Covid19: Kedah kembali catat peningkatan kes meskipun seluruh negara menurun
Covid19: Kedah kembali catat peningkatan kes meskipun seluruh negara menurun

Covid19: Kedah kembali catat peningkatan kes meskipun seluruh negara menurun

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Dimaklumkan pada hari ini, negeri Sabah mencatatkan  sebanyak 352 kes (54.2 peratus) dan negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 159 kes (24.5 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes. Keempat-empat negeri ini telah menyumbang sebanyak 511 kes (78.7 peratus) daripada jumlah harian kes positif COVID-19 secara keseluruhan. Kesemua negeri-negeri ini masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Untuk makluman juga, sebanyak 36 kes (5.5 peratus daripada jumlah keseluruhan) yang berkaitan kluster-kluster penjara dilaporkan pada hari ini iaitu 34 kes daripada Kluster Tembok dan dua (2) kes daripada Kluster Penjara Reman.

Secara keseluruhannya, sehingga 29 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 649 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 30,090 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,087 kes.

Ingin dimaklumkan daripada 649 kes baharu pada hari ini, terdapat tujuh (7) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan dua (2) warganegara dan lima (5) bukan warganegara yang tiba dari negara:

  • Indonesia  (5 kes);
  • India (1 kes); dan
  • Filipina ( 1 kes).

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 352 kes
    • 55 kes daripada kluster-kluster, termasuk 11 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sakti dan Kluster Tuguson;
    • 170 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 127 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 132 kes
    • 70 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes dari kluster baharu iaitu Kluster Taman Laut dan Kluster Bah Medan;
    • 41 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 21 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan : 43 kes
    • 36 kes daripada kluster-kluster, termasuk 16 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Taman Bunga;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah : 37 kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 21 kes
    • 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan : 17 kes
    • 15 kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Pulau Pinang : 13 kes
    • 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor : 10 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak : Lapan (8) kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak : Lima (5) kes
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang : Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka : Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
  • Terengganu : Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya : Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Sehingga kini, terdapat 106 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 23 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 246 kes (0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

LIMA (5) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat lima (5) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

KLUSTER SAKTI

Kluster baharu ini melibatkan daerah Lahad Datu di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12995) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 5 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 17 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Lahad Datu.

Sehingga 29 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 154 individu telah disaring, di mana:

  • 18 kes dikesan positif COVID-19 (7 kes baharu);
  • 101 individu dikesan negatif; dan
  • 35 individu masih menunggu keputusan.

KLUSTER TUGUSON

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Belud, negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-19066) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Kota Belud. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 17 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 29 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 146 individu telah disaring, di mana:

  • 18 kes dikesan positif COVID-19 (4 kes baharu); dan
  • 128  individu masih menunggu keputusan.

KLUSTER BAH MEDAN

Kluster baharu ini melibatkan daerah Sepang di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12112) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 3 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 19 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Sehingga 29 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 52 individu telah disaring, di mana:

  • 20 kes dikesan positif COVID-19 (4 kes baharu); dan
  • 32 individu masih menunggu keputusan.

KLUSTER TAMAN LAUT

Kluster baharu ini melibatkan daerah Petaling di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-25431) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 21 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak lima (5) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 29 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 123 individu telah disaring, di mana:

  • Enam (6) kes dikesan positif COVID-19 (2 kes baharu);
  • 18 individu dikesan negatif; dan
  • 99 individu masih menunggu keputusan.

KLUSTER TAMAN BUNGA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Seremban, Kuala Pilah dan Jelebu di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-27711) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 25 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja’afar. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 22 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 29 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 55 individu telah disaring, di mana:

  • 23 kes dikesan positif COVID-19 (16 kes baharu);
  • 25 individu dikesan negatif; dan
  • Tujuh (7) individu masih menunggu keputusan.

PEMBUKAAN PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC) KEDUA DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Wilayah Persekutuan (WP) Labuan telah mencatatkan peningkatan kes COVID-19 mulai 27 September 2020 yang lalu. Sejak daripada permulaan wabak COVID-19 sehingga 26 September 2020, WP Labuan hanya mencatatkan 26 kes secara kumulatif. Walau bagaimanapun, mulai 27 September sehingga 29 Oktober 2020, WP Labuan telah mencatatkan tambahan sejumlah 366 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan berjumlah 392 kes.

Susulan itu, Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai 17 Oktober 2020, dan kini dilanjutkan 14 hari lagi sehingga 13 November 2020.

Pola peningkatan kes COVID-19 di WP Labuan dijangkakan akan meningkat disebabkan oleh saringan bersasar secara besar-besaran yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan (JKWP) Labuan terutama di kawasan-kawasan berpotensi wabak dengan purata saringan adalah 1,500 ke 2,500 sehari. Jumlah sampel ujian RT-PCR yang telah diambil sejak 27 September 2020 adalah berjumlah 23,807. Kadar pengesanan kes untuk keseluruhan di WP Labuan adalah sekitar 1.5 peratus, manakala di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pula, kadar pengesanan adalah sekitar 10 sehingga 15 peratus.

Untuk menampung kapasiti rawatan kes positif COVID-19 yang semakin meningkat di WP Labuan, JKWP Labuan telah meningkatkan kapasiti sedia ada melalui beberapa fasa pembukaan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) iaitu:

  • Fasa 1 (Januari – Mac 2020): Menjadikan rumah pelawat dan wellness centre sebagai PKRC dengan kapasiti 16 katil;
  • Fasa 2 (Mac – September 2020): Memaksimakan ruang di Hospital Labuan dengan tambahan 105 katil, menjadikan kapasiti katil COVID-19 meningkat kepada 121 katil; dan
  • Fasa 3 (September – Oktober 2020): Melibatkan rundingan penggunaan fasiliti luar iaitu Bahagian Teknologi Pendidikan sebagai PKRC yang berkapasiti 56 katil menjadikan jumlah keupayaan katil PKRC sebanyak 177 katil.

Disebabkan bilangan pesakit yang semakin bertambah, JKWP Labuan telah menyediakan PKRC di Dewan Perbadanan Labuan dengan kapasiti 140 katil, menjadikan jumlah keupayaan katil PKRC di WP Labuan sebanyak 317 katil. Pusat ini akan beroperasi sepenuhnya pada 29 Oktober 2020.

Bagi rawatan COVID-19 di Hospital Labuan pula, daripada 122 katil di Hospital Labuan, sebanyak 20 katil telah dikhususkan untuk pesakit kategori 4 dan 5, iaitu sebagai katil High Dependency Unit (HDU) dan Unit Rawatan Rapi (ICU) di Wad Kelas Pertama dan Wad Kanak-kanak. Baki sebanyak 102 lagi katil Hospital Labuan iaitu termasuk 5 katil ICU sedia ada akan terus digunakan untuk rawatan kes bukan COVID-19.

Ini sekaligus menjadikan kapasiti terkini katil untuk pesakit COVID-19 di WP Labuan meningkat kepada 337 katil, di mana jumlah katil di PKRC adalah 317 katil manakala katil untuk rawatan pesakit COVID-19 di Hospital Labuan adalah 20 katil.

Pembukaan PKRC di Dewan Perbadanan Labuan ini adalah hasil kerjasama semua pihak termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Labuan, dan agensi lain di WP Labuan termasuk Taiwan Buddist Tzu-Chi Foundation Malaysia, Institut Latihan Perindustrian dan beberapa penyumbang lain yang menjadikan pusat rawatan ini dapat dibuka dalam tempoh 24 jam. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak atas pendekatan The Whole of Government and Whole of Society Approach.

Tenaga kerja bagi pusat rawatan baharu ini akan mengunakan sepenuhnya tenaga kerja di JKWP Labuan dan pasukan bantuan yang telah dihantar untuk bantuan di JKWP Labuan. Pasukan ini akan terus di pertingkatkan dari masa ke semasa untuk memastikan program Kawalan COVID-19 di WP Labuan berjalan lancar seperti yang telah dirancang.

(Visited 9 times, 1 visits today)

COMMENTS