Dr Salmee pertahan pendedahan mengejutkan konsultan universiti minta suapan
Dr Salmee pertahan pendedahan mengejutkan konsultan universiti minta suapan

Dr Salmee pertahan pendedahan mengejutkan konsultan universiti minta suapan

Pendedahan yang dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Dr Salmee Said ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah baru-baru ini mengejutkan semua pihak. Beliau mendakwa mendapat aduan berhubung dengan tindakan konsultan sebuah universiti di utara tanah air itu memohon suapan jutaan ringgit.

Dr Salmee berkata, niat beliau mendedahkan perkara itu adalah kerana ingin mendapatkan penjelasan lanjut dari pihak kerajaan negeri Kedah namun ia telah disalah tafsir sebagai fitnah jahat yang ingin dilemparkan kepada kerajaan pimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan bahawa perkara itu bukan sengaja direka atau fitnah kerana beliau sendiri telah menerima aduan berkenaan. Malah tindakan beliau mengajukan soalan tersebut pada sidang DUN adalah bukti bahawa beliau bukan bertujuan untuk memfitnah tetapi sekadar mahu menyoal pihak kerajaan dan memohon kerajaan negeri menyiasat dengan lebih lanjut perkara itu.

“Saya tanya kerana ingin dapatkan kepastian dan nak minta kerajaan siasat betulkah perkara itu ada berlaku, tapi saya pula dituduh oleh Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor kononnya saya buat fitnah dalam Dewan yang mulia. Saya hendak maklumkan bahawa saya ada saksi dan bukan saja-saja mahu buat tuduhan atau fitnah,” katanya kepada KedahKini ketika dihubungi semalam.

MB Kedah naik angin ketika menjawab soalan dari Adun Kota Siputeh

Dr Salmee juga menambah, beliau nekad untuk membuat pendedahan tersebut selepas menerima aduan dari seorang kontraktor sebuah syarikat pembinaan yang telah menyiapkan kertas kerja pembinaan asrama universiti berkenaan.

“Individu terbabit memaklumpan pada pihak saya bahawa, ketika membentangkan cadangan pembinaan kepada pihak pengurusan universiti tersebut, pihak universiti melalui konsultan mereka telah meminta syarikat untuk membuat pembayaran sebanyak RM4 juta sebelum diberikan kebenaran untuk membina asrama di universiti itu.

“Pihak syarikat menolak dan tidak setuju dengan cadangan tersebut dan difahamkan perkara tersebut juga berlaku kepada beberapa buah syarikat lain yang menghantar kertas kerja kepada pengurusan universiti itu,” katanya lagi.

“Niat awal pendedahan adalah supaya pihak kerajaan menyiasat dan meneliti setiap aduan yang diterima, sama ada betul atau salah. Bukan terus melabelkan sesuatu pendedahan atau soalan itu sebagai suatu fitnah,” menurutnya lagi.

BACA JUGA:

MB Kedah naik angin ketika menjawab soalan dari Adun Kota Siputeh

Eksport daun ketum lebih baik dari kesan penggunaan internet – MB Kedah

MB Kedah gagal fahami isu penagihan ketum – Dr. Ismail

(Visited 40 times, 1 visits today)

COMMENTS