Dedahkan Senarai Jenama Daging Guna Label Halal Palsu
Dedahkan Senarai Jenama Daging Guna Label Halal Palsu

Dedahkan Senarai Jenama Daging Guna Label Halal Palsu

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Johor (DPMMNJ) mencadangkan kerajaan untuk membongkarkan jenama atau produk yang terbabit dengan kartel penipuan label halal, pemalsuan cap serta pembungkusan semula daging sejuk beku import yang dijual secara terang-terangan dan berleluasa di pasaran seluruh negara sejak puluhan tahun lalu.

Pemangku Yang Dipertua DPMMNJ, Muhammed Farhan Basheer, berkata pembongkaran itu bagi membolehkan masyarakat khususnya
umat Islam untuk menghentikan pembelian daging jenama atau produk terbabit dengan serta-merta.

Baca Juga : “Status Halal Produk Daging Kami Dijaga Rapi” – Alana Group

Katanya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan persatuan pengguna selama ini
kerap membongkarkan pelbagai jenis jenama makanan atau produk yang memalsukan tanda halal, mengandungi lemak khinzir serta mengelirukan pengguna Islam dengan jenama yang Islamik.

“Kami juga mendesak kerajaan khususnya KPDNHEP mendedahkan jenama yang terbabit dengan kartel penipuan label halal
seperti mana mereka lakukan untuk pelbagai produk lain sebelum ini.

“Pihak kami ada senarai sekurang-kurangnya enam jenama daging terbabit tetapi kerajaan yang sewajarnya mendedahkan perkara berkenaan.

“Kerajaan juga perlu mengheret pihak yang terbabit dengan kartel ini ke mahkamah dan penguatkuasaan mesti dipertingkatkan bagi memastikan kegiatan seperti ini dibanteras,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohammed Farhan berkata pihaknya turut mencadangkan kerajaan memperhalusi cadangan dengan hanya membenarkan import
ternakan hidup bagi menamatkan kegiatan kartel dan jaminan bekalan daging halal yang berkualiti.

Katanya, lembu, kambing atau kerbau import akan disembelih di rumah sembelihan milik jabatan atau persendirian yang memiliki pensijilan halal.

“Ia kemudian diproses, disejuk beku dan disimpan sebelum diedarkan ke pasaran domestik. Dengan ini, kita akan mendapat jaminan bekalan daging halal serta berkualiti.

“Sudah tiba masanya kerajaan mewujudkan ekosistem bagi rantaian bekalan daging halal bersepadu serta penggunaan logo dan jenama khas untuk produk daging halal di negara ini.

“Pihak sekretariat DPMM akan mengenal pasti ahlinya yang terbabit dengan pembekalan daging di seluruh negara dan memperoleh maklumat berkaitan untuk rekod,” kata Mohammed Farhan.

Baca Juga : Tular Di Media Sosial Neelofa Dan PU Riz Putus Tunang?

(Visited 7 times, 1 visits today)

COMMENTS