Dengan sekali lafaz, Ayda Jebat sah bergelar isteri Nabil Mahir
Dengan sekali lafaz, Ayda Jebat sah bergelar isteri Nabil Mahir

Dengan sekali lafaz, Ayda Jebat sah bergelar isteri Nabil Mahir

Sekalung tahniah buat pelakon dan penyanyi Ayda Jebat yang sah bergelar isteri kepada pengacara, Nabil Mahir dengan sekali
lafaz dalam satu majlis yang diadakan secara sederhana di Masjid Al-Taqwa, TTDI, Kuala Lumpur kira-kira jam 3.28 petang tadi.

Pasangan itu dinikahkan oleh Ustaz Rozimi Zamri, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan dan
Pembangunan Keluarga (JAWI) dengan disaksikan bapa pengantin lelaki, Datuk Ahmad Mahir Kamarudin dan Wan Jean Basri Wan Othman.

Baca Juga : Gambar Saddiq Botak ‘Diusik’ Netizen Jadi Lucu Penutup 2020

Pada majlis berkenaan, rombongan pengantin lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang daripada pengantin perempuan dengan mas kahwin berupa seutas gelang emas. Walaubagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Terdahulu, Ayda dan Nabil telah bertunang pada 28 April lalu menerusi aplikasi Google Meet untuk mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

(Visited 136 times, 1 visits today)

COMMENTS