Dr Ismail terus bantu program vaksinasi di Kedah

Dr Ismail terus bantu program vaksinasi di Kedah

Adun Pengkalan Kundor, YB Dato’ Dr Ismail Salleh terus menghulurkan khidmatnya sebagai doktor perubatan apabila bertugas sebagai sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin Pusat Latihan MADA Alor Serdang hari ini.

Beliau menyertai petugas-petugas lain dari PKD Kota Setar, Pejabat Daerah, Penghulu, JPKK dan NGO serta individu perseorangan dalam usaha membantu negara mencapai imuniti kelompok melalui program pemberian vaksin untuk mengekang penularan wabak Covid-19.

YB Dato’ Dr Ismail Salleh menemuramah penerima vaksin sebelum suntikan dilakukan.

Seramai lebih dari 700 orang telah di beri suntikan vaksin dos yang pertama dalam program itu. Pegawai Daerah, YBhg. Dato’ Haji Mohd Asri Redha bin Abdul Rahman dan rombongan turut meninjau perkembangan program vaksinasi ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak MADA yang telah menyediakan tempat yang sangat selesa untuk program itu.

Program vaksinasi di negeri Kedah antara yang mencatat peratusan paling perlahan di negara ini dengan 54.3 peratus sahaja rakyat telah mendapat dos pertama vaksin. Ini memerlukan kapasiti vaksinasi di klinik kesihatan dan hospital kerajaan, hospital dan klinik swasta dan di semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) perlu dipertingkat serta memastikan bekalan vaksin di Kedah sentiasa mencukupi.

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (1 )