DAP bagi 'hint' parlimen bubar Ogos ini?
DAP bagi ‘hint’ parlimen bubar Ogos ini?

DAP bagi ‘hint’ parlimen bubar Ogos ini?

Parti DAP bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan berlakunya pembubaran Parlimen pada awal bulan Ogos akan datang.

Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook berkata, ini kerana berlaku pencanggahan pendapat dalam kalangan parti-parti dalam blok kerajaan berkenaan garis masa Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH).

Katanya, bagi PH, isu yang paling penting dalam isu MoU ialah pelaksanaan semua komitmen kerajaan yang termaktub dalam MoU terutamanya penggubalan Akta Anti Lompat Parti sebelum Parlimen dibubarkan.

“Dalam Pemukiman DAP Pusat baru-baru ini, pucuk pimpinan parti telah mengarahkan supaya seluruh jentera pilihan raya DAP mesti bersiap siaga sepenuhnya menjelang bulan Ogos 2022.

“Dalam apa keadaan sekali pun, saya yakin bahawa DAP dan PH bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk pembubaran Parlimen pada awal bulan Ogos akan datang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, tambah Siew Fook, keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO untuk tidak meneruskan MoU dengan Ph selepas 31 Julai 2022 adalah urusan di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan partinya itu.

“Perlu ditegaskan bahawa MoU tersebut adalah persefahaman di antara PH dengan kerajaan Persekutuan dan bukannya dengan pucuk pimpinan UMNO. Pihak kami tidak terikat dengan apa-apa keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

“Sebarang keputusan dan isu berkenaan MoU tersebut perlu dibincangkan secara rasmi di antara Perdana Menteri mewakili Kerajaan Persekutuan yang ditadbir oleh pelbagai parti dengan kepemimpinan tertinggi PH,” katanya. – UTUSAN

(Visited 186 times, 1 visits today)

COMMENTS