Covid19 catat rekod kes baru tertinggi hari ini
Covid19 catat rekod kes baru tertinggi hari ini

Covid19 catat rekod kes baru tertinggi hari ini

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, Negeri Sabah terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 927 kes (74.8 peratus). Jumlah ini melonjak semula berikutan kes positif di Penjara Kepayan iaitu 439 kes. Ini berikutan lebih banyak pengesanan kes secara aktif dijalankan di negeri Sabah. Selain itu, mobilisasi petugas kesihatan telah banyak membantu usaha saringan di lapangan dan juga rawatan perubatan. Aspek logistik dan penghantaran sampel juga ditambahbaik bagi membolehkan keputusan ujian RTK-Ag dan RT-PCR dapat diperoleh dengan lebih cepat.

Manakala negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 194 kes (15.6 peratus dari jumlah keseluruhan kes). Daripada 194  kes baharu ini, 120 kes (61.9  peratus) adalah daripada kluster-kluster sedia ada dan baharu. Untuk makluman, negeri-negeri ini dan juga negeri Sabah telah pun diletakkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sejumlah 508 kes (41 peratus) pada hari ini adalah daripada Kluster Penjara Kepayan (439 kes), Kluster Seberang Perai (57 kes), Kluster Benteng LD (7 kes), Kluster Penjara Tapah (4 kes) dan Kluster Tembok (1 kes). Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Secara keseluruhannya, sehingga 26 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 1,240 kes baharu telah dilaporkan. Ini adalah kes harian tertinggi sejak permulaan pandemik yang menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 27,805 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 9,744 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 1,240 kes baharu pada hari ini, terdapat dua (2) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan bukan warganegara yang tiba dari negara;

  • Rusia (1 kes di Selangor); dan
  • Ukraine (1 kes di Wilayah Persekutuan Labuan).

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:     

  • Sabah: 927 kes
    • 511 kes daripada kluster-kluster, termasuk 30 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kapor;
    • 280 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 136 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 176 kes
    • 109 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 34 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 33 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang : 61 kes
    • 60 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Negeri Sembilan : 25 kes
    • 12 kes daripada kluster-kluster termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Hampar;
    • Enam (6) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 17 kes
    • 11 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: Lapan (8) kes 
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Penjara Tapah; dan
    • Dua (2) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Sarawak : Tujuh (7) kes
    • Lima (5) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Lima (5) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor : Empat (4) kes
    • Dua (2) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah : Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • TerengganuTiga (3) kes daripada kluster sedia ada.
  • Melaka : Dua (2) kes daripada kluster sedia ada.

Sehingga kini, terdapat 94 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 31 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tujuh (7) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 236 kes (0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:Kes No. KematianKes No.NegeriJantina(Warganegara)Umur (tahun)HospitalLatar Belakang23014925Sabah  Lelaki (WN)  67Hospital Duchess of KentSinusitis23115854SabahLelaki (WN)71Hospital Queen ElizabethPenyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung23216508SabahPerempuan (WN)51Hospital Queen ElizabethPenyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia23326212SabahLelaki (WN)61Hospital TuaranOrang Kelainan Upaya (buta)23425353SabahLelaki (BWN)50Hospital Queen Elizabeth  Penyakit darah tinggi,  buah pinggang kronik dan penyakit jantung23527491SabahPerempuan (BWN)90Hospital Duchess of Kent–23627492SabahLelaki (BWN)27Hospital Tawau–

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

TIGA (3) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat tiga (3) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1) KLUSTER KAPOR

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kudat di negeri Sabah. Kes-kes bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan komuniti pelaut yang menetap di Kampung Tanjung Kapor dan telah mengesan sebanyak 46 kes positif COVID-19 pada 22 Oktober 2020. Kesemua kes telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Kota Belud, Sabah.

Sehingga 26 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 127 individu telah disaring, di mana:

  • 46 kes dikesan positif COVID-19 (30 kes baharu); dan
  • 81 individu masih menunggu keputusan.

2) KLUSTER HAMPAR

Kluster baharu ini melibatkan daerah Rembau di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-23736) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 21 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Rembau. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti empat (4) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 26 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 578 individu telah disaring, di mana:

  • Lima (5) kes dikesan positif COVID-19 (4 kes baharu);
  • 96 individu negatif; dan
  • 477 individu masih menunggu keputusan.

3) KLUSTER PENJARA TAPAH

Kluster baharu ini melibatkan daerah Batang Padang di negeri Perak. Sebanyak 11 kes telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan yang dijalankan di Penjara Tapah bermula dari 12 Oktober 2020. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan Hospital Teluk Intan. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti empat (4) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 26 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 2,268 individu telah disaring, di mana:

  • 11 kes dikesan positif COVID-19 (4 kes baharu);
  • 1,820 individu negatif; dan
  • 437 individu masih menunggu  keputusan.

KONSEP YANG DIGUNAKAN DALAM PEMBERIAN NAMA BAGI KLUSTER BAHARU

KKM mengambil maklum pandangan orang umum mengenai konsep yang digunapakai KKM dalam menamakan kluster COVID-19. Untuk makluman semua, pemilihan nama kluster adalah berdasarkan latar belakang kes indeks bagi kluster tersebut. Nama kluster dipilih berdasarkan nama bangunan, taman atau jalan tempat kediaman atau tempat kerja kes indeks. Ini adalah bagi memastikan komunikasi berkesan di antara pihak-pihak yang terlibat dalam kawalan dan pengurusan kluster.

Selain itu, nama sesebuah kluster juga boleh dipilih bagi menggambarkan cara penyebaran jangkitan di antara kes indeks dan kontak rapat seperti; Kluster Auto yang menggambarkan jangkitan kluster di tempat kerja melibatkan pekerja di syarikat automotif dan Kluster Inai yang menggambarkan jangkitan kluster bermula daripada majlis berinai.

KKM sangat berhati-hati dalam pemilihan nama kluster bagi mengelakkan sebarang keresahan dan stigma kepada pesakit, penduduk setempat mahu pun organisasi yang terlibat. KKM juga sentiasa melakukan pengesanan kes secara aktif di lapangan bagi memastikan kesemua yang terlibat disaring dan diasingkan daripada komuniti sekiranya didapati positif jangkitan COVID-19.

Bagi masyarakat, adalah penting bagi mereka memahami bahawa tindakan utama yang boleh melindungi mereka daripada dijangkiti COVID-19 adalah dengan mengamalkan segala nasihat  seperti yang sering dimaklumkan oleh KKM dan juga dengan mematuhi segala Prosedur Amalan Standard (SOP) yang ditetapkan. Cabaran utama bagi kita semua adalah dalam melaksanakannya dengan sebaik mungkin dan dipatuhi oleh semua individu dari segenap lapisan masyarakat.

(Visited 7 times, 1 visits today)

COMMENTS