Dedahkan Segera Nama Ahli Kartel Daging Import ! - Kadir
Dedahkan Segera Nama Ahli Kartel Daging Import ! – Kadir

Dedahkan Segera Nama Ahli Kartel Daging Import ! – Kadir

Tokoh wartawan veteran dan bekas Ahli UMNO, Datuk Abdul Kadir Jasin menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) membongkarkan
siapa dalang di sebalik kartel daging import yang menyeludup daging sejuk beku dari luar negara.

Beliau berpendirian bahawa hal tersebut perlu dilakukan serta-merta ketika perhatian kini tertumpu pada insiden dialami Ahli
Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang terjatuh setelah tayar hadapan basikal ditunggangnya teperlus ke dalam lubang.

“Kerajaan pun tidak perlulah rahsiakan lagi nama ahli kartel daging import yang didakwa membawa masuk daging haram itu.

“Perhatian bolehlah ditumpukan kepada menampal dan menurap jalan raya yang berlubang supaya Khairy tidaklah lagi terjerumus
dan tercampak ke dalam longkang,” sinisnya.

Baca Lagi : Khairy Jatuh Basikal, Jalan Berlubang Siap Dibaiki

Kadir yang juga bekas Penasihat Komunikasi dan Media kepada Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri itu berkata, isu kartel daging berlaku ketika orang Melayu Islam sangat sensitif dengan perkara yang terutamanya berkaitan makanan halal.

“Persoalannya, kalau daging haram yang diimport oleh kartel pun mereka sudah makan (atau termakan) maka tidak ada lagilah benda haram yang orang Melayu-Islam tidak makan.

“Lepas ini nampaknya tidak penting lagilah label halal dan patuh syariah pasal semua benda sudah boleh dibuat dan dimakan,” ujarnya lagi.

Baca Lagi : Jakim Serahkan Kepada KPDNHEP Untuk Siasat Isu Daging Import

(Visited 1 times, 1 visits today)

COMMENTS