CUMA SATU LOKASI CERAP ANAK BULAN RAMADAN TAHUN INI - MUFTI KEDAH.
CUMA SATU LOKASI CERAP ANAK BULAN RAMADAN TAHUN INI – MUFTI KEDAH.

CUMA SATU LOKASI CERAP ANAK BULAN RAMADAN TAHUN INI – MUFTI KEDAH.

ALOR SETAR – Berbanding tiga lokasi untuk melihat anak bulan pada tahun-tahun sebelumnya, kali ini pencerapan anak bulan di Kedah hanya dibuat di satu lokasi saja iaitu di Menara Alor Setar.

Mufti Kedah, Dato’ Paduka Syeikh Fadzil Awang berkata, langkah itu dibuat bagi memiminumkan pergerakan serta himpunan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dikuatkuasakan.

“Kebiasaannya kita akan melakukan cerapan di tiga lokasi iaitu Menara Alor Setar, Pulau Sayak serta Pemandangan Indah di Langkawi.

“Begitu pun kali ini disebabkan PKP, kita memutuskan hanya laksanakan di satu lokasi saja iaitu Menara Alor Setar,” katanya kepada pemberita ketika hadir melaksanakan tanggungjawab tersebut di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Hakim Syarie Kedah, Dato’ Syeikh Abdul Rahman Abdullah; Timbalan Mufti, Dato’ Syeikh Abdullah Awang Sa serta Ketua Penolong Mufti (Falak), Syeikh Lokman Ishak.

Mengulas mengenai kehadiran Ramadan pada tahun ini, Syeikh Fadzil menyeru supaya umat Islam bersabar dengan setiap ujian yang tiba selain mengambil peluang untuk beribadah serta menunaikan solat terawih di rumah bersama keluarga masing-masing.

“Ketika ini pergerakan kita terbatas dengan seluruh Malaysia tidak dibenarkan melaksanakan solat terawih serta aktiviti-aktiviti lain termasuk menyediakan bubur lambuk, majlis berbuka puasa dan bertadarus yang lazim dilaksanakan pada bulan Ramadan.

“Saya menyeru umat Islam bersabar dan menerima keadaan ini dengan positif. Ambillah peluang untuk beribadah bersama keluarga dan di pihak Jabatan Mufti Negeri Kedah, terdapat takwim berbuka puasa serta panduan mendirikan solat terawih disediakan secara lengkap untuk menjadi panduan kepada semua,” katanya.

(Visited 25 times, 1 visits today)

COMMENTS