Covid19: Kedah catat 2 kes baharu
Covid19: Kedah catat 2 kes baharu

Covid19: Kedah catat 2 kes baharu

Sehingga 12 Ogos 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 11 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,114 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 172 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 11 kes baharu yang dilaporkan, lapan (8) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan tujuh (7) warganegara Malaysia dan satu (1) bukan warganegara. Lapan (8) kes import tersebut adalah dari negara:

Singapura (3 kes: 2 kes di Johor, 1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
Filipina (3 kes di Sabah);
Australia (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); dan
Jepun (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur).

Daripada tiga (3) kes penularan di dalam negara, dua (2) kes adalah di kalangan warganegara Malaysia dan satu (1) kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia.

Dua (2) kes penularan COVID-19 dalam negara di kalangan warganegara Malaysia adalah kes saringan bergejala di sebuah pusat perubatan di negeri Kedah. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. Kedua-dua kes ini tidak berkait rapat antara satu sama lain.

Satu (1) jangkitan dalam negara yang melibatkan bukan warganegara pula adalah saringan tahanan baharu di lokap Balai Polis Tawau, Sabah.

Sehingga kini, terdapat satu (1) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes (1.37 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

(Visited 1 times, 1 visits today)

COMMENTS