Dedah iklan judi haram, Sanjeevan soal pihak berkuasa ‘sampai bila?’

Dedah iklan judi haram, Sanjeevan soal pihak berkuasa ‘sampai bila?’

Kegiatan perjudian haram dalam talian dilihat semakin menjadi-jadi walau berdepan usaha pembanterasan pihak berkuasa.

Tidak mengenal kumpulan sasar, sindiket perjudian dalam talian terus bertindak berani mempromosikan kegiatan mereka tanpa mengambil kira latar belakang individu.

Terbaharu, Pengerusi Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) Datuk R. Sri Sanjeevan berkongsi sekeping foto di media sosial membabitkan kegiatan perjudian haram dalam talian.

Menerusi foto dimuat naik, kelihatan sebuah mesej ringkas daripada individu tidak dikenali mempromosikan kegiatan judi haram dalam talian.

Berang dengan modus operandi digunakan sindiket judi haram, Sanjeevan berharap pihak berkuasa terus serius membasmi kegiatan tidak bermoral itu.

“Bilakah masalah ini akan berakhir?” katanya di Twitter sambil memetik akaun rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sanjeevan merupakan antara individu yang lantang menyuarakan mengenai kegiatan judi haram, sindiket pelacuran dan lain-lain jenayah.

Berdasarkan undang-undang negara ini, individu yang didapati terlibat dalam kegiatan judi haram boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

Artikel penuh : ProjekMM

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )