Datuk Bandar Alor Setar arah buang papan tanda kebenaran berniaga
Datuk Bandar Alor Setar arah buang papan tanda kebenaran berniaga

Datuk Bandar Alor Setar arah buang papan tanda kebenaran berniaga

Datuk Bandar Alor Setar arah buang papan tanda kebenaran berniaga di Tapar Pasar Pagi Peremba berhadapan Pasaraya Billion pagi ini.

Tindakan mengejutkan dari pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) itu susulan pendedahan yang dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan, YB Asmirul Anuar Aris.

Sebelum ini YB Asmirul Anuar Aris telah dilihat bertegang urat dengan pihak penguatkuasa Majlis Bandaraya Alor Setar di hadapan Pasaraya Billion kerana menghalang peniaga dari mencari rezeki berhadapan dengan Pasaraya Billion.

Malah video tersebut terus viral dan mendapat perhatian umum bukan sahaja rakyat di negeri ini malah telah disebarkan di media sosial negeri-negeri lain.

ARTIKEL VIRAL : Adun Kubang Rotan mengamuk, peniaga dinafikan hak mencari rezeki

Pendedahan sebelum ini oleh Asmirul dan beberapa peniaga berkaitan terdapatnya papan tanda kebenaran kepada para peniaga untuk menjalankan kegiatan ekonomi di lokasi terbabit masih utuh berdiri dan boleh dibaca dengan jelas.

Papan tanda Tapak Pasar Sehari Peremba masih dalam keadaan baik

Asmirul sebelum itu dalam nada marah mempersoalkan apakah tindakan yang dilakukan oleh Datuk Bandar Alor Setar dikala para peniaga di Alor Setar ini berdepan dengan kegawatan ekonomi rentetan Covid-19 yang melanda negara sejak dari penghujung tahun 2019.

Namun tindakan mengejutkan oleh MBAS pagi ini sekitar jam 9.00 pagi telah mengundang kontroversi terbaru. Membalas tindakan MBAS itu, Asmirul telah mengajukan tiga soalan penting kepada pihak Datuk Bandar Alor Setar.

Datuk Bandar Alor Setar sanggup arah buang papan tanda kebenaran berniaga

Papan tanda kebenaran meniaga sudah dibuang MBAS

“Kenapa amat sukar di adakan perbincangan dengan rakyat marhain Kedah yang ingin berniaga? Apakah terlalu sukar buat seorang Datuk Bandar yang hampir bersara? Pegawai Kerajaan adalah menerima gaji bulanan untuk menguruskan rakyat.”

ARTIKEL VIRAL : Adun Kubang Rotan “naik angin” dengan sikap ego Datuk Bandar Alor Setar

“Sepatutnya ‘Biar Jasa Jadi Kenangan’ sebelum bersara. Bukan cemuhan menjadi rintihan orang yang terinaya. Jangan sampai keluhan rakyat bertukar menjadi sumpahan orang ramai. Apatah lagi berhadapan dengan doa orang yang di zalimi.”

“Lambat laun jika bertukar Datuk Bandar yang baru, polisi boleh berubah. Sebagaimana zaman Datuk Yusuf Nayan. Kebenaran hanyalah ada pada kuasa Datuk Bandar. Patah perkataannya ialah ‘KUASA’,” ujar beliau lagi.

Asmirul turut memberi pesanan kepada Datuk Bandar Alor Setar agar tidak meninggalkan kenangan yang pahit bersama memori luka para peniaga di bulan Ramadan ini malah turut mengingatkan beliau jangan menyalahgunakan kuasa yang diberikan hanya sementara waktu sahaja.

ARTIKEL VIRAL : Adun Kota Siputeh sahut cabaran MB Kedah

(Visited 246 times, 1 visits today)

COMMENTS