Datuk Dr Noor Hisham dapat gelaran 'Tan Sri'
Datuk Dr Noor Hisham dapat gelaran ‘Tan Sri’

Datuk Dr Noor Hisham dapat gelaran ‘Tan Sri’

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham merupakan antara individu yang dikurnia Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’.

Gelaran tersebut dianugerahkan sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (hari pertama) yang berlangsung di Istana Melawati, Putrajaya.

Dalam reaksi beliau kepada Astro AWANI, Dr Noor Hisham berkata, penghargaan itu bukan hanya untuk diri beliau semata-mata.

Sebaliknya, ia merupakan penghargaan kerajaan kepada semua petugas barisan hadapan terutama dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Alhamdulilah. Ini merupakan satu penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Ia sekali gus merupakan lambang kepercayaan dan penghargaan Kerajaan kepada penjawat awam,” katanya kepada Astro AWANI.

Selain Dr Noor Hisham, sejumlah besar petugas barisan hadapan dan warga KKM turut dikurnia pelbagai pingat.

Mereka mewakili pelbagai latar belakang, termasuk pakar perubatan, petugas kesihatan hinggalah ke petugas sokongan kesihatan seperti pemandu kenderaan, penolong pegawai tadbir dan pembantu perawatan kesihatan.

Sumber: Astro Awani

(Visited 4 times, 1 visits today)

COMMENTS