Dr bersama bayi maut kemalangan.
Dr bersama bayi maut kemalangan.

Dr bersama bayi maut kemalangan.

Gua musang-Sebuah kenderaan Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kuala Krai telah terlibat dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan urusan rasmi menghantar pasukan lawatan pakar pembedahan ke Hospital Gua Musang pada pagi tadi.

Selain daripada pemandu kenderaan, penumpang adalah terdiri daripada seorang Pakar Pembedahan, 3 orang Pegawai Perubatan Jabatan Pembedahan, dan 2 orang Pegawai Perubatan Jabatan Obstetrik dan Ginekologi serta anak kepada salah seorang Pegawai Perubatan tersebut yang berusia lapan bulan.

Salah seorang Pegawai Perubatan iaitu Dr Nooranisah Mohd Razali telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak beliau meninggal dunia di Hospital Gua Musang. Pemandu dan penumpang-penumpang yang lain adalah selamat.

Punca kemalangan masih dalam siasatan pihak polis.

Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan takziah kepada suami dan keluarga Allahyarhamah Dr Nooranisah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

(Visited 5 times, 1 visits today)

COMMENTS