Dato’ Dr Ismail antara petugas sukarelawan di PPV UUM
Dato’ Dr Ismail antara petugas sukarelawan di PPV UUM

Dato’ Dr Ismail antara petugas sukarelawan di PPV UUM

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ‘Outreach’ Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Universiti Utara Malaysia (UUM) berjaya menvaksinasi 7,345 penerima dalam tempoh 3 hari PPV itu beroperasi. Naib Canselornya, Profesor Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata, kejayaan itu hasil kerjasama semua petugas dan sukarelawan yang terlibat.

Antara sukarelawan yang bertugas di PPV itu ialah Adun Pengkalan Kundor, Dato’ Dr. Ismail Salleh yang bertugas sejak hari pertama pusat itu dibuka. Kesibukan tugas harian sebagai wakil rakyat tidak menghalang Dr Ismail yang juga merupakan seorang doktor perubatan untuk menyumbang khidmat bakti sebagai sukarelawan vaksinasi.

Dato’ Dr. Ismail Salleh, Adun Pengkalan Kundor antara petugas sukarelawan di PPV UUM

“Saya amat berbangga dapat berkhidmat sebagai sukarelawan di PPV ini kerana ini adalah sumbangan kami selaku pengamal perubatan swasta kepada rakyat untuk mencapai herd immunity melalui vaksinasi.” Jelas beliau lagi, semua rakyat harus mengambil vaksin kerana inilah sahaja cara untuk kita keluar daripada belenggu pandemik ini.

Dengan mengambil contoh negara-negara maju yang sudah mencapai lebih 50% dos lengkap vaksinasi, sektor ekonomi di negara-negara berkenaan boleh dibuka sepenuhnya dan rakyat juga boleh menjalani kehidupan harian seperti biasa.

“Vaksin ini penting untuk kita sama-sama ambil supaya badan kita mampu merangsang antibodi untuk melawan virus Covid-19. Saya berharap semua rakyat yang belum menerima vaksin untuk hadir mengambil vaksin ini apabila dipanggil, supaya kehidupan harian kita dapat dikembalikan seperti sebelum pandemik ini melanda.”

Antara petugas dan sukarelawan di PPV UUM, Sintok

(Visited 76 times, 2 visits today)

COMMENTS