"Daroyah perlu kosongkan kerusi DUN Sementa", - Amirudin Shari.
“Daroyah perlu kosongkan kerusi DUN Sementa”, – Amirudin Shari.

“Daroyah perlu kosongkan kerusi DUN Sementa”, – Amirudin Shari.

Selangor – Pengerusi PKR Selangor Amirudin Shari menggesa bekas timbalan ketua wanita parti itu, Dr Daroyah Alwi untuk mengosongkan kerusi DUN Sementa yang disandangnya.

Ini selepas Daroyah, yang juga merupakan bekas ketua Wanita PKR Selangor mengumumkan keluar dari parti itu dan melepaskan jawatan timbalan speaker DUN Selangor.

“Susulan peletakan jawatan beliau, saya menggesa Dr Daroyah untuk segera meletak jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Sementa sekiranya masih bermaruah,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Amirudin juga menyifatkan tindakan Daroyah  keluar PKR sebagai pengkhianatan terhadap mandat rakyat yang telah mengundi PH pada PRU14 lalu.

“Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi yang telah mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Tindakan ini jelas satu bentuk pengkhianatan kepada rakyat yang telah memberi mandat jelas kepada Pakatan Harapan untuk mentadbir Negeri Selangor melalui Pilihanraya Umum Ke-14 yang lepas,” katanya di sini.

(Visited 2 times, 1 visits today)

COMMENTS