Dr. Ismail setuju penanaman ketum boleh dikomersialkan dengan syarat
Dr. Ismail setuju penanaman ketum boleh dikomersialkan dengan syarat

Dr. Ismail setuju penanaman ketum boleh dikomersialkan dengan syarat

Isu ketum hangat dibahaskan dalam Sidang DUN Kedah kali ini selepas Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dilapor mencadangkan kepada kerajaan persekutuan untuk memberi kebenaran kepada negeri Kedah bagi mengeksport ketum secara sah ke Thailand bagi tujuan perubatan.

Mengulas lanjut dalam Sidang DUN, mantan EXCO Kesihatan negeri Kedah pada zaman pemerintahan Pakatan Harapan YB Dato’ Dr Ismail Salleh yang juga ADUN Pengkalan Kundor memberi hujah menyakinkan dewan bahawa kesan negetif lebih besar sekiranya Kedah membenarkan penanaman ketum disaat Akta Racun 1952 belum diperketatkan.

Sebelum ini sudah wujud Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi membendung penyalahgunaan dadah namun ianya masih gagal mengawal pengedaran dadah dalam negara. Beliau turut mencadangkan bahawa Akta Racun dan Akta Dadah Berbahaya 1952 diperketatkan terlebih dahulu sekiranya Kedah bercadang untuk membenarkan penanaman ketum di negeri ini.

Dr. Ismail menerangkan penanaman ketum memang sangat sesuai di negeri Kedah kerana hasil kajian mendapati ketum yang ditanam di kawasan Pedu merupakan ketum dengan kualiti yang paling baik di dunia kerana mengandungi kandungan ‘Mitragynine’yang paling tinggi.

Penanaman ketum

Menurut Dr. Ismail lagi, penggunaan ketum dari sudut agama Islam juga telah difatwakan haram kerana penagihan ketum boleh merosakkan otak.

“Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah bersidang kali ke-76 pada tahun 2006, telah menggariskan bahawa syabu dan rakan-rakan sebaya termasuk ‘Mitragynine’ hukumnya haram”.

“Akhir-akhir ini begitu ketara apabila Morphine, Heroin semakin susah didapati dan harganya semakin mahal, dadah sintetik juga semakin mahal maka penagihan yang semakin membesar adalah penagihan daun ketum”.

“Penagihan ketum semakin berleluasa sehingga melibatkan pelajar sekolah”, ujar beliau di sidang DUN semalam.

Dr. Ismail menegaskan, beliau bersetuju dengan cadangan Menteri Besar untuk mengkomersialkan penanaman ketum tetapi perlu diperhalusi perlaksanaannya dan perlu dikawal oleh kerajaan negeri.

Ia tidak perlu dieksport ke Thailand malah negeri Kedah sendiri boleh menghasilkan ubat-ubatkan yang berasaskan ketum.

BACA JUGA:

Kedah mahu jadi negeri pengeluar ketum, jana pendapatan negeri

‘Doktor ketum’ Malaysia

‘Syarat baru bakal diperkenalkan pada geran tanaman ketum’ – Sanusi

(Visited 23 times, 1 visits today)

COMMENTS