Covid19: Kes baru di Kedah kembali meningkat, Sabah masih tertinggi

Covid19: Kes baru di Kedah kembali meningkat, Sabah masih tertinggi

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 22 September 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 82 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 10,358 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 665 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 82 kes baharu yang dilaporkan, 10 kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan sembilan (9) warganegara dan satu (1) bukan warganegara dari negara:

  • India: Sembilan (9) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang melibatkan warganegara;
  • Indonesia: Satu (1) kes dilaporkan di Sarawak yang melibatkan bukan warganegara;

Daripada 72 kes penularan di dalam negara, 60 kes adalah warganegara Malaysia dan 12  kes adalah bukan warganegara. Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 60 kes
    • 41 kes daripada Kluster Benteng LD yang melibatkan 34 warganegara dan tujuh (7) bukan warganegara;
    • Enam (6) kes daripada Kluster Pulau yang melibatkan lima (5) warganegara dan satu (1) bukan warganegara;
    • Enam (6) kes daripada Kluster Selamat yang melibatkan tiga (3) warganegara dan tiga (3) bukan warganegara;
    • Lima (5) kes daripada Kluster Bangau-Bangau, iaitu kluster baharu di Semporna, yang melibatkan empat (4) warganegara dan satu (1) bukan warganegara;
    • Satu (1) kes saringan komuniti yang melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) kes saringan rujukan ke Hospital Queen Elizabeth yang melibatkan warganegara.
  • Kedah: 10 kes
    • Sembilan (9) kes daripada Kluster Sungai yang melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di Kota Setar yang melibatkan warganegara.
  • Selangor: Satu (1) kes saringan pra prosedur yang melibatkan warganegara di sebuah pusat perubatan. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
  • Sarawak: Satu (1) kes saringan bergejala di Hospital Umum Sarawak yang melibatkan warganegara.

Kesemua kluster tersebut akan diperincikan di bawah.

Sehingga kini, terdapat sembilan (9) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana dua (2) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 130 kes (1.26 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

KLUSTER BAHARU DI SABAH: KLUSTER BANGAU-BANGAU

KKM ingin memaklumkan bahawa satu kluster baharu telah dilaporkan di Semporna, Sabah. Kluster ini dikenalpasti hasil saringan kemasukan pesakit ke Hospital Semporna. Sebanyak lima (5) kes (iaitu kes ke-10340 hingga ke-10344) telah dikesan positif COVID-19 pada 21 September 2020. Daripada jumlah itu, empat (4) kes merupakan warganegara Malaysia dan satu (1) kes merupakan bukan warganegara.  Kesemua mereka tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Semporna untuk rawatan.

Sehingga 22 September 2020, 12 tengah hari, sejumlah 97 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

  • Lima (5) kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 92 individu masih menunggu keputusan.

Langkah pencegahan jangkitan termasuk proses nyah kuman dan proses pembersihan telah dijalankan di Hospital Semporna. Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan. Perkhidmatan di Hospital Semporna berjalan seperti biasa.

STATUS TERKINI BAGI TIGA (3) KLUSTER DI SABAH DAN SATU (1) KLUSTER DI KEDAH

Kluster Benteng LD

Terdapat 41 kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Benteng LD pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 624 kes. Sehingga 22 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 10,045 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:

  • Tawau (7,542 individu disaring);
    • 466 kes dikesan positif COVID-19 (40 kes baharu);
    • 5,109 individu negatif; dan
    • 1,967 individu menunggu keputusan.
  • Lahad Datu (2,502 individu disaring):
    • 157 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
    • 1,490 individu negatif; dan
    • 855 individu menunggu keputusan.
  • Sandakan – Satu (1) kes dikesan positif COVID-19, tiada saringan dan pertambahan kes baharu.

Berdasarkan keseluruhan saringan bagi kluster ini, pecahan saringan melibatkan:

  • 1,735 banduan dan tahanan di mana 514 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,159 kakitangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dan Penjara Tawau di mana 24 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,394 ahli keluarga kepada kakitangan, banduan dan tahanan di mana 27 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,482 pegawai agensi kerajaan lain di mana tiada kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 4,275 kontak sosial di mana 59 kes dikesan positif COVID-19.

Daripada jumlah 624 kes positif COVID-19, 324 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 300 kes adalah bukan warganegara yang melibatkan negara:

  • Filipina (197 kes); dan
  • Indonesia (103 kes).

Ingin dimaklumkan bahawa jumlah kes akan sentiasa dikemaskini dan kategori bagi kes positif mungkin akan berubah bergantung kepada maklumat terkini hasil siasatan di lapangan. 

Kluster Pulau

Terdapat enam (6) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Pulau pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 35 kes. Sehingga 22 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 595 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:

  • Kunak (489 individu disaring):
    • 29 kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu);
    • 216 individu negatif; dan
    • 244 individu menunggu keputusan.
  • Semporna (106 individu disaring):
    • Enam (6) kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu);
    • 37 individu negatif; dan
    • 63 individu masih menunggu keputusan.

Daripada jumlah 35 kes positif COVID-19, 31 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala empat (4) adalah warganegara Filipina.

Kluster Selamat

Terdapat enam (6) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Selamat pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 25 kes. Sehingga 22 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 246 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:

  • 25 kes dikesan positif COVID-19 (6 kes baharu);
  • 25 individu dikesan negatif COVID-19; dan
  • 196 individu masih menunggu keputusan.

Kesemua 25 kes positif COVID-19 dalam kluster ini melibatkan 21 warganegara Malaysia dan empat (4) bukan warganegara.

Kluster Sungai

Terdapat sembilan (9) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Sungai pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 83 kes. Sehingga 22 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 24,744 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:

  • Kedah (24,555 individu disaring):
    • 82 kes dikesan positif COVID-19 (9 kes baharu);
    • 24,205 individu negatif; dan
    • 268 individu menunggu keputusan.
  • Pulau Pinang (142 individu disaring):
    • 142 individu negatif.
  • Perlis (47 individu disaring):
    • Satu (1) kes dikesan positif COVID-19;
    • 44 individu negatif; dan
    • Dua (2) individu menunggu keputusan.

Kesemua 83 kes positif dalam kluster ini merupakan warganegara Malaysia.

Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) bagi kluster-kluster ini masih diteruskan dan status terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )