sebanyak 132 kes dan daripada jumlah itu, 84 kes adalah daripada kluster-kluster sedia ada termasuk lapan (8) kes dari kluster-kluster yang berkaitan dengan sejarah perjalanan pulang dari Sabah.

Ingin dimaklumkan daripada 862 kes baharu yang dilaporkan, terdapat dua (2) kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan satu (1) warganegara dan satu (1) bukan warganegara iaitu dari negara:

  • Mesir (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); dan
  • Indonesia (1 kes di Sarawak)

Daripada 860 kes penularan di dalam negara, empat (4) kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, yang menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 452 kes.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 673 kes
    • 260 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 243 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kertang; dan
    • 168 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 132 kes
    • 84 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 34 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • 12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 17 kes
    • 15 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI).
  • Perak: Sembilan (9) kes 
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Enam (6) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: Enam (6) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Enam (6) kes
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
  • Johor: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
  • Kelantan: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Sehingga kini, terdapat 95 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 29 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 193 kes (0.87 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:Kes kematianKes No.NegeriJantinaUmur (tahun)HospitalLatar Belakang19113509SabahLelaki WN78Hospital Tawau  Penyakit darah tinggi, dislipidemia dan penyakit jantung  19214987SabahPerempuan WN59Hospital Tawau  Penyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit buah pinggang kronik  19322036SabahPerempuan WN90Hospital Queen Elizabeth  Penyakit darah tinggi dan penyakit jantung  

* WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

KLUSTER BAHARU: KLUSTER KERTANG

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat satu (1) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini melibatkan daerah Kota Belud di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-17623) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kontak rapat pada 14 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di PPR Taman Seri Bayu, Kota Belud. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 19 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 20 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 216 individu telah disaring, di mana:

  • 21 kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 195 individu negatif.

PENINGKATAN KES YANG MENDADAK DI SELANGOR

Dengan pertambahan 132 kes positif hari ini, jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Selangor adalah 3,489 kes. Bagi gelombang ketiga ini, negeri Selangor mula menyaksikan peningkatan kes pada penghujung bulan September 2020 setelah kemasukan dan kepulangan pengunjung dari negeri Sabah.

Kluster pertama yang dilaporkan di Selangor dalam gelombang ketiga ini adalah Kluster Jalan Apas, iaitu pada 28 September 2020 di mana ianya telah melibatkan keluarga yang pulang dari Sabah. Peningkatan kes penularan tempatan di dalam negeri Selangor mula dilihat pada 2 Oktober 2020 dan meningkat secara konsisten sehingga ke hari ini.

Untuk makluman, sejumlah 26 kluster aktif dicatatkan di Selangor bermula kluster pertama (Kluster Jalan Apas) sehingga kluster terbaru diumumkan (Kluster Hentian):

  • Sebanyak 18 kluster aktif (69.2 peratus) adalah kluster jangkitan tempatan, manakala lapan (8) kluster (30.8 peratus) adalah mempunyai perkaitan dengan pengembara pulang dari Sabah.
  • Enam (6) kluster terbaru yang dilaporkan sejak 11 Oktober 2020 adalah berkaitan dengan jangkitan tempatan.
  • Sembilan (9) dari 26 kluster mempunyai kaitan yang amat rapat dengan perebakan di tempat kerja (34.6 peratus).
  • Satu (1) kluster dikaitkan dengan tempat membeli belah awam (3.8 peratus).

Situasi ini berikutan kepadatan penduduk dan kadar pergerakan yang tinggi di kalangan penduduk di negeri Selangor dan pengunjung di negeri Selangor.

(Visited 4 times, 1 visits today)

COMMENTS